30.12.10

tak nak mencarut tapi tercarut jugak.

Dulu2; tensen dengan tenet UTP.
skarang; tensen dengan broadband. aaaaaa. camna nak maju 2020 kalau tenet macam %#%^.....belah2 jepun,korea nun laju nak mamp kot tenet drng.....kita broadband tahap cikai pun hampeh. nak load satu web mau pat ploh kali cabut modem baru buleh connect...and to think that i pay 50 freaking ringgit for this crappy broadband...grrrrr

Neway, kat opis petang tadi dalam pukul 5 camtu la, aku pandang kiri-kanan. aik. sunyi sepi. pi mintak sain boss; pastu dier cakap "eh ko apsal x balik lagi nih? gi2 balik." oh halau la pulak. salu kalau nak bawak batal tido kat opis pun die x keysah. sebab semua dah balik, aku pun ape lagi cau lah. xkan nak bermelodrama dalam opis duk sorang2 kan. dalam pada itu aku terpike la apsal derang ni balik awal. oh...bola la harini. patut lahh. game lagi 3 jam awal2 dah balik rumah. gaya macam nak main skali kul 8 kang. lol.

Kul 8 langut tgk berganti-ganti dengan antm15. agak2 commentator tu dah melalut-lalut dan annoying sket,tuka star world. kalau gol xpe, aku akan tau sebab ada 2-3 aweks kat sebelah rumah tgk bola. korang tau kan camne kalo pompuan tgk bola. haha. <- gaya mcm aku bkn pompuan je. dia punya high pitch jerit dgr satu blok kot. so tau la maknanya tu dah gol. maka tuka tv1 tgk ulang tayang. haha.

Kepada Malaysia,tahniah diucapkan. mungkin 2022 kita boleh masuk world cup? ok terlalu awal nak puji melambung. but still, i'm proud tonight :D

27.12.10

asek2 muka ko je yang update blog.

hai semua.

bertemu lagi dalam blog post terbaru aku.
baru balik dari one week of hella fun time hoyeah hoyeahh~ <- i love holidays if u haven't notice; especially unplanned,loooong holiday..hahahaha

last wik pegi training kat kl;training camne? ok jerk. boring seperti besa lah. nama pun training.
tapi best sebab dapat jumpa geng2 se'lagha'an di zaman remaja kat utp (sekarang pun masih remaja. at heart.)

bersama-sama; gunung pun didaki (bukit broga je pun); lautan ditempuhi (tasik putrajaya.kiki); dan keramaian manusia di bukit bintang juga kami berjaya lalui. pergh. buleh sambung buat lirik lagu ni.

tengs jugak kat kawan2 yg sudi meluangkan masa berjumpa dgn aku. terharu siot.
anyway, lepas ni aku plan nak turun KL dgn lebih kerap. korang kena la layan aku lagi =P

...kalau lah boss kasik cuti tiap2 bulan seminggu camni best gilak <- tapi x best bila balik2 ada 100 mail dalam inbox. pastu meja bertimbun. zzzz.


p/s: 2011 akan menjelma beberapa hari lagi. apa azam anda2 semua? azam aku adalah utk menetapkan matlamat. i know what i want and i'll go for it when the time is right ;)

5.12.10

ada orang kata

..suara aku macam suara fasha sandha.






.....damn.

selepas ini sila jangan ajak aku karok lagi.
aku telah beralih ke bidang tarian.

bercakap tentang tarian, aku suka giler video ni:

30.11.10

apa kata hati.

Kalau ikutkan hati :

  • Aku xkan study kat UTP
  • Aku akan study benda2 abstract
  • Aku akan confess kat 100+ crush aku sejak dr sekolah rendah.lol.
  • Aku akan kontek dgn 'dia' balik
  • Aku akan keja kat tempat mcm Leo Burnett
  • Aku akan suka gila dengan kerja aku
  • Aku xkan ade hutang ngan 'P'
  • Aku akan still kat semenanjung
  • Aku xkan rasa $%$^#$ mcm skarang.

tapi aku buat yang sebaliknya sbb ada hati2 lain nak kena jaga.

...but then, sape nak jaga hati aku..? =(

21.11.10

cara mudah untuk membuat aku beli air berkabonat.

masukkan ryo nishikido ke dalam iklan 7up :D




....walaupun aku langsung tak paham jalan cerita atau motip ada pak cik tua kat sebelah tuh..tapi sebab sayang beli sajo lahhh...

20.11.10

knowing girls 101.


Well idk if these gonna be useful to all the guys out there cause your girls might behave differently than me, but this is somewhat the general view of how girls' minds work. don't worry babes, not gonna spill everything bout us ;)

1. When we say "I'm OK", most of the time it means "I'm not OK."

We just weird that way. It's the indicator for us to know whether you are sensitive to our mood changes or not.

2. We appreciate little things.

A bouquet of flower might mean $50 of your salary gone in just seconds, but for us it shows how much you care for your loved one (and please don't go pick the wrong flower :) do your homework first~)

3. We're hard to get, but easy to retain.

Once we've fallen head over heels for you, we usually stay that way for the rest of our lives (well, most of us, i presume)

4. No matter how pretty you think we are, we still gonna whine about our looks now and then.

So just listen (or pretend to) when we start babbling about our weight, or blackheads. And if necessary, calm us down with your sweet nothings. Don't go the wrong way by adding up to our "imperfections' list" D<

5. Don't talk about other girls in front of us (especially the younger,prettier ones)


A woman is another woman's enemy. So save your ex-gf(s) or dream girls' story to yourself.


Aaaanddd..running out of ideas. lol. add some more in the comment section if you want to :)

19.11.10

happy world toilet day.

lol... aku pun xtau ada hari sebegini rupa sehingga pagi tadi..sebab dengar2 HOT.fm derang cakap harini hari tandas sedunia..siap ada Persatuan Tandas..

... :O

Maka aku pun berfikir lah apa agaknya patut kita buat di hari tandas ini..Mungkinkah kita patut membersihkan toilet memasing dengan lebih beriya-iya...x pun mungkin di negara kelahiran hari tandas, derang buat pertandingan "Siapa Memflush Toilet Paling Cepat"..hadiahnya mungkin toilet seat...atau mungkin juga mereka...er..mungkin tidak begitu appropriate untuk disebutkan di sini..(hoi berapa banyak mungkin da)

Memandangkan hari ini HTS (hari tandas sedunia),maka nak tulis lah sikit pasal toilet dan rakyat malaysia...selalunya lah, kalau aku kena travel jauh2 sket..contohnya pegi Kangaq ke Kelumpo, aku mula concern pasal satu benda nih..yakni kebersihan toilet.....macam dah buleh agak ke'horror'an yang bakal berlaku tatkala aku membukak pintu toilet..dengan basah la,hanching la, yang x flush pun berlambak....ishhh....nak kata flush tu rosak x pulak, aku tarik buleh je..ke memang ade spesis yg nak org tolong flushkan....tolong lah...t**k korang t/jawab korang la weh...

Dah tu ada pulak lah yang conteng2 nama ngan nomboq tepun di pintu2...it used to be quite funny ekceli sebab siap dengan ayat memujuk rayu...tapi skang aku cam nyampah plak..motip nak tulis kat situ? aku tengok selalu iklan mempromot diri...tapi masalahnya tu toilet LADIES so what's the point ko nak tulis nomboq tepun kalo orang2 yg tgk tu sespesies ngan ko..kok ye pun gi la conteng toilet LELAKI...x pun pi la sms ON CINTA D:

makanya, aku rasa hari toilet sedunia ni patut diadakan secara besar-besaran di Malaysia.. educate sket orang2 kurang tatasusila ni..kalo ikut aku senang je.....sapa x flush toilet....kite karan dier!!!!! (sila tengok buli balik jika korang masih x paham yang aku sedang cuba buat lawak.. :D)


ROFL...don't you just love engrish? xD

10.11.10

anak wayang.


tiba-tiba aku rasa miss nak tengok teater (ece. bunyi mcm dah patblas kali tgk teater. padahal baru dua..)

Ingat lagi first time tengok tros up pigi Istana Budaya..habes terbang melayang 2 rat; tapi sangat berbaloi-baloi..except for the fact ada jantan gatal tengah raba awek dia yang pkai kain belah sampai paha betul2 kat sebelah aku..bodo kan..aku bayaq mahai2 nk tgk stephen rahman hughes, korang dok buat onar plak kat tepi...sungguh tidak belajar sivik...berbulu je ati aku menahan geram.. D:

anyway, back to the topic..aku rasa kat sini mcm xdak teater besaq2 cam kt IB la..kalo ada pun skali masuk dia duk cakap bahasa kadazan..jenuh nak selak kamus kadazan-melayu; nak paham storyline lagi..huhu..aritu aku nak gila tengok mahathir the musical...ikon malaysia diteaterkan mesti la nak tgk kan...tidak kesampaian....p ramlee walaupun aku dah tgk dalam video curik DC++,still nak tgk live gak....natrah pun cambest jugak..tapi tu la, jauh panggang dari kepak ayam madu... :(

teater yg aku rasa nak tgk (xtau apa motip aku tulis kat sini tapi aku nak tulis gak.huhu)

- p ramlee the musical
- mahathir the musical
- natrah
- uda dan dara
- mamma mia!
- PGL..nak tgk lagi skali.. :P
- wicked
- cats
- romeo and juliet.haha

hey, did you know that shrek will be shrek the musical? terus terbayang donkey nyanyi. lol.

8.11.10

tiket itu membunuhku.


D':

tiket air asia balik raya cina gila mahal! tiket raya puasa taun depan habes teros..apahal orang ramai2 nak balik time raya nih. duk diam2 dalam umah tgk tibi x buleh ke...tgk tiket dah melambung tinggi...kalah ron 97..camni balik time pesta menuai je la aku.. =(

walau bagaimanapun <- adik2 yg mengambil PMR and SPM Bahasa Malaysia,sila pastikan walau dan bagaimanapun tidak bersambung ye (see see kat kk pun still nak kuar perangai munshi aku) jika korang nak bercuti dalam waktu yang tidak berapa dekat ni...say,july 2011 onwards..boleh lah pergi ke laman web ini untuk maklumat lanjut...tony fernandez, sila kreditkan komisen ke akaun saya ye...tqvm.

dalam perkembangan lain.. (ala2 berita tv9), aku rasa cam nak demam arini...in fact aku mmg dah demam pun..so senang crita arini pas telan panadol mmg duduk di bawah flubby (flubby = fluffy + blanket) dan golek2 sampai tertido...moga aku cepat sembuh..


apekah,sendiri announce sendiri wish kat diri sendiri...zzz

3.11.10

oh anuar zain.

suka giler ah lagu ni bila 1st time dengar anuar zain nyanyi masa raya. harvey malaiholo nye version best jugak :D



agak-agak kalo aku nak suh beliau nyanyi lagu ni tiap2 malam sblm aku tido; brapa juta aku kena bayar? huhuh.

p/s: sedang mencari kedai yg customized t-shirt sebab nak buat t-shirt i <3 NR (korang agak2 NR tu mende? haha)


...gedik kan?

25.10.10

monday reds.

sebab aku suka merah.

tapi apsal skang baju aku banyak biru dr merah. beg pun skarang dah x merah. aku perasan baju kerja pun banyak yg biru. adakah ciri2 kemerah-merahan sudah bertukar menjadi kebiru-biruan? tapi aku x suka pun biru. macam aku beli benda kaler pink, x semestinya aku suka pink. aku just tengok benda pink cam lawa,so beli la. tu kira aku minat pink kah? adakah benda sama diapply kepada warna biru? kekonpiusan D:

tengs kat semua yg tanya kabar aku di perantauan. aku baik2 sahaja. di luar. di dalam wallahualam. anyway,bottom line...sok isnin. hari paling x best kalangan umat manusia bernama pekerja =(

p/s: bilik aku dah macam pusat kawalan trafik udara. kapal terbang lalu lalang ada la dlm doploh kali sehari. zzz.

19.10.10

dendang perantau.

kangaq > bangi > utp > ipoh > kl > kk

all in less than a month
bila mau balik ke rumah ni? kangaq i miss u.. (T_____T)

17.10.10

kawin memang best; lagi best kalo kawin orang kaya.

pergh. gila best la kalo dpt majlis kawin camni:



(ye aku tau aku memang lembap ayam. nama je budak IT tapi buta teknologi...,orang len dah berkurun tgk aku baru nak menggedik google)

korang nak cakap aku pisau cukur ke, gilette max ke pebenda..aku tatap akan menyokong pernyataan di atas. cuba tanya mana2 pompuan pun..

"Bagaimanakah agaknya wedding yang anda inginkan?"

tidaklah sama sekali beliau akan menjawab;

"I kalau boleh nak wedding bese2 je...pelamin suma xnak lah,nnt kang belanja besar..takat akad nikah pun cukup...mekap pun biar I tempek sendiri...upah mak andam mahal..baju pun nnt I alter baju kawin 60-an mak I je la..."

Oh tidak. pompuan sekarang memang materialistik. full stop. memang xyah nak argue2 dah. tmbh2 kalo bab kawin. tgk rate mas kawin da la. dah mcm no plet keta; 44444, 99999, 33333 dan lain2. jadi bagi para2 jejaka di luar sana, dengarlah suara hati kaum perempuan. korang x perlu hensem gila seperti Henry Golding, cukuplah sekadar memiliki 2 buah kereta merah cap kuda hitam dan beberapa convertibles. Tidak perlu menyusun ayat cinta sehebat Usman Awang, cukuplah setakat memflashkan kad kredit platinum tatkala membayar barangan runcit,hatta sehelai tuala Good Morning sekalipun. orang selalu cakap pompuan ni susah nak paham...tapi sebenarnya kami hanya ada suatu benda dalam kepala.....


......"nanti kawin sok aku nak kasut jimmy choo barang sepasang dua..."



er. itu mungkin suara hati aku je kot.



p/s: esok konvo. mixed feelings.

28.9.10

news update.

I got an offer in Carigali PETRONAS. Was excited to receive a letter from them at first, and then my mom informed me that it's in Kota Kinabalu. Then I got anxious, scared, angry, and all the negative feelings I could possibly feel. KK sounds too far away, and I hate being far away from all the people that I know, especially my family D:

For the past few days, I've been praying hard to Allah to help me find the right path. Should I or should I not accept the offer. And I think I got the answer already.

I'm going to KK.

I believe that He knows what's best for me. And I know that as long as I keep having faith with Allah, I will be save in anywhere in the world, InsyaAllah ;)

That reminds me..I watched this food channel the other day. The commentator (or eater in this case. lol) said that a Chinese porridge feast is similar to life. The plain porridge is the constant. We need to have this in life no matter what or we will be starving (in life; I translate this constant to faith in God) and then, there are other side dishes in which he called them the 'colorful distraction' like nchovies, salty veges, etc. Sometimes we need them, sometimes we don't. They create different flavors and usually, if we have too much of these, it will ruin the porridge itself. In life, the colorful distractions might be translated into money, positions, and other exciting entities. We need them, yes but at times; we shouldn't be greedy or they will distract the entire course of our life.

We should always have the constant and a lil bit of colorful side dishes here and there..because then, life won't be as hard as we usually think of ;)

16.9.10

Cerkon Tak Bertajuk II

Sepasang mata itu merenung sesusuk tubuh yang enak dibuai mimpi dengan penuh perasaan benci.

Ternyata, kedinginan malam tidak mampu memadamkan bara di hati Adi. Dendam kesumatnya harus terbalas.

Dia nekad; darah mesti dibalas dengan darah. Kematian sahabat karibnya perlu dibela.

Adi pantas menyerang. Senjatanya ditusuk mengenai bahu kiri sang musuh. Pantas lelaki itu terjaga.

"Cis!! Bedebah!" Dia nyata berang dengan tindakan Adi yang menyerang hendap.

Pertarungan satu lawan satu pun bermula. Adi cuba menyerang buat kali kedua, tetapi berjaya ditepis. Dengan tangan kosong, lelaki itu mengelak serangan demi serangan.

Adi jadi bengang. Dikumpulnya seluruh kekuatan untuk menyerang buat kali penghabisan. Kali ini, samada dia atau lelaki itu yang akan menemui ajal.

"Mampuslahhh kau!!!!!" Adi menjerit sekuat hati.

Namun tiba-tiba, jeritannya mati di hujung tapak tangan lelaki itu.


Maka, tamatlah riwayat seekor nyamuk bernama Adi.

9.9.10

Ramadhan dan perpisahan.

Aku selalu gak tengok ceta 'Love in Asia' kat KBS World. Kisah orang-orang luar yang kawen ngan orang korea. Selalunya orang-orang ni miskin, takde duit nak balik selalu ke kampung halaman derang. So, bila sesekali balik; memang meriah. Part paling sedih, bila derang nak balik semula ke korea. Tinggalkan ibu bapa, adik-beradik tersayang. Derang tak tau bila boleh balik lagi jenguk orang yang tersayang. Kalau ada duit nak beli tiket flight, pastu sihat walafiat, baru boleh melawat lagi..kalau tak? Perasaan 'uncertain' tu sentiasa buat aku jadi sayu, so selalu end up menangis skali.

Metafora ni boleh diumpamakan seperti rasa kehilangan yang amat sangat bila Ramadhan sampai ke penghujung. Setahun tu masa yang cukup panjang. Entah dapat lagi 'menziarah' Ramadhan pada taun depan, entahkan tak. Wallahualam. Kalau diberi kesempatan untuk jumpa Ramadhan taun depan, harap2 dapat tambah ibadah; menikmati saat-saat indah bersama bulan mulia; kalau tak? Cuma dapat berharap Ramadhan lepas2 dapat tampung kekhilafan ibadah kita.

Berakhirnya Ramadhan selalu disalah ertikan sebagai berakhirnya 'penyeksaan' sebulan berpuasa.

Sepatutnya kita lebih rasa sayu daripada gembira..

24.8.10

Cerkon tak bertajuk.

Pak Akob rasa gelisah sebaik bangun dari tidur hari ini. Sesudah menunaikan solat Subuh dan menjamah sebungkus nasi lemak, dia termangu sendirian di tangga batu. Dadanya berdebar-debar. Hati tuanya rasa tidak tenteram sekali. Selepas beberapa ketika, dia bingkas bangun seraya mendail nombor telefon anak tunggalnya, Latifah.

"Kenapa, Pak?" Latifah bagai dapat mengagak kelainan bicara ayahnya kali ini walaupun berada nun jauh di Kuala Lumpur.

"Entah la Tipah. Hati bapak ni rasa tak sedap sejak dari pagi lagi."

"Mungkin bapak tak sihat kot." Telah Latifah. Dia risau dengan keadaan ayahnya yang tinggal sendirian sejak pemergian ibunya.

"Tak mengapalah Tipah. Kau pun sibuk. Esok lusa bapak telefon lagi."

Resah, dia mula mundar-mandir di ruang tamu. Lenguh berjalan, dia duduk. Pun masih ada yang tidak kena. Sedang dia merenung di kejauhan, Pak Akob ternampak kelibat Seman, anak Usop. Pantas dia memanggil Seman yang baru masuk darjah 4, tapi sudah pandai menunggang motorsikal ayahnya ke sana ke mari. Sambil menyedut rokok daun tembakaunya, Pak Akob merenung Seman.

"Ada aku bayar upah kau menebas kampung itu hari,Man?" Pak Akob mahukan kepastian. Bukan apa, dia tidak mahu berhutang hatta dengan seorang budak sekalipun. Sangkanya, mungkin kerana hutang itu hatinya rasa tidak sedap.

"Dah Pak Akob. Dah bayar." Seman menjawab. Pantas budak itu meminta diri sambil dikerling ke arah Pak Akob berkali-kali.

Orang tua itu kemudian berjalan di sekitar rumahnya, melihat-lihat tanaman terung di belakang rumah. Dia melangkah lagi sehingga lenguh lutut. Sekembali ke dalam rumah, dia pantas menuju ke dapur untuk membasahkan tekak. Sesekali, dikerlingnya jam di dinding.

Tiba-tiba, Pak Akob menepuk dahi.






"ALLAH!! HARI NI PUASA!"

18.8.10

selamat berposa

Alhamdulillah; still dapat rasa Ramadhan taun ni dan still dapat menunaikan ibadah posa ;)
Ramadhan kali ni cam tenang sket..sebab xdak esaimen, exam,gaduh dengan rumate (haha.gurau je) dan sebagainya.. Rutin harian camtu gak la; tolong mak aku masak sket2 (potong bawang, basuh pinggan, etc je la..tau je la aku x pandai dan x minat masak. lagi baik suruh aku cat rumah ke, kemas rumah ke dr suruh ak masak.haha) pastu malam gi terawih. Malam2 kalo ada bola tgk la sepam dua. Gila punya kosong schedule. mwahaha.

Congrats kat geng2 yang dapat keje best2;either Pet or other companies..korang memang gempak abes lar! Aku? still tunggu offer Pet yg memakan masa 6 bulan~ wewu~
Tapi kan..aku cam rindu nak belajar balik. Part jadi student adalah part yg paling best bagi aku. So..even kalau aku dapat keja nanti; aku maybe akan usahakan untuk belajar balik. Masters in ICT? haha. no no. Aku x suka sangat bidang ni ekceli. Ntah mana mana buleh lepas masuk UTP bidang IT pun xtau. Siap buleh grad plak tuh, walaupun macam nak gila jugak la blajar programming (graduation bulan 10 ni~ yeyeye~) Jiwa aku abstrak sebenarnya (eceh.jangan muntah, kang batal posa ;P) so dari dulu lagi aku berangan-angan nak belajar fashion/interior designing..xpun English language ke....benda2 yang xyah guna otak belah kanan la senang (eh. ke kiri ek? apa2 lah) Xtau la bila buleh tercapai angan2 mat jenin aku nih.

Apa2 pun, selamat kerja kawan2 yg dah dapat kerja! Untuk yg belum, tahan je la telinga korang dgr sedara-mara sindir2 manja masa datang raya kang. Xpe..at least korang grad UTP. derang ado? haha.

1.8.10

zzz.


Lama sudah tidak menghapdate. Skang ni hari2 keje aku makan, tido, lepak tgk tibi jerk.ulang2 buat benda sama (don't judge ok.haha) kata menganggur kan. buat la cara menganggur. tapi kan, lama2 rasa cam bosan gila; duk umah sehari-harian. aku xtau camna para penganggur2 dan surirumah buleh duk lama2. mebe aku dah patut carik keja kot..tapi cam malas; tp bila duk umah..rasa bosan lak..ish..dilema2..ada x keja yg masuk duit tp duk goyang2 kaki je? mwahaha. sungguh x ada misi dan visi =.=

alang2 dah hapdate ni, korang rasa aku patut tukar header atau tidak? (jika orang2 yg tidak minat jpop tidak tahu, KAT-TUN dah xde A; maka skarang dah jadi KT-TUN,atau TT-UKN,atau TU-TKN ok pebende aku merepek ni)

Jiwa raga aku masih terluka (eceh) so cam x ley esep bila tgk gambar KAT-TUN kat header blog. So kalo aku tuka, aku patut tuka gamba apa? gambar owner belog kah, atau gmbar pemandangan, atau gmbr makanan kegemaran, buah-buahan feveret,etc etc?

14.7.10

7 tipikal dalam drama melayu

Mula2 nak mintak mahap dulu. satgi tetiba ada producer/pengarah/peminat drama Melayu flame la pulak kan. Bukan apa,ni kira kritikan membina (kalau dilihat dr sudut pandangan positip la.)

1. Konsep lebih kurang sama. Nama drama je lain. contoh: A kena kawin paksa ngan B. A punyalah tak nak. tapi kawin la jugak (wth),pastu gaduh2,bla3..tsk. korang tau kot camna lepas tu kan.

2. Kalau boleh suma nama nak dibuat tajuk drama. "Rozana", "Laila","Bella","Minah","Kiah",dan sebagainya.

3. Kadang2 menonton drama Melayu rasa macam menonton klip video. Satu scene tu hero ngan heroin teringat memori indah diulang tayang sambil diiringi muzik background. sampai habis pulak tuh. zzz.

4. Kalo drama ala2 urban,ayat sure mau kena campo2. x keysah la selit sket2 tu kan. tapi xyah la sampai dua tiga sentence ko bantai cakap omputih. baik aku tgk channel hallmark kalo camtu.

5. Selalunya kalo drama air mata Melayu, last2 tu sure ada orang mati. Selalunya pulak, sebab kena langgar dengan keta. Musykil gak sebab dah banyak kempen keselamatan jalan raya..tapi watak2 ni tetap gak x pandang kanan kiri kanan.

6. Watak2 sampingan selalu mcm xdak life sendiri. Ye la, asek crita pasal hero/heroin jerk. contoh: "eh, tadi aku nampak X dengan Y. Derang dah berbaik semula ke? Camne ngan Z?" =.="

7. Ciplak sket2 dah la. Xyah la satu telenovela ko nak tiru. Bazir masa je la camtu kalo tgk cerita sama. Dah tu selalu watak heroin cam helpless/naif giler. Haih.

Bukan semua drama Melayu camni. Ada gak yang aku layan. Tapi mungkin dah sampai masa drama Melayu maju ke depan kot. Jangan la tipikal sangat sampai boleh tau ending walaupun baru 10 minit menonton.

p/s: baru balik dr south africa dan baru tersedar yang aku dah lebih sebulan menganggur.uhuk.apamacam? tunggu offer? keja? sambung masters? buntu2.

12.7.10

bola dan hensem II

Sebelum bermulanya WC:

Mamat (bukan nama sebenar) : Sokong team mana?

Aku : Ar. Jerman.

Mamat : La...apsal x sokong Spain? Player dia hensem2 oo..

Aku : Ceh. main bola bukan kira hensem =.=

Tapi nampaknya Spain menang world cup.
....mungkin aku patut sokong berdasarkan rupa in the first place. lol. xD

But Spain totally deserved the title. And the goal scorer couldn't be better man than the hardworking Iniesta. Walaupun ak sokong Belanda (sebab aku mmg suka sokong team underdog. haha) tapi aku hepi Spain menang :)

Tapi kalo Jerman menang lagi berganda ganda best. huhuhuhuh. Aku sokong Jerman since WC 2002 sbb derang konsisten. Paling koman masuk semi. And I must say this year's team is the best team since 2002 simply cause they beat England and Argentina :D
Sungguh kuciwa aku bila derang x main camtu masa semi D':
Owh well; Spain is the best team for now. I'm hoping for the best for Germany in Euro 2012 and WC 2014 :)

p/s: hey you know what? now Switzerland can proudly say "we beat the World Champion in World Cup!" :P

16.6.10

bola dan hensem.

Wai ar kalo pompuan minat bola, soklan yang ditanya akan berbunyi begini:

"Ooo..ni mesti minat yang hensem2 ni...Christiano Ronaldo (atau mana-mana nama pemain yang hensem) eh?"

.......zzz


p/s: x minat Ronaldo.

30.5.10

malam ini kita berpisah.


ok gela gedix title post xD...tapi ada betulnya jugak la..malam ni adalah malam last aku kat UTP...huk3....sedeyh gela nak tinggalkan tempat yang aku dah anggap mcm rumah kedua aku D:

I'm gonna miss this..


And this...



Err..yang ni pun :P


Juga ini...



Dan semestinya ini...



Dan lagi...

Dan lagi lagi...

Dan lagi dan lagi...



But mostly, I'll be missing them :(


Thanks for all the great memories guys...may you have bright futures ahead! Remember, this isn't the ending, it's only the beginning of great years to come ;)

see you again next time, insyaAllah. Kalau panjang umo murah rezeki, kita akan sekali lagi menyanyikan lagu "luasnya samudera dalamnya bumi..." masa grad nanti..but till then, good luck dear friends~ :D

p/s: Kalo ad yang nak kawen jangan lupa jemput aku :P

online shopping tips


Since I'm one of the avid online shoppers (sometimes I bought 2-3 items per month :P) So I'd like to share with you all some useful tips for first timers :)

1. Buy from trusted online websites (eg: lowyat, ebay, mudah.com, etc.)
It's safer from blogs, since there are moderators to keep track on swindlers.

2. Make sure that you check previous posts/personal details of seller; to ensure that the person is real!
There are some cases that people use fake blogshops/posts to earn money, so beware!

3. Google the item to check for other options.
There are sellers who tend to set the price sky high; so better do some research before buying.

4. Ask the seller.
Don't immediately place your order. Ask them about the item first (eg: the material, length, even how to wash the clothes later ;p) Don't worry about them thinking that you're a fussy buyer, it's your money after all =)

5. Ask the previous buyers.
For websites like ebay or lowyat, check the successful tradelist. If you're still uncertain about the seller's services or the items they sell; why don't you ask the opinions of his previous buyers?

6. Don't buy if you have doubts.
Even after talking to the seller and ask them few questions, you still have doubts about the item. In that case, don't buy. Online shopping is not like mall shopping. Most of the time, they don't have 'money back guarantee' policy.

7. Check out online discussion forum/blog
By visiting blogs like Slap Me Why Don't You, you'll know the realities of online shopping. Plus, you get to gossip around and laugh at some of the funny stories inside :P

I think that's all. happy E-shopping! \:D/

21.5.10

make up tips for girls. er ye la. xkan for boys pulak.

oh. sebelum korang flame aku dgn ayat-ayat seperti, "eh eh. diri sendiri pun x reti mekap, nak kasi tips lak.." atau lain-lain komen yang sewaktu dengannya..ni aku nak gtau yang tips di bawah adalah dari workshop yang aku attend yakni Clinique dan bodyshop..so kalo x jadi mekap salahkan derang..haha

1. memilih kaler eye shadow


Banyak gadis2 dilema kalo gi kaunter mekap kan..salu sangat berkira-kira nak beli kaler oren ke, kuning air ke, kelabu taik a****g ke, bla3..salu terbeli sebab mcm lawa; tp test2 kat mata mcm x lawa plak..mengikut kata org Clinique, "the best eye show color that suits you is the one that is similar to you vein's color.." maknanya puan2, sila lihat warna nadi di tangan puan2..kalo ungu maka ungu lah kaler nya..kalo hijau maka beli lah kaler hijau..dan seterusnya lah..mane aku nak tau kaler nadi sorang2

2. memilih kaler blusher


Ni pun pak cik kat Clinique cakap.. (helo..pak cik? bajet muda pulak :P) kalo nak pilih kaler blusher; puan2 dikehendaki menggenggam satu tangan berkali-kali, satu tangan lagi picit tangan yang digenggam tadi sampai tangan menjadi kemerah-merahan. (er..korang paham x ni..aku pun kurang paham ape yg aku tulis.lol) pastu bila dah nampak kaler; pastikan igt kaler tu..sebab that's the most suitable color for ur cheek.

3. apply foundation


Orang Body Shop cakap...derang la cakap..bukan aku cakap ek..kalo nak apply foundation; apply dari atas ke bawah...aku x igt sebab apa ntah...korang wat je la..lol. pastu kalo nak buang makeup plak; dari bawah ke atas..sebab nak hilangkan semua excessive makeup tuh..


tu je la kot...renung-renungkan dan selamat mekap! :P

18.5.10

sepetang di cameron.

David Cameron dr parti konservatif sudah naik menggantikan Gordon Brown utk kerajaan baru Britain. Mampukah beliau menyelamatkan masalah perbelanjaan defisit negara tersebut? errr..ok bosan. tuka ke topik Cameron yang satu lagi =.=

Pagi ahad: Lana the birthday girl tiba-tiba tny kat aku yg tgh mamai2 ayam ni, "paper ko biler?" aku jawab hari rabu la..terus dier cakap "jom cameron!"; wah. sungguh mengejut. tapi sebab besday beliau layan je la. lol.Lepas lunch baru gerak.

Cuaca best masa naik~ awan pun cantik je berkepul-kepul :D

Market kat cameron yg menjual barang2 berasaskan strawberi, cendawan, teh, bunga dan lelain.

Naik lagi sampai ke ladang teh boh. tetiba hujan plak. mula2 renyai. dah naik sampai viewpoint hujan lebat gilo~

Tertangkap gambar mamat boh. eh eh sempat pulak ko kontrol macho ek~ haha

Sebab ramai sangat orang seperti dalam gambar dan xde strawberry cheesecake, kitorang turun bawah sket gi bharat's..

Yay scones~! Sebab jakun x penah makan; order smpai dua bijik; pastu tersedar mcm besar plak...last-last x habis (-___-")

Pelencong-pelencong. Gambar aku ngan lana x brapa nak cerah sebab lighting (ceh nak salahkan pencahayaan pulak)...oh tidak adil D:

Tengookk tengookkk...lawaaaa kann~ siap ada waterfall okehh...mcm kat obersea plak... :D

Gambar ni laaaaaagiiii lawaaaaaa~kkk..hahaha. ok x kelakar. next =.=

Suka gambar ni~~ :D umah sapa la kat atas tuh....punya la besar...jeles3..

Nasib ada orang tolong tangkapkan gambar...kalo tak habis la pokok2 teh suma jadi tripod..lol

Lawa do hotel ni...xtau la pebenda nama dia...tapi yg penting lawa la...ala2 english gitew...kat depan dia siap ada phone booth kaler merah...see see..kat m'sia pun dah buleh feeling2 gi London :P

ok dah r...panjang pulak entri aku kali ni....

eh kejap kejap. aku lupa satu benda. masa naik aritu, aku terjumpa satu signboard yang membuatkan aku teruja. hahahaha. korang mesti cam "hok aloh...signboard je ponn..nak excited mende.." kan....

Tadaa~! \:D/ (imej blur sebab aku ambek dr dalam keta)

Nampaknya Akanishi Jin telah melebarkan sayapnya dr bidang hiburan ke perniagaan makanan..~~ :D (sudah tentulah tipu belaka. m'sia pun dia x penah jejak)

...ok...sure aku sorang je yg lelebih teruja. fine baby, fine. (-____-")

15.5.10

life is not a korean drama.

Haha. Zaman dulu-dulu cakap "life is not a fairytale"...
Zaman sekarang, "life is not a korean drama" la pulak..sebab memang hero dia slalu giler punya hensem + baik + kaya ah...kalo x kaya pun sure macho tahap apa kan..

Aku ekceli x brapa layan korean drama dah skang...sebab tu mcm pelik bila ada org tulis kat cbox aku minat drama korea..haha...tapi dulu memang avid fan korean drama...sejak drama "Winter Sonata" kuar kat tibi....tetiap hari aku duk berteleku depan kotak tuh..nak tgk Jun Sang punya pasal..haha..lagu dia suma hapal...siap letak lirik kat meja skolah kot. kawan laki aku satu hari tu round2; tengok aku punya meja, pastu dia baca, "nae-ge-ob-so....eh eh hang tulih jampi ka apa nih..." ;p

Memang giler layan ah..sampai mak aku pon dah teraddicted skali..lol

Pastu dah lama-lama...terminat giler pulak cita "Stairway to Heaven"...lagu2 dia suma merentap sanubari ah wa cakap lu..dgr lagu je pon dah nangis...hahahaha...hardcore punya jiwang~ xD

Wuwuwuwu...masa nih heroin dia buta kot...sedeyh2...penat je pakai baju lelawa tapi x nampak :P

Tapi korean drama paling menyentuh jiwa bakul aku tataaappp adalah citer nih...

Ok. Abaikan kepelikan mereka bergambar di tepi tong sampah..byk lagi tempat2 menarik,tong sampahhhh jugak menjadi pujaan korang (-___-)"

Kalau x penah dgr pasal crita ni..pi Google..aku malas nak story~
Yang penting memang macho giler ah mamat dalam citer nih..walaupun x berduit, x brapa muda, dan x berketrampilan mcm kebanyakan hero cite lain; baju pon selekeh2 je...tapi beliau tataappp kacak di hati ku..nak tau sebab apa tgk ah. haha.

Cita ni sedih tahap gaban dowh...kalo tengok episod last aku sure dah siap2 prepare tisu kat tepi...konpem nangis punya ah...bukan sebab part romantik2..tapi sebab ada satu part tu dia mintak mahap kat mak dia....tacing gilerrr~ srott srett srott sreet aku nangis D':

Itu dulu la. tapi skarang aku malas sket nak tgk cita korea sebab durasi dia kan panjang..kadang2 30+ episod..aku plak jenis lembap tgk series...kejap2 tekan pause, kejap2 ulang tgk balik..kadang2 dua bulan baru habeh satu cita..haha. lagi pulak aku dah terminat budak2 jepun; drama pon asek nak layan yang mana derang blakon je...cerewet sungguh..

Berbalik kepada peribahasa ciptaan munshi hari ini; kalo korang tgk cita korea tuh..berpada-padalah...nak berangan buleh...nak minat gila kat hero ngan heroin pon buleh jugak...tapi kena sedar yg cita tersebut hanyalah lakonan...kebarangkalian berlaku dalam real life adalah 0.000000001%..sungguh susah ye nak jumpa pewaris harta syarikat yang bernilai jutaan dolar, hensem melampau-lampau; pastu single lagi pulak...laaaagi best bila beliau cakap, "saya x keysah rupa...yang penting hati.." (translation dr bahasa korea)

fuh. kalo jumpa mamat ni kat mana-mana, konteklah aku dengan kadar segera. mwahaha.

13.5.10

jangan klik jika anda sedang lapar.


:L *drools*

penah terai roti hawaii, mixed grill dengan triple h (ham + hotdog + lg satu h aku x hengat). memang torbaekkk. diingatkan kalo makan sini jangan kisah sangat surrounding, sebab mmg mcm gerai kat tepi jalan pun. juga better pegi ramai2 dan share; sebab banyaakkk nak mamp.

rindu r fud KL...kat ipoh ni boleh kira ngan jari brapa kedai yang sedap...nak2 kalo kat UTP =.=

11.5.10

Jan 06 Dinner + Petronas SI + Teluk Batik Gath

Hari Sabtu dan Ahad lepas memang gila bizi..sampai x buleh tdo..huhuhu..pelik tuh kalo aku x buleh tdo; selalu nya berlawanan.. (-___-")

Sabtu dimulakan dengan membuat puding kastard utk 'majlis' pada esok hari...diketuai oleh kak mah of kos..tapi tu la masak karamel x menjadi-jadi...sampai kena telipon mak aku :P
Malam Sabtu tuh sebuk nak prepare for ITIS Jan 06' Dinner..even petang tu pon derang dah sebuk2 main alat mekap, colek eyeshadow ngan lipstick sana sini..sebab suma duk sekali, riuh satu rumah hokeyy~


Dinner Jan 06' mmg best!! Ada la kurang sket2 sana sini tapi adat la kan..xdop event yg 100% perfect..lgpun bdk2 engine wat ni especially for us ITIS people..tacing...sob..sob..tambah2 part derang main montage masa MAS (minggu first masuk UTP) ;'D
Aku memang nak stay lama2..sebab performance suma best-best...tapi apakan daya..kol 12 kena bertolak balik sebab esok ada interview...wawawawa masa dinner kurang cuak..sebab dah lupa seketika..tapi pastu cuak kembali...sampai x buleh tdo aku malam tuh..kejap2 terbangun sampai la kul 6 lebih =.=

Naseb baik taim interview aku sama ngan Aimi, buleh gi skali..Kol 9 lebih mula interview..ada 3 stages; describe urself, case study ngan role play..sampai kol 11 lebih baru habeh...fuh! kering tekak aku bercakap non stop..tapi mmg betol la kalo dah masuk dlm tuh ko x rasa lama sangat..tiba2 dah 2 jam..er, nak kasi tips lelebih x buleh..sebab aku pon tatau betul ke idak aku merepek-repek dlm tuh..nnt kalo dah 'recommended' baru aku kasi tips..huahah

Lepas lunch terus tuka outfit sopan interview kepada baju untuk berlibur~~ Kul 12.45+ gerak ke Teluk Batikk~ Sampai2 tdo dlu..hahaha...gilo ka g pantai semata-mata nak tdo (-_-) Aku xdop mood nak mandi laut, so jalan2 sajork..pastu tolong menyebuk kat BBQ,best sebab boleh curik makanan ;P Gathering Teluk Batik memang sangat best!! Makan ramai2, tangkap gambar ramai2..gelak ramai2.. ;)



3 events in 2 days...I'll remember those memories deep inside my heart,guys ;D

6.5.10

one chapter closes, another one begins.

Alhamdulillah...dah selesai last kelas kat UTP; Corporate Ethics =)
Macam x percaya pon ada,aku dah abes kelas (belajar blom abes..coz life itself is a lesson) rasa mcm baru je semalam pakai baju kurung, kasut tutup, muka selenga xde mekap; berlari-lari pegi kelas takut lecturer marah..haha..skema nak mamp..

mcm2 benda best dan x best jadi sepanjang 4 taun setengah kat UTP; overslept sampai terlepas kelas (ahem..selalu..), tido masa lecture, kena marah, menangis dalam lab pon penah..hahahaha..drama queen :P

Haruslah camwhore lepas kelas last ye dak...

Tenkiu kat lecturer2 UTP yang melecture aku sepanjang-panjang aku kat sini; sori sebab kadang2 ternakal dan selalu jugak tertido... ;p


p/s: another chapter just begun! got Structured Interview Petronas this Sunday~ fuhhu~ kecuakan maksima. Readers yang penah pegi SI tolong la kasi tips mcm nak mengadap interviewer kang..satu setengah jam gayahhh oiiii....mau terkencing-kencing aku dalam tuh.. D:

4.5.10

love.

"It's hard for a girl to fall in love.
It's even harder for a fangirl to do so." (in real life)



tak buleh berenti menyukai 6 budak ini. susah betul. biarlah orang nak cakap apa pasal KAT-TUN, kamo tatap menjadi pojaan hatiku. tak kisahlah betapa bodoh lawak derang wat; tunggang terbalik macam mana pun aku still suka gak. kalau ditakdirkan aku berjumpa seseorang nanti; tolong lah beliau jenis yang diplomasi. boleh berkongsi kasih :P

2.5.10

5 benda yang buat aku hepi.

ditag oleh Kak Mah =)

1. makan eskrem di waktu hujan. xtau pasal apa; asal hujan ja carik eskrem; asal carik eskrem ja hujan ;p

2. makan steamboat. nak tgk aku makan byk jamu la benda ni. eh eh apa ni asyik pasal makan sajork~

3. beli baju online; pastu terai2 muat baeekk punya macam tempah kat tukang jahit :D

4. sesat. hahahahahaha gilo. aku suka kalo tgh2 bercuti pastu sesat (siang la..malam cam seram lak..huhu) sebab lepas tu boleh tgk2 tempat yang x bese sampai dan xkan pegi dah pastu. lol.

5. orang main rambut. teruja nor kalo gi kedai gunting rambut sebab derang syampu2; urut2 kepala. hahaha.



bestnya femili aku datang UTP~~~~ \:D/
Pastu gi Lumut...Lumut x best tp sebab femili aku best maka Lumut jadi best :D

1.5.10

hey ladies.

Bukak FB; tengok page sorang mamat ni. hensem. single. keje bagus, bla3.
friendlist riban2; kalo tgk wall dia aku memang gila keciwa. sangat keciwa.
tak..bukan sebab aku tak puas ati friendlist dia lg banyak or dia tulis inappropriate stuffs ke hapa kat wall..tapi sebab tulisan pompuan2 desperado kat wall beliau;

"hai awk, tengs for da add.." <- eh? bukan ko ke add dia? "um..hai wak...watpe tuh?"
"salam....saye *****.....selamat berkenalan.."

yup. suma ni pompuan yang tulis kat FB wall lelaki ye..bukan sebaliknya..
siap ada 2 pompuan bergaduh dalam tuh...mula2 aku ingat..oo ok la...awek dia kot...sekali baca lagi komen2 bawah...2-2 x kenal pon mamat ni daaa...main add kat FB je..abes apa motip korang wat catfight kat situ do? (-_____-")

?
tau la dia good looking and all; tapi perlu ke ko memalukan diri dan merendahkan martabat untuk org yg ko sendiri x kenal; sapa dpt nama? mamat tu jugak kan..ada ke dia layan korang? maybe dier jwb la dua tiga patah..lepas tu dia x nak layan dah...pastu nama ko jugak la yg dapat label "desperado"....adoyaiii ladies...


“The most courageous act is still to think for yourself. Aloud.”


- Coco Chanel


p/s: ok dah terlanjur sebut pasal coco chanel; sapa ada muvee coco avant chanel? mahu menonton muvee ini. mekasih.

29.4.10

tammat.

Macam yang selalu tulis kat drama Melayu lama tu, Alhamdulillah presentation FINAL aku dah abes...oyeah! Naseb baik la boleh jawab suma soklan...huhuhu...nebes gila aku memula. First, sebab aku presenter last; so mcm bengkek je tgk suma orang dah balik dengan muka lega dan ceria..aku sajork yang belom... :(

Lepas lunch baru turn aku..kalut2 la bungkus laptop suma..naseb rumate offer nak antar..kalo x berpeluh-peluh la aku berjalan kaki..tenkiu bebeyh~ tetiba terjadi wardrobe malfunction plak dah...zip suar x nak tutup! omaigod! dah turun bawah plak tuh; motip la kan aku nak naik balik tingkat 3 tuka suar (=.=") terai2 boleh gak...LOL. ok pasni sila buang suar cilaka tersebut D:

Sampai2, x dop orang. ok la kan. buleh setup laptop. sekali terai-terai x leyh connect kat projektor. Ismal, FYP mate aku terai pon x leyh. ah sudah. call la plak suma orang; "wei, cano nak setup do?" derang bagi idea suma x menjadi. Sampai la suma examiners sampai, skrin rilekkk je maintain kaler biru; rasa cam nak sepak! Head examiner, Ms Nazleni tolong pun x buleh gak. bilik dah senyap mcm kena langgar garuda...awkwarddd~ last2 panggil orang lab baru leyh guna. fuuhh. Ismal present dulu. pastu turn aku; terus aku speed mcm nak lumba F1..lol. nak habes cepat punya pasal..lantak la tersyasul dua tiga ayat ponnn..overall ok la; derang x tanya soklan pelik2 mcm pre-EDX..huhu...hopefully, paham la pebende aku merepek yg last2 tuh..tekak dah kering noxx...hambek napas pon tercungap-cungap haaa...

to cut the crap, overall kira bole la...derang hangguk2 tu makna bole tahan la kot kan?

Lunch untuk hari ini (sebab cuak maka x leyh makan nasik takut nebes -> muntah)


ye aku makan bijirin untuk budak 6 bulan....so wat? mwahahaha..sedap do...x caya cuba terai. tp merasa la ko kena pandang 2-3 kali ngan orang kedai pastu kena tanya, "eh? nak beli kat anak sedara ke?"

zzz. naseb dia cakap anak sedara. kalo cakap 'anak' aku letak balik pastu terus blah. haha.

27.4.10

hapdate.

OK sungguh tak kretip title post haku. Ape-ape lahhh...nak hapdate ni pun habis bagoss dah..sejak dua menjak nak abes blaja universiti ni makin malas pulak dah..makin tua makin pemalas...ape kesss?!

First and foremost, nak ucap terima kasih kat http://cuppacakepalace.blogspot.com/ sebab kasik blogger award kat aku....awhhhh~ terharu ai~ :'D (hadiah cupcake xde? ehehehe..)

comel x??? waaah~ bestnya haku bila tau ada orang ska bace blog yang merepek-repek ni..huahah..

OK. memandangkan aku dah lama x hapdate; maka banyak la peristiwa2 yang telah berlaku sepanjang kat UTP. Mentang2 la final year student, suma event yang ado nak masuk mencelah..event yang tak penah2 nampak muka kami pon tetiba adoo...

the last Dean's List award..*sniffs* kecuali lah kalo aku sambung Masters kan..tu pun kalo ada lagi la Dean's List untuk Masters (ado ko?) dan kalau aku melampau-lampau terer dpt DL peringkat Masters =.=

Euphonious 2010 (mcm batel of the bands la)...penyanyi undangan Sixth Sense..tp mereka x seglemer kami..maka xde la gambar di sini... :D

Ha...yang ni buleh masuk...sebab memang dah sah2 la glemer kan...serius ah beliau memang best..terang benderang je bijik mata aku dr mula smpai habis..kalo lecture pon camni kan best..

Melantak di Moven Peak plak...kalo nak tau tempat ni antara yg femes la kat Ipow..western + steamboat~ Nak pegi sesat, balik pon sesat...naseb we olls x jumpa adek2 manja ketuk pintu keta malam tu noxx~.. p/s: sila pasang GPS ye rahmah.. :P

eh eh sudah la tuh. ko ingat ko artis keee nak hapdate banyak2? dah la slide final presentation x siap lagi... =.=


em. bai.