Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

3.3.10

contest baju kurung menawan

OK. sebelum aku menghempas laptop ke lantai sebab tensen ngan FYP; mari merehatkan minda dengan join contest =)

Contest ini dibawakan khas kepada anda oleh blog cik LebahMadu aka HoneyBee. Sungguhpun tajuk beliau menegaskan 'baju kurung'; korang boleh la jugak menge'pose' dengan baju kebaya, kebarung, teluk belanga, cekak musang, musang pulut, etc. etc. yang pentingnya mestilah nampak aura-aura kemelayuan itu; bak lagu 'Gadis Melayu' nyanyian Mawi. ok2 cukup la tu aku merepek.

Syarat2 penyertaan di blog beliau


"Saya nak masuk contest ini kerana saya suka join contest kat belog sebab dier beeeest~ lagi suka kalo menang hadiah. hehe..dan warna yang saya suka ialah merah"

Dari mana korang tahu contest ini? sila tulis nama dan link blog mereka:
alamak x hengat. blogwalking pastu terstumble upon contest ni :P

ok. letak dua gambo dah la. nanti orang cakap ai giler glam plak~ 8)

2.3.10

dah lama x buat menatang nih.


soalan diambil dari blog peah. juga ditag oleh matpi:

In this tag you have to talk everything about anyone that you like, which is :
akanishi jin
*sengih kerang* :D

1. apakah hubungan anda dengan dia?
kipas susah nak mati - idol

2. 5 impression terhadap dia?
-random
-stylish
-funny
-"my pace" attitude
-kinda stupid. haha.

3. perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak?
Creating and singing beautiful songs. Sudah semestinya bukan untuk aku la kan; tp perasaan perasan itu kadang2 dibenarkan :P

4. perkara yang paling memorable dia katakan pada awak?
ish. x penah la pulak berpeluang nak lepak2 kat mapley ngan mamat ni kan. kalo jumpa pon sure aku speechless + blur2; huhuh.

5. kalau dia kekasih awak?
mati la kena belasah ngan fangirls yg laen. paling tak pun ak sure ada hate group kat FB. asian fangirls are scary ooo~

6. kalau dia jadi musuh awak?
lagi la banyak hate group kat FB. huhuh.

7. kalau dia kekasih awak, awak akan??
perkara first; soh dia beli Jimmy Choo selai..kata banyak duit bai...haha.

8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
aku tetiba terminat band/artis lain.

9. overall impression tentang dia?
more than meets the eye. means dia bukan sekadar kacak la; ada natural talent.

10. the most desirable thing to do to her/him
pegi konsert KAT-TUN; lambai; bagi flying kiss; balik umah; lol.

11. apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
ntah la. apa pandangan korang terhadap aku? taipkan segala ketidakpuasan hati di ruangan komen. tima kasih.

12.apakah sebenarnya perangai anda?
random. kadang2 mcm bangang sket; kadang2 scary. haha.

13. perangai anda yang anda benci?
suka berpikir lebih dr bertindak. contoh terdekat: fyp =.=

14. orang yang anda ingin bersama
famili =)

15. katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda

tima kasih daun keladi.

16. tag 4 orang
aaaa...ni yang den lomah ni. skip2 D:

aritu sapa tah tanya; "apsal ar pompuan suka sangat laki2 jepun/korea ni?? muka jambu/ghei kot. mengapa? nande? wai? porke?"

ish. soklan susah ni...sebab soal hati lidah x leyh bohong..aceh mcm iklan mi sedap lak. ok la. ni jujur punya jawapan dr aku. memula aku minat budak2 jepun memang sebab ropa; tapi lelama minat sebab talent derang. most of the time, sebab lagu2 derang. another plus point might be the varity shows/musical programs; sebab masa2 camni derang akan menunjukkan kecomelan dan keadorablean mereka di khalayak umum. aku xtau la pompuan lain kan; tp kalo aku; i like seeing them make fool of themselves. haha. silly tapi comel.
but dun worry la lelaki yang awek korang minat jepun/korea/taiwan/etc; kami tau perbezaan realiti dan fantasi. dan kami [selalunya] xkan comparekan korang ngan idol2 tersebut :)

1.3.10

sangat x best dowh.


...Gua Tempurung giler x best.
Naik tangga macam nak mampos punya tercungap-cungap.
Pastu turun plak; ngan licin-licin; kalo jatuh memang ko tak sempat nak jawab MOHE test la.
Satgi igtkan dah nk balik kan....sekali slide turun bawah lak.
Merangkak cam askar jepun; siap basah lagi sebab ad underwater river.
Dah la bawah tu batu kan; memang abes luka-luka la..
2 jam dalam tuh ngan panas; gelap lagi...haih.....memang giler x best dowh..
...baek korang jangan pegi...
wat rugi je duit korang.........

.
.
.
.
.
.
.

ok. dah sah sah la aku tipu kan :)

26.2.10

dilema single.

situasi 1 (kapel)

A : yang, jom gi bla3, nak?
B : jom!!

situasi 2 (x kapel)

A : jom kuar!
B : aa..malas...

situasi 3 (x kapel)

A : jom kuar!
B : dah ajak C, D, E, F, G, H, I, J blom?

O.o

bukan sepatutnya orang single ke yang lg senang kalo nak ke mana-mana?

maulidur rasul.


Demi Allah,
jika sekiranya mereka meletakkan matahari
di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiriku supaya
aku meninggalkan urusan perjuangan ini,
nescaya tidak akan aku tinggalkan sehinggalah Allah
memberikan kemenangan atau aku
binasa kerananya.
(Rasulullah s.a.w)

Ni besday yang paling special sekali dalam banyak-banyak besday. Sebab ni besday manusia terbaik yang diciptakan Allah..Selamat menyambut Maulidur Rasul, bloggers. Ingatlah Rasulullah dan perjuangan Baginda kat kite sume. Banyakkan selawat =)

9.2.10

kucing gedik.

tolong la paham. ko tu kucing jantan. sila berperangai gagah sket (-_____-")

7.2.10

kasihan kami xdak duit nak pegi tempat jauh-jauh.

lokasi percutian: tasek UTP. lol.

pelencong-pelencong: farah, jue, aku

transport: kete satria xdak redio. huahah xD bole jugak naik basikal, ketapi, helikopter,G-5, bla3.

masa diambil: jika dari village 5; mengambil masa dalam 2 minit naek keta; basikal dalam 5-15 minit bergantung kepada velositi kayuhan.

tarikan utama: ikan2 yang laparkan roti gardenia; pemandangan indah; kayak (kalo bukak la); -lelaki kacak dan chikaro cun yg pegi berjoging; trek joging; dan lain-lain.

tiket masuk: rm1. kalo hensem free. sila bayar kat pakgad sebelum masuk. fine la aku tipu.


cute bento 101.

Kata motto blog "cuteness kills" kan..musti la berblog pasal benda-benda cute dengan lebih kerap :P

Benda cute hari ini: BENTO~!! Free Image Hosting

Bento ni dalam English "packed lunch"; dalam Melayu senang panggei "tapau" sajork. Ciri-ciri sebuah bento yang cute:

  • Kaler haruslah berwarna-warni - lagi banyak kaler terang menjolok mata lagi bagos~ (bento xpe..pakaian jangan..lol)

    haaa jah... ko ingat nasi ulam jerk ado nasi kaler biru?!
  • Bahan-bahan dan rasa x penting. cute itu mesti ado. Campak je suma benda yang dirasa cute dalam tu. ulam pegaga cicah ngan mayonis pon laayaaaan~
  • Tema bento paling populer: binatang2.

er...tetapi haruslah pandai memilih binatang yang sesuai..

  • Kreatip. Macam korang main masak-masak ngan playdoh masa kecik2; wat la bentuk dinosor ke; keta kebal ke; ikut suka hati mak bapak korang lah.

....wah..ni mesti laki yang wat bento nih.. xD

6.2.10

aku menyampah.


kenapa orang yang mainkan perasaan dan hati orang lain boleh bergembira; bahagia macam tak ada apa-apa yang berlaku?
kenapa xde pasu bunga jatuh atas kepala dia ke; kena gigit anjing gila ke; termakan racun tikus ke;

aku menyampah.

Free Image Hosting

5.2.10

dalam bershoping juga ada dilema.

jika ada benda yang boleh mendistract aku selain ikemen/keta sport; it would be cute stuffs. jika mahu mengumpan aku, letaklah barang2 cute (atau benda berwarna merah) dalam jerangkap samar korang; sure aku masuk punya >.<

Masa intern dulu aku nampak ada orang pakai sweater beruang kat stesen LRT (and she's wearing tudung~) so sepanjang hari aku asek terpike-pike...mana dia beli benda tu...brapa harga..ade kaler lain tak..bla3...trus Google cari mana nak beli...boss lalu lalang pon tak dipedulikan lagi..mencari sweater beruang lebih penting okeh..then dapat la satu kat ebay..tapi aku mana ada paypal (-____-")

Tetiba semalam jumpa lak kat lowyat.net. sejibik sejibun. tapi terpike la pulak kan..kalo beli bila masa aku nak pakai? xkan turun kafe nak gi makan pakai sweater beruang? nanti orang cakap buang tebiat nak mampos lak.
tengok dekat model memang lawa..sebab beliau memang sudah lawa; tapi kalo tengok kat aku mungkin akan jadi macam ni;


D:
komen 'ya' jika korang rasa aku patut beli atau 'tidak tolong la jangan nak gedik tirah oii' jika korang rasa sebaliknya.

4.2.10

scholar petronas tak semestinya ko keje petronas.


Ha. ni aku nak kasi tau sama orang luar yang salu tanye aku :

"Eh..belajar kat UTP kan? Bawah Petronas kan? Wah~ Lepas ni senang la keje ngan derang ek.."

Sebenarnya statement tu kurang tepat ye. Blaja Petronas taja x semestinya akan keje ngan derang. Tambah2 zaman recession ni. Nak2 pulak student ramaaaaaai. Xkan suma nak sumbat bawah derang kan. Makanya nak jadi buruh di situ perlulah melalui beberapa cabaran umpama Amazing Race. Satu cabaran yakni Petronas Ability Test dah lepas....er...lepas ke ko nox??? Macam sesak je....

mana tak..kalo dah tanya soalan macam;

'Berapakah bilangan tingkap di kedua-dua bangunan berkembar Petronas??' dan 'Namakan semua CEO Petronas dan hobi di waktu lapang mereka sekali.'

OK fine aku tipu. Soalan dia susah sebab kena kira pakai kalkulator. Last aku rasa bodo camni masa jawab test Add Math buat pertama kali. Dalam 10 soalan silap2 kena 1 atau 2 soalan je betol.. D':

Mungkin Pet menggunakan pendekatan Puteri Gunung Ledang..penolakan secara halus..hati kuman bagai...padahal x mo sebenarnye...so wat la ujian susah2...huhuhu.....

....ade keje kosong kat tempat korang tak?

1.2.10

cute pose 101.

Semalam aku terbangun kol 11 pagi. Pastu kalut2 gi mandi, iron baju, tempek bedak bagai. Satgi rumate tanye, ".......ko nak gi mane ni?" dengan penuh perasaan curiga. Eh? Bukan kelas kol 12 ke? Trus tengok jadual...ax&njq$s@#sqp kelas kol 2 da... (-___-)"
Rumate dah pegi jumpa SV dier; maka tinggallah aku sorang2 bercamwhoring (mekap tidak harus dibazirkan begitu sahaja. alang2 tangkap gambo la dulu. ohohoho~)
Hari ini mari kita belajar cara-cara nak buat cute pose ye..(WARNING: images may be quite disturbing. aku dah beri amaran aa~)

Untuk membuat pose gedik aka bajet comel x hengat, anda memerlukan:
  • mekap tebal; terutama di bahagian mata bagi memberi efek mata besar ala anime.
  • lighting; baru la muka banyak jerawat nampak putih dan flawless macam pompuan jepang.
  • kamera; better setkan ke 'beauty mode' jika ada. sah2 macam baru pakai foundation 34 inci.

Pose 1: 'Clueless'

Halakan jari telujuk ke bibir sambil kepala disengetkan. Ini dipanggil 'playing dumb' atau dalam Bahasa Melayu nya bermain bodoh? Ok fine muka aku kat sini memang x buleh belah D:

Pose 2: 'OK'
Buat pose macam dalam iklan Oat Krunch tuh.

Pose 3: 'Salute'

Seperti yang korang slalu wat dalam kadet/pengakap tu la. Tapi jangan bermuka bengis la; harus control cute.

Pose 4: 'Puffy cheek'
Sebelah pipi dikembangkan. sebelah sajork; kalo dua-dua belah jadi lain pulak kang.

Pose 5: 'Korean idol' - pose duet bersama cik Suraya.


Sebab aku slalu tengok artis Korea wat pose ni. terutama yang laki. haha.

Ok cukuplah setakat ini. Student2 boleh pegi muntah darah sekarang :D

29.1.10

perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum menjadi 22.


Kawan aku; Peah ngan Saf dah selamat menjadi seorang dewasa walopon masih nampak seperti kanak-kanak rebena uhuk. Aku hanya ada beberapa minggu lagi untuk:

  • Menyanyi lagu 2NE1 dengan penuh perasaan awet muda. Sebab nanti macam dah x syiok nak jerit "twenty one~ twenty one~" sambil terkinja-kinja dengan sikat a.k.a mic =.=;
  • Memakai baju Forever21 dengan lubang hidung kembang kempis.
  • Melompat-lompat ria tanpa tujuan. Selalu dilakukan di koridor2 pastu akan menerima pandangan 'wth' daripada rakan2. hu~
  • Makan aiskrim banyak2. Dah tua-tua elok kurangkan makan benda manis -__-"
  • Bangun lambat. Lepas ni kena bangun dengan lebih awal uhuhuhuh..
Wah. bosannya jadi orang dewasa~~ :0


p/s: nape banyak gila orang sama besday ngan aku? 13 feb hari beranak beramai-ramaikah? *curious*

27.1.10

aku juga seorang nuffnanger.

Suma orang sudah buat Nuffnang. Aku ja baru terkedek-kedek; terhegeh-tegeh mau buat. Terima kasih daun keladi buat peah. Blom jumpa la code yang satu lagi tu beb; huhuh. Tu la pelajar ICT tapi tido waktu kelas pengaturcaraan komputer :D

Lepas ni; pembaca-pembaca sekalian (aku ada pembaca ke?haha) tulun klik la ad2 nuffnang di blog aku. setiap klik akan memanjangkan langkah aku untuk ke puncak Gunung Fuji sebanyak satu tapak. Kalo aku berjaya pergi Jepun, korang yang klik buleh claim satu souvenir. Ngeh2.

19.1.10

hindustan.


Tetiba malam ni mood nak layan hindustan plak. first off; tahukah anda bahawa perkataan 'Hindustan' adalah diderived daripada perkataan 'Hindu' (agama. kalo xtau pi wiki.) dan 'stunt' kerana babak2 di dalam cerita hindustan selalunya x sah kalo x dak adegan pukul yang bunyi "dush2" tu.

.
.
.
OK. aku tipu.

...korang percaya ke tadi? :P

Kesahnya aku mula minat hindustan ni lawak jugak la. Besa la, budak2 belasan taun kan. Hormon gedik menular di dalam diri. Buleh pulak la aku minat kat jiran sekampung aku yang perasan dia mamat hindustan. hahaha. asek2 nyanyi lagu 'Baadshah' la, 'Kuch Kuch Hotak Hai' la; macam2 lagi la. Sekali tu dia nyanyi lagu hindustan kat aku; trus aku tergoda. cepat2 pinjam tape pilem hindustan kat kazen pastu ulang tengok sepuluh kali sebab nak hapal lirik lagu. Last2 rusak dia punya tape, hahahaha babun sungguh. Aku siap ada skrap book; dalam ada koleksi gambar Shah Rukh hokey~ Punya la gila hindi masa tuh. Kalo dengar lagu yang 'aaaa~ aaaa~' je rasa melayang-layang. serius ntahpapa XD

Sekarang dah x bapa layan hindi; sebab banyak babak2 seksi ja; pastu ulang plot sama pat ploh kali D: bosan2. filem hindustan dulu2 gak yang best; kuch kuch hota hai, dil to pagar hai, chori2 chupke2, maan, etc.
yang paling best still devdas; 3 kali aku tengok 3 kali gak la aku nanges D':

korang yang dok gelak2 sindir post aku ni xyah nak tipu la...sure korang pon penah layan hindustan gak kan? kan??

17.1.10

kisah saorang model wannabe yang noob.

kul 3 lebey-lebey. 16 jan.

aku dah tunggang terbalik xtau nak wat apa bila tiba2 'ter'tengok' update HT dan 'ter'nampak' gambar aku ada 'ter'masok kat situ. buleh x, ngan muka berminyak-minyak sbb baru lepas buh krim jerawat, rambut serabai suma; aku ngan rahmah kalut2 pilih baju nak shoot sok. Sampai Subuh aku x buleh tdo. huhuh.

kul 8 lebey.

wah gitu. aku 'ter'bangun awal hari ni. bangga x kawan-kawan suma sebab aku bangun awal? hahaha. dalam kul 10 camtu, ojan ngan rahmah bawak aku gi medan gopeng. naseb ada tiket kul 11. aku pon naek la bas secara solo ke KL. x penah hokey, ni first time. gelabah giler pike sape nak amek aku kat pudu. abeh la suma orang aku mesej. Dalam kul 1.55 gitu la; tetiba bas berenti kejap. Serius kejap gila. Pastu pak cik bas tu cakap mende tah. aku kurang dengar. mungkin sebab x tdo semalam, otak jadi blur sebentar. pastu, bas gerak. masuk highway. HIGHWAY?! terus aku tanya orang sebelah.
"bang, bas ni nak gi mana?"

Orang sebelah wat muka tak percaya sambil berkata, "er. Seremban."
WAAAAT??! Tros aku berlari 100 meter ke arah pak cik bas mintak patah balik. harem dia nak patah balik. marah aku ade la. babun sungguh. terpaksa la tadah telinga dengar dier berleter sambil kalut tepon kawan aku yang tengah tunggu kat pudu. Bangang btol la rasa waktu tuh. Tak lama pastu bas brenti kat plaza tol Sg Besi. Pak cik driver yang tidak mesra alam soh aku lintas gi cari bas balik Pudu. bodo tol. sumpah aku x naek dah bas ko, pak cik. kata aku, dalam hati je. tetiba Kama mesej. sebab dah gelabah2,aku pon mintak tolong dia amek aku kat plaza tol tu. punya la kalut masa lintas tol nak pegi belah menghala ke KL. orang suma tengok je kan, apehal minah ni senget ke apa lintas jalan sorang2. naseb aku x mengalami sebarang kecederaan fizikal; walopon terkena palang tol yang last. hu.

Kul 2 lebey.

Kama ngan ayah dia sampai. Bersyukur gila aku. At least ada nampak orang yang dikenali. Pastu tros la naik nak gi cari Taman Tasik Perdana. Rupanya susah jugak nak cari tempat tuh. pusing2 tipa pat kali la kami dalam KL. lagi pulak aritu Sabtu, orang ramai nak mampos kat belah jalan TAR. Aku tengok jam, kul 4.30. dalam hati dah pasrah giler. Dekat kul 5 baru sampai taman tasik. Nyaman sebentar dalam kekalutan sebab tengok pemandangan yang menghijau. Dengan muka letih, berminyak, hitam kena asap suma; aku pon gi la jumpa orang HT. Sebab simpati kot ngan aku, derang pon soh la aku siap2 cepat. Ghopenye ada lagi yang tengah tunggu nak mekap; so lepak2 la kat dalam surau sampai kul 6 lebih baru siap mekap.

Kul 9 lebey.

Dengan jayanya, photoshoot selesai :D best gak ar maen2 pose syok sendiri. muahaha. naseb ada crew HT yang baek hati nak tumpangkan aku gi KL sentral. fingers crossed, tiket ketapi ada lagi. kalo x dak tu satu masalah besar jugak. huhu. naseb ada train kol 9.30 malam. naik la aku ngan sorang mak cik yang nak gi Bukit Mertajam. Henset pulak time2 ada charger kat umah x mau mampos, dalam train nak call Rahmah tolong amek jugak la dia nak buat hal. Terpaksa la pinjam kredit mak cik sebelah. huhuh. Dekat kul 1 baru train sampai kat stesen Batu Gajah, Rahmah ngan Sur dah tunggu kat luar. Melepek gila aku; sampai2 tros tido awal. Haha. kul 3 awal la bagi aku :P

Di kesempatan ini; nak tima kasih la kat suma orang yang aku dah susahkan. kalo xde korang memang lagi menyayat hati kisah ni..huhuhu. Rahmah, Ojan, Kama dan mak ayah beliau, Aya-chan, Dila, Sur, Zetty, Aimi, Farah, Lana, mak cik train, etc. etc. Tima kacih :)

16.1.10

OMG!

Ingat lagi x Hannah Talent contest aritu?
Seryes aku syok sendiri je. Langsung x terpike nak menang. Contestant banyak gilo kot; seratus lebeyh. Banyak yang lawa2 plak tuh.
So; aku x harap langsung nak dapat.

Memang aku x menang pon. huah3. expected :P

Tapi tetiba; dia nak kasi pree kat 20 orang len pulak; and I was one of them! :0 <- lama beliau mengipas diri; pastu tenyeh2 bijik mata tiga pat kali, kot2 salah nampak.
Ok xpe la. Pastu dia cakap shoot esok pulak dah. aloh. mati aku. kalo mcm masa dulu2 duk wangsa maju xpa la buleh nek tren gi tempat tuh. ni kat UTP. kul 2 plak tuh.

Camano? Patutkah aku pergi? D:

15.1.10

alhamdulillah.

result dah kuar. gpa DL :D
tapi cg blom. huhu xpe. akan diusahakan pada masa akan datang (akan datang? ade satu sem je lagi kot :P)

tetiba terpike kan; kalo la UTP kasik rm50 untuk setiap recipient DL, kan best. Baru la semangat sket nak strive for exam~ <- nampak sangat aku mata duitan. uhuh. then again,who doesn't?

Teringat plak masa zaman-zaman muda dulu (tuakah aku? aiyark) naif giler. naik teksi pegi Ipoh sebulan skali je; kongsi bayar satu teksi rm35-rm40. pastu beli benda2 keperluan macam sabun, berus gigi jerk. Sekarang? 4-5 kali ulang pegi Ipoh, x pon busuk2 seminggu sure kuar taman maju la; batu gajah la. kadang2 nak makan pon pegi jauh2. soru pon makin kureng menjelang pertengahan bulan sebab banyak beli benda2 x bermanfaat. kalo dulu waktu sekolah; 5 kupang tahan sehari (nasik telur bilis. berbaloi-baloi~) tapi skarang celah gigi je 5 kupang tuh...

tapi xpe. still alhamdulillah gak. bila bukak sok kabar je; x jadi nak komplen banyak2 pasal diri sendiri. sebab banyak lg org yg kesusahan dalam dunia ni. at least kita ada tempat tinggal; makan pakai suma cukup; okey la. Thank You Allah :)

12.1.10

Hannah Talent - "Ingin Menjadi Model?" Contest

Mau~ Mau~ \:D/

OK. Aku pun baru dengar pasal Hannah Talent ni. Lepas baca sket info dier; senang cerita HT ni tolong model2 sekalian buat portfolio. Tak tau macam mana yang dipanggil portfolio? Kalo korang tengok America's Next Top Model kan (yang x tengok buat2 paham je la ye.haha) ade macam satu fail yang derang ke hulu ke hilir bawak maser go-see tu; dalam ada banyak gambar2 kan; haa..tu la namanya portfolio. Senang la para klien nak tengok sejauh mana potensi ko pastu baru buleh cakap "you're hired!" macam donald trump. Tapi bukan murah oo nak buat benda ni; photoshoot suma nak kena pakai cameraman la; props bagai ye dop. HT charges RM250 for their portfolio. Sila klik di sini untuk pengetahuan lanjut mengenai photoshoot latest mereka :)

Tapi, untuk masa terhad ini sahaja; derang akan kasi FREE for one lucky blogger~ wao2~ i loyke~ xD

Kalo menang ni bapak best giler; buleh la ko kasi tau anak cucu cicit pada masa 40 taun akan datang;
"Ha..ni la gambar nenek zaman muda-mudi dulu. cantek x? cantek x?? kalo ko cakap x cantek aku lempanggggg kaoooo~"

er. ok. back to the topic.

lagi satu keistimewaan HT ni sebab dier fokuskan untuk model muslimah; so tak perlu lah nak bergambar seksi di dalam kolam renang untuk menjadi model, coz Muslim girls are hot too! \:D/
Selain girls, HT jugak menerima model dari range umur 0-50 tahun. Jadi, Ibu-ibu dan bapak-bapak semua yang ada di sini juga buleh la antar entry for babies dan kids derang. mak bapak nak tumpang sekaki dua masuk pon buleh jugak~

Syarat-syarat penyertaan :

1.Terbuka kpd lelaki,kanak-kanak dan wanita (bertudung sahaja)
2.Mestilah menjadi follower Hannah Talent di blog dan juga facebook.
3.Peserta mestilah mempunyai blog sendiri.Penyertaan tidak akan diterima jika menghantar gambar dan entri ke email kami.
4.Letakkan blog Hannah Talent dlm senarai bloglist anda.
5.Letakkan logo HANNAH TALENT diatas, di sidebar blog anda dan logo tersebut mestilah link ke Hannah Talent.
6.Letakkan hanya SATU gambar yang jelas dan anda beraksi cantik seperti model professional.Gambar tersebut mestilah gambar anda,bukan gambar orang lain.Boleh diletakkan gambar muka sahaja,separuh badan atau gambar penuh satu badan.
setiap 1 ORANG perlu ada 1 BLOG DAN 1 PENYERTAAN sahaja
Bagi kanak-kanak,ibu bapa buatkan 1 blog khas untuk anak mereka...
(TIDAK DIBENARKAN MELETAK GAMBAR BANYAK2,AUTOMATIK DISINGKIR!!)
7.Buat entri mengenai HANNAH TALENT dan sedikit penerangan mengenai contest ini.
8.Sebarkan contest ini dengan cara anda tersendiri.Pastikan di akhir ayat di blog anda tulis begini :
saya mengetahui contest ini dari blog :--------- (ini adalah penting,sila link kan URL blog tersebut)
9.Didalam entri anda juga perlu ada ayat yg backlink ke HANNAH TALENT.
10.Sila tinggalkan URL contest di page anda di ruangan komen dibawah.
11.Tarikh tutup :13 -01-2010
Jadi...jangan lepaskan peluang keemasan ini ok!

Gambar ni dihambek masa Seventeen/Clinique Makeover Party where I was one of the lucky 5 to win fashion makeover :) baju sponsor je ni cik kiah~ lepas tangkap gambar kena kasi balik~


saya mengetahui contest ini dari kawan saya Rahmah yang bagi link blog Hannah Talent
:D

Jom join kawan-kawan hotku sekalian~ X menang pon xpe~ Janji terai~ :)

8.1.10

mari memasak. part ii.

Kami sudah lebih maju ye selepas masak spageti sos Kimball. xkan hari2 nak campak sos je dalam kuali kan. Kaya la tokey Kimball camtu. Makanya, pada hari-hari kemudian; housemates mula bereksperimen dengan benda-benda lain seperti cili boh, bebawang, sesayur dan binatang2. So, terciptalah bermacam-macam lauk di dalam dapor kami; seperti kuewtiow goreng, nasi ayam, nasi lemak, asam pedas, etc. wao2~ bakal2 isteri yang cemerlang; gemilang lagi terbilang~ boleh up sket hantaran kawin ni $D

hari ni masak soto resipi turun temurun tok mah. aku, zetty, sur, saf, dan nisah sebagai penyebuk2 penolong2 yang tukang cuci ayam, potong sayur, buat bergedil bentuk bulan, bintang, segi tiga, oktagon dan pentagon, macam ni:

kanak-kanak ribena sedang bermain play doh di taska ria~


last2 bergedil jadi berdegil. suma jd bulat balik lepas goreng. lol.



lepas potong daun sup, carik2 isi ayam, masak sup dan potong nasi himpit; jadilah soto tok mah~ yeay~ \:D/


Antara yang menjayakan majlis makan beradap. couple 1: sur dan keane


couple 2: nisah dan daud

lesbian couple 1: aku dan zetty. huahah.


couple 3: rahmah aka tok mah dan ojan.


couple 4: remy dan saf - missing in action? lol.


Itadakimassss~! :D