Showing posts with label hostel. Show all posts
Showing posts with label hostel. Show all posts

18.11.09

update.

Rumate soh aku update blog. Tapi aku tatau nak update ape. Haha. Copy paste lirik lagu je la.


Bawalah daku bersama mu
Ke alam baru yang indah
Usah kau biar hati ini
Meratap berduka kesepian

Berikan daku pengharapan
Membina cinta yang suci
Padamu jua ku curahkan
Kasih sayangku yang abadi

( korus )
Ku ingin di sisimu
Di belai tiap waktu
Tanpamu ku sepi
Merindu menanti
Ku mengharapkan dikau kembali

Kenanglah daku di hatimu
Seindah waktu bertemu
Bawalah daku bersama mu
Menempuh jalan yang bahgia

( ulang dari korus )

[link]

Aritu masa gi beli makanan goreng kat v5 kafe, derang pasang lagu Sinar fm. Pak cik yg goreng nasik goreng lada hitam tanya; Sape yang nyanyi lagu ni? Kalo pandai nasik dapat free. Haha. Aku masa tu tatau. Maka rugi lah aku pat ringgit dua kupang hari tu. Sebab lagu tu memang best; aku pon Google la..
Tau sapa nyanyi? Azean Irdawaty rupanya. tatau plak dier penah nyanyi. Sedap plak tuh. Baru nak tekan muat turun. tetiba kuar paparan huduh "Internet Policy Violation" lagi. Nak menyumpah ITMS pon dah tak lalu. Bukan derang nak wat pape pon D:


p/s: Aku pelik betol. Apsal kalo ada orang cakap "Jom gi Ipoh", maknanya "Jom gi JJ"? Xde benda menarik lain ke kat Ipoh selain Kinta City? shopping? tgk wayang? Bosan ~___~

9.10.09

to whom it may concern.

tahukah anda ape kebanggaan rakyat-rakyat utp selama berada di sini? ohh tidak~ bukan irc~ aku pinjam buku pun mse dah berstatus final year student,nak bangga mende..
ufo? salah.
cafe pak ali? salah jugak.
court basketball? salah salah.
jawapannye: DC++
ya...benar skali....dengan DC++ la aku buleh berlagak di depan adekku dan rakan-rakan uitm, usm, uum, hatta uni2 luar negara sakalipon..."ugly betty? antm? nur kasih? big bang theory? how i met your mother? dah tengok dahhh....khatam suma dahh..." *muka buat ala2 kembang kempis sket*

sebab ape saye suke DC++ saye?

* movie - buat pengetahuan kalian, kebanyakan movie pd asasnya dibuat bukan sekadar nak bg hiburan..tapi ada mesej di sebalik setiap cerita. beautiful mind, dead poet's society, the atonement, etc. adalah contoh2 movie yg patut ditengok untuk meluaskan pemikiran dan pandangan tentang kehidupan. kat mane nak dunlod? DC..

* dokumentari - lagi la berguna untuk ditonton. kitorang xde duet nak langgan astero...kitorang donlod kat DC je..

* mp3 - bile tensen2..nak jugak dengar lagu sepam dua ye dak...kat mane lg ad sumber ratusan lagu pelbagai genre kalau x kat DC..

* lecture notes - ye benar kami share lecture note jugak. a student is still a student. but seriously, we are also HUMAN BEINGS. sometimes, we need a break.

* installer - sumber-sumber inspirasi dan pembelajaran; surprisingly..kitorang donlod kat sini la jugak(Photoshop, Matlab, Flash, etc.)

* final exam papers - salu lecturer recycle je paper2 sem lepas..so tekan-tekan je dah buleh agak nak kuar ape untuk final...

makanya, boleh x bagitau kami yang dah 4 taun menggunakan perkhidmatan tersebut...ape signifikannya penutupan dc++? kami x berapa faham lah.

7.10.09

kelembapan = kelembaban?

hujan = sejuk

sejuk = selimut

selimut = tido

kesimpulannya, hujan = tido :D


ape jenis pengiraan ntah. kuciwa cikgu math sekolah rendah aku =.=

3.10.09

damn it nishikido ryo.

he made me cry a bucket of tears again with niini no koto wasurenaide... T__________T

buleh x jangan blakon cita sedeyh2 dan menyayat hati lagi? hati nurani aku yg lembut ni dah la mudah tersentuh sket (eceh.geli gegendang koklea seketika)
buat la cita sitkom mcm how i met your mother tu ke..huhuhuhuhuh


On another brighter note,bekalan air dah ada balik~ o yeah~ \:D/
sungguh seksa apabila xde air walopun seketika. rasa mcm pelarian, kene angkut air / mandi kat masjid or other places..jadi rakan2..hargailah air di rumah anda.Semolekul air itu seperti setitik peluh kitorang yg mencurah-curah lepas angkut air berbaldi-baldi. ok. hiperbola.


12.9.09

lipas penyek merata-rata + childhood memory tag

owh owh. lupe nak kasik warning disturbing image. kpd yg sdg makan, sori la ek. kalo korang makan di waktu siang, padan muka korang spe soh x posa huahahahahaa.


Sebab ape ha?? Tau-tau je penuh lipas mati kat umah kitorang. dalam bilik air, tepi tong sampah, kat atas tangga, etc. Satu blok plak tuh. Turun-turun je penuh lipas mampos kt koridor. Cuaca panaskah? Ubat racun lipas?
ntah la. yg pasti sgt geli ok. Aku x takut lipas, tp bile byk sgt; and sume dah tercabut kaki dan jd penkek rase cam @.@ dan D<

tag lagi dan lagi oleh cik suraya.


1) Siapakah name kawan rapat anda waktu kecil dlu?
shazwani, fazima, marziah,awie, adam, zamri, jaslina dan ramaaaaaaaiii lagi (nak kaver x igt sume nama sebenarnye uhuhu)



2) Apakah permainan mase kecik yang anda masih ingat?
- layang-layang. depan umah aku sawah padi so mmg best gila kalu maen waktu sawah ada jerami hiu3.
- zero point. permainan wajib budak pompuan. haha.
- tiang hape ntah. objektif permainan: pegi dr tiang ke tiang sambil ngelak org tgh tangkap kita.
- baling kasut. ganaz permainan ni. don't try this at home kalu kasut anda baru dibeli.
- kawin-kawin. oh noes bukan aku yg 'kawin'. mak andam sahje. abeh bunga mak aku ambek wat jambangan 'pengantin' lol.
- masak-masak. dulu bukan main semangat lagi curi kuali pastu buh tanah, daun sume. skarang? kem salam r aku nak ke dapor huah3.
- pondok2, panjat2, terjun2 dan segala jenis kata ganda lagi..



3) Kalau anda gaduh dengan kawan anda,
apakah yang akan anda cakap kpd mereka?
dah la tuu....aku posaa nii....
kalu x bulan posa, er ape ek? "buleh diam sket x?" xD



4) Di kawasan manakah tempat feveret
anda bermain?
- Sungai blakang kampung.
- Belat, juga blakang kg. tp ada skali jumpe ulor so tros pastu serik dah nak lepak situ huhu.
- Pondok kampung sebelah. Best gila dowh pondok tersebut~ Dah la tinggi, siap ada buaian akar lagi~
- Rumah rakit. juga di kampung sebelah.



5) Apakah cita-cita anda semasa kecil?
polis - sebab terlalu kerap tgk 'gerak khas' masa tuh huah3.
pramugari - sebab aku nmpk akak2 lawa kt airport pkai bju kebaya MAS.
lawyer - sbb ape ar? aku pun dah x igt. tp pastu x jd lps org ckp "ko nak jd lawyer? "loyer" buruk r pasni~"
pelakon - jgn gelak ok. ni suma influence tibi. -_-"



6) Apakah rancangan katun yg anda gemari
- doremon. of course r. kul 7 je trus melekat kt tibi. siap hapal lirik lagu tu~ padahal sepatah harem x paham.
- power rangers. aku siap buleh mimpi jd power ranger kuning lagi. terlalu fanatik. huhuh.
- tomatoman. nama ex-kucing aku 'parrow' diambik dr nama watak dalam cita tuh.
- Barbie. Aku ngan adik aku sanggup bgn awal pagi sebab nak tgk barbie in action.
- segala jenis kartun yg tersiar kt kelab disney malaysia. slalu kartun mickey la. yg jenis lama2,klabu2 sket tuh. dah tua rupanya aku nih uhuhuhuhh T___T



7) Makanan ringan apakah yg anda
akan borong di kedai?
- Keropok bentuk silinder kaler oren terang. aku lupa nama dier tapi mmg giler best.
- gula2 cincin/tongkat. sedap dimakan dan dipakai~
- ais krim pop beli kt kedai blakang umah. kdng2 kalu aku rajin, ak beli plastik, bancuh milo pastu taruk dalam fridge.
- gula2 cap arnab. yg buleh makan ngan plastik skali tuh. skrang dah kena ban sbb kes melanin x silap aku. ptt la otak kurang berkembang maju uhhuhuh.



8) Nyatakan rakan zaman kanak-kanak anda
yg anda teringin jumpa skrg?
suma-suma la.



9) Apakah gelaran anda semasa kecik?
dirahsiakan. ngah3.




10) Siapa yg mahu ditag?
sapa2 yg blum ditag. bagus soklan2 dia ni. buat aku trigat zaman muda2 dlu...sob sob.. T.T

10.8.09

muay thai sama itu pencuri! D:

Hari ni laptop my housemate, Sangari kene curik. Ekceli bukan laptop sahje ok. Banyak lagi rete bende elektronik dier ilang. Sungguh ***** dan @#%^ dan jugak %&*(*%# pencurik itu D:
Benda yg sangat pelik ialah camne dier boleh wat keje terkutuk tu dlm masa yg teramat singkat. She was gone for 30 minutes or so. And she locked her door. Pulak tuh, budak2 IS ader kat umah. Derang tgh siap2 mse pencuri durjana tu terjah msuk pkai kad. Sungguh berani mati. Langsung x takut kne caught red handed ke ape. Tu la, orang kalu dah kne rasuk setan dek kerana nak duit haram mcm tu la.

Makanya, kami tros beli kunci leptop, padlock, peti besi, bla3. kalu buleh sewa makcik gad pun kami nak sewa. x maw la dah kecurian berlaku. makin menjadi-jadi plak kt v5 neh. Cis sungguh.
Blogger lain jugak berhati-hati la ye.