27.12.09
mari memasak.
Tema : Western
Menu : Spaghetti + Garlic bread
ya puan puan; nak masak spaghetti cara orang bujang dan taktau masak sangat ni senang sahaja ..mula-mula kita perlukan dapur dan kuali..
1. Masukkan spaghetti ke dalam kuali yang diisi air dan rebus ia.
2. Sementara tu; kuarkan daging beku drpd dalam peti sejuk dan campak ke dalam satu lagi kuali bagi melembutkan daging tersebut.
3. Jika didapati botol penutup sos spaghetti tak buleh bukak; maka ambek la air panas dan terbalekkan macam ni.
4. Lepas tu; masukkan minyak + bawang (dalam order yang betol ye. jangan masukkan bawang dulu baru minyak macam aku. mwahaha.) Goreng sampai naik bau; barulah dimasukkan daging.
5. Last sekali; tuang sos dalam kuali. Sesambil tu bakar la roti dan taruk garlic spread. Dah siap~ Mari membaham~
Hidup lebih mudah dengan adanya sos Kimball~ :D
25.12.09
kesakitan pagi.
adoi la. tu baru satu pagi bangun muntah2 (tidak dikenalpasti sebab. sur kata mungkin sebab aku makan rambai tengah malam. mungkin juga tandoori ameeth. uhuh.)
tetiba aku terpike; kalo satu hari nanti pregnant; hari-hari kena lalui benda sama oo.
maka, respeklah mak anda. sejak mula lagi kita dah menyusahkan derang. dan besar-besar panjang lg la memeningkan kepala dan mengabihkan beras. huhuhu.
tq, mak.
tq gak kat housemates musim cuti (zet, sur, saf, rahmah) yg soh aku minum teh pahit nak mampos ngan belikan aku makanan/obat-obatan :)
24.12.09
balik awal.
Aritu aku terpaksa gi jumpa SV terchenta, Miss Subarna sebab nak mintak tandangan dia (for borang nak stay) berpeluh-peluh la jugak. Dah sebulan x sentuh langsung FYP; tetiba first soklan dia "How's your FYP?" Dengan tergagap-gagapnye aku jawab "Er...um...I just arrived here.." Ye memang. Aku saorang pelajar yang jujur sekali. mwahaha. Kalo jawab "I'm doing it right now" pastu dier cakap nak tgk progress, x ke mampos aku. Baik berterus-terang je. Last2, buleh plak dier soh aku enjoy dlu dalam seminggu. Siap promot cite Avatar lagi ^^;; SV aku memang sempoi~
So, as per today; FYP progress = 0% :)
23.12.09
bandage.
tolong la ceta ni ada kat cinema
p/s: ulu chepor best! jom buat nature trip lagi bg mengelakkan aku ke sopink complex di musim year end sale :D
22.11.09
[shocking!] huduh vs lawa - part 2
Rumate telah mencabar aku letak gambar sendiri kat website ni.Makanya for the sake of kajian, aku pon menerai la letak gambar kat situ. Haha.
Langkah-langkah kajian : Isi borang dan letak gambar. Lepas korang upload gambar, derang akan bagi masa 48 jam for member2 kat situ (yg berlawanan gender) untuk vote. Kalo lepas 2 hari tu ada orang vote 'yes'; maka jadilah korang member orang2 lawaDANBUDUS.com
Nak tau sebab apa aku cakap BUDUS??!
Sorang mamat ni, nama dia RICHARD-NICOLAS François tetiba kasi mesej. Berapi gila aku bila baca D<
Bodoh gila x? Hak aku la nak pakai tudung; ko sapa tetiba nak flame?? Ada ke aku kutuk2 agama ko??! Macam ni ke orang-orang yg konon lawa?! Boleh pegi mampos la ko ngan perasaan perasan ko tuh! Trus aku delete akaun. Buat buang masa dan tenaga je layan orang tak bertamadun.
To this Richard guy, you're not only insulting me; you're insulting the whole Islamic female community. Please be careful on your words and think with you head (not your heart) before commenting anything. Religion is not a joke. At least not to me and my friends.
And FYI, website ni serius ntahpape. Aku konon nak siasat la sejauh mana lawanya org dalam tuh. Harem tak. 90% perasan je lebih. Pose suma seksi macam babun. Siap ada yang letak gambar artis. And most of the conversations? So immature and uneducated.
Berdasarkan website ni; apa yg aku boleh simpulkan hanyalah BEAUTIFUL PEOPLE = STUPID PEOPLE.
Sekian
18.11.09
update.
Ke alam baru yang indah
Usah kau biar hati ini
Meratap berduka kesepian
Berikan daku pengharapan
Membina cinta yang suci
Padamu jua ku curahkan
Kasih sayangku yang abadi
( korus )
Ku ingin di sisimu
Di belai tiap waktu
Tanpamu ku sepi
Merindu menanti
Ku mengharapkan dikau kembali
Kenanglah daku di hatimu
Seindah waktu bertemu
Bawalah daku bersama mu
Menempuh jalan yang bahgia
( ulang dari korus )
[link]
Tau sapa nyanyi? Azean Irdawaty rupanya. tatau plak dier penah nyanyi. Sedap plak tuh. Baru nak tekan muat turun. tetiba kuar paparan huduh "Internet Policy Violation" lagi. Nak menyumpah ITMS pon dah tak lalu. Bukan derang nak wat pape pon D:
p/s: Aku pelik betol. Apsal kalo ada orang cakap "Jom gi Ipoh", maknanya "Jom gi JJ"? Xde benda menarik lain ke kat Ipoh selain Kinta City? shopping? tgk wayang? Bosan ~___~
17.11.09
traditional dresses are lurve.
@ yukata
@ kebaya
p/s: Just realized that all the dresses are from asian countries xD asian girls are pretty just lyke their dresses~ :)
15.11.09
mintak maaf.
- sakitkan hati ko.
- mengumpat/bergosip pasal ko.
- hutang ngan ko tak bayar lagi (kalo ko teringat cakap la. x yah malu2 kucing. aku je yang layak malu2 kucing. haha.)
- menyindir ko walaupun aku tak perasan. kadang2 tersarcastic.
- pau duit/barang/makanan ko.
- ignore ko. mungkin aku bizi @ xde mood @ merajuk gedik @ tengah bengang.
- kepochi pasal hal ko.
- buat muka ngan ko.
- tolak pinangan ko..opss...yang ni takde :P
yang baik tu datang daripada Allah S.W.T, yang buruk tu drpd kekhilafan aku sendiri.
selamat menjawab exam, best of luck minna! ;p
p/s: ni rumate aku tulis checklist n tampal kat dinding bilik:
- Alat tulis
- Calculator
- Exam Slip
- Kad Matrik
- Doa
Bagus sungguh beliau..xde la tertinggal barang lagi dah (highlight kt diri sendiri. lol) buleh la praktikkan jugak kalo korang pon ade penyakit lupa :D
13.11.09
huduh vs lawa.
Kesimpulan drpd eksperimen fesbuk, belajarlah photoshop jika anda mau lebih ramai kawan yang tidak dikenali :D
Buleh la jugak mencilok gambar-gambar org lawa pastu upload kat fb. tp itu namanya ko blom blajar corporate ethics dengan KKA. lagipun cam bodo je upload gmbr org lain. x pasal-pasal orang tuh dpt publicity free (sedang blaja SBE bab promotion. lol)
Oh bukan. kesimpulannya, orang memang memandang rupa ok. tipu gila la kalo nak cakap "don't judge the book by it's cover". Kalo x apsal ada pertantingan ratu cantik? pertandingan ratu huduh xde pon?
WARNING: Jangan klik jika anda rasa anda x lawa/hensem..hahahahahaha
haaa..yang ni sapa2 yang ada hidung penyek buleh pakai tetiap malam masa tido. confirm pastu hidung jd mcm karina kapoor/shah rukh khan 8D
yang ni plak pelekat double eyelids. nak bagi mata sepet nampak ala2 kuyu macam penelope cruz gitu~ aw~
12.11.09
huaaa.
padahal baru aritu cakap nak sambung Master. sangat tidak istiqamah =.=
Sangat susah maw setadi bila lepas abes intern ok. Satu sem dok lepak2 dalam ofis ber air-cond; otak dah jadi lemau2 disebabkan air air-cond yang terkondensasi; silap2 lumut hijau pon ada dlm medula oblongata. tu belom masuk anasir2 luar seperti internet, muvee dan sebagainya. (alasan memang banyak.ade lagi 10 aku boleh bagi. huahah)
Tapi kalo aku x maw blaja nak jadi apa? nak kawin orang kaya mcm dalam cite pisau cukur? xde org maw. haha.
masuk rancangan ni agak-agak buleh x? :D
http://malaysiandreamgirl.tv/
agak jakun bila terjumpa URL. mcm mana aku yg tv-addict buleh terlepas tgk cite ala2 malaysian ANTM ni??? D:
x yah susah2 bukak buku. mekap tebal2; pakai baju lawa2. photoshop la jerawat sket2 tu kan; x de orang perfect dalam donia ni :P
OK! Strike a pose!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
4.11.09
tidakkah anda prihatin?
Tetapi, sangkaan beliau meleset sama sekali *sila pasang lagu Wajah - Jaclyn Victor sekarang*
Malang sekali, beliau telah menerima 2 saman sekaligus. Satu kerana meletakkan kenderaan di tempat yg tidak sepatutnya, satu lagi kerana tidak mempamerkan pelekat oren (mungkin pakgad telah men'stalk' beliau semasa beliau cuba membuang pelekat tersebut. mungkin juga pakgad ragu2 dengan status 'P' kereta beliau)
Tidakkah anda tersentuh setelah mendengar cerita sadis beliau? First time kene saman trus dua lai..tadi keluar UTP pon beliau lupa nak bawak kad matrik, naseb baek x kena saman kali ke-3..ish3..
..nampaknya beliau masih terkejut dengan insiden sebentar tadi..
Usul drpd mangsa sendiri, beliau kata kalau budak-budak ITIS derma sorang singgit kat beliau, makanya akan cukuplah duit untuk beliau bayar kat sekuriti...
Tidakkah anda prihatin? Salurkan bantuan anda sekarang.
3.11.09
ryo chan sudah tua.
ade ke dia keysah? huahah xD
p/s : dalam perkembangan laen; pembelajaran IB (bisnes antarabangsa) aku masih tidak ade perkembangan =.= boring tol la blaja waktu2 stadi week ni. aku ptt tdo je waktu2 camni.
2.11.09
muvee + random.
went to watch muvee with bffs last saturday (yg tiada dlm gambar:farah,zet,aimi,adek aimi,dila) badan jennifer nama ceritera nya. muvee ni agak overrated aka indah trailer dr full story gak r..tp aku rasa half of the audience x keysah pon. sebab musabab derang nengok cite pon sebab megan fox. betol x? betol x? sape leyh tahan godaan si megan tu weyh..sore, body language, renungan ala2 manja... ok stop sounding lyke a lesbo. back to the the story. as i was saying, cite ni macam x caya je ditulis oleh scriptwriter "Juno" yg menang byk award tuh. part yg sepatutnya seram buleh plak dier wat lawak bodo kan (eg: dah kena tikam baekk punya sampai tembus berdarah-darah, buleh plak si megan ni tanye "got tampon?" D: x ke mcm har namanye tuh?) em..mungkin sebab pengarah la kot..aku just ska part last yg mse si needy bunuh bdk2 band Low Shoulder. Sarcastic and artsy xD
tapi kan...aku agak kuciwa la ngan industri filem skang ni..x keysah la hollywood ke, bollywood hatta malaywood sekalipun.. terlalu byk unsur2 seks dlm plot cite. sampai aku terpike; filem ni nak jual cerita ke jual badan actor/actress? part2 yg xde kena-mengena ngan storyline pun nak masukkan sebab konon2 nak kasi box office. lawak lucah mmg toksah cakap la; mcm dah wajib plak dlm setiap ceta. mungkin ceta kartun/animasi je la kot yg xde;kalo ade gak dalam upin ipin misalnya, aku x tau nak cakap ape dah la =.=
last week before final exam~ gila cepat masa berlalu ye. x lama lg exam, pastu cuti yg x brape nak cuti, pastu masuk balik FINAL SEM (woot~ rsa cam kembali ke zaman otai pom 5 plak~) pastu pre-EDX, pastu oral presentation lagi, pastu final exam lagi, pastu; pastu..ZzZzZ...lambat jugak lagi mau grad..
aku jumpa ni kat kafe v5 maser mkn aiskrem.
hahahahahahahahahahahahahahahhahahaa *bangga bangga* join la kelab tarian aku weyh. xD
31.10.09
meme.
ipow mali. eh salah. ipow pigi.
2. Last Bad Advice
'go for it.' ended up fooling myself. sangat budussss~
3. Last Movie I Saw in a Theater
jennifer's body. sengal btol scriptwriter dier; x caya gi tgk. huhuh.
4. Last TV Show Watched
how i met you mother season 5 episode 5. is it just me or mmg HIMYM dah x selawak dulu? :(
5. Last TV Show I Enjoyed Watching
america's next top model season 13 episode 9. woot dah 13 sezen siot. cayalah
6. Last Book I Tried to Read
power of your subcontious mind by dr. joseph murphy. sgt lemah bab baca buku2 motivasi. ptt la aku xde kesedaran diri =.=
7. Last Thing I Left Home Without
my handbag.
8. Last Take Out Meal
McD's Big Mac. makan besar tp bdn x besar2 =.=
9. Last Celebration
dinner raya 09' @ main hall
10. Last Item Loaned Out and Haven’t Gotten Back
ntah la. x hengat.
11. Last New Words Added to Vocabulary
'Nudiustertian' - day before yesterday. 0.o bapak ah. kalo bahasa melayu senang je kot.
12. Last New Word of a Foreign Language Learned
'kiseki' - miracle :)
13. Last T-Shirt Acquired
giler lama dah x beli t-shirt. tee 'i love utp' la kot xD
14. Last Package Received
my new samsung camera from jb :)
15. Last Web Site Visited
http://cuteoverload.com/
16. Last Injury
bruised ankles. kaki yg langsung x tahan sebarang tekanan dr wedges/heels berinci D<
17. Last Run In with the Law
I'm a good girl. really. :)
18. Last Place I’d Want to Live
somewhere that has lavender field
19. Last Physical Fight
ntah la. penah ke aku tarik2 rambut or had pillow fight? pillow talk slalu la 8D
20. Last Magazine Read
cleo yg ade muka depan megan fox.
21. Last Thing I Broke
my heart :'(
22. Last Thing I Fixed
aku x reti membaiki barang. merusak dan menjahanamkan tau la ^^
23. Last Thing That Made Me Laugh
betty and marc from ugly betty wearing 'sausage' and 'buns' costume while singing hot dog song xDDDD
24. Last Thing That Made Me Go Huh?
current news.
25. Last Thought
p/s: i miss this place so damn much.
bukan sign board tersebut ye. maksud aku femili, sanak-sedara, geng2 old skool, binatang2 peliharaan, guru besar-guru besar, dan ramaaai lagi~ :'(
scientist.
ok sudah-sudah la cite pasal ketidakseimbangan emosi. buat sakit jiwa raga je. mari membuat review la pulak.
aku beli novel ni sebab writer dier org jepon. buleh gitu? xD bukan senang nak jumpa novelis jepon weyh; tambah-tambah pompuan dan specialized in mystery novels. ekceli buku2 dier ada berlambak; tapi yg ditranslate setakat ni ada 5; grotesque is the 3rd one.
Ceritera bermula ngan misteri 2 org prostitutes yang mati; kemungkinan besar saspek adalah org yg sama. even tho pembunuh tu konon2 dah ditangkap; people still talk about the murder. why? the two prostitutes came from the same elite high school; but both are very different in their characteristics. Si A lawa giler; tapi berperangai x bape nak elok. Si B pulak bijak; tapi x secantik menarik tertarik mcm si A. But then, what makes them similar is their fate. How did girls with the brightest future, ended up dying shamefully on the dark streets of Tokyo? Jeng3~ baca sendiri. aku review je. bukan wat sinopsis. huah3.
Kirino is the kind of novelist that makes us craving for more; because she reveal the mystery bit by bit; while playing around with our emotions of hatred, joy, resentment and pity. Even though the flow of the story is complicated, it's not confusing. That's what makes her novel special.
Ending dier cam akdjwgudpdsa gak r. rasa nak campak buku bawah blok v5 pun ada. but all in all, it was a good read.
p/s: ade org kesah ke pasal review aku neh? cam merepek-repek je :P
28.10.09
aku jeles weh.
27.10.09
top 5 fashion picks.
- LBD aka Little Black Dress
- Denim
- Cardigans
- Boots
- Hobo bags
p/s: ok now; sape nak belikan beg merah jimmy choo tu kat aku angkat kaki? :P
25.10.09
what is this feeling.
24.10.09
jatuh cinta lagi.
22.10.09
apa kata hati.
heart: naan. naan. cheese naan set~~
me: xde papelah.
heart: sedang merajuk ni. cepat cepat pujuk saye yg gedik ini :P
heart: no..don't go far away from me. somehow, i still need you. >.<
Kenapa sangat susah mau cakap apa yg sebenarnya di hati?
Coz we're bunch of hypocrites.
I am a hypocrite. :|
13.10.09
mari main selongkar beg.
[counter clockwise] beg merah, pen, foundation body shop, henfon nokia, mp3 sony, lip gloss nivea, maskara maybelline, lip balm nivea, eyeliner yg x hengat dah jenama ape, lip gloss pink in2it, lips/cheek stain body shop, tisu free watsons, dompet.
yg tidak kelihatan di gambar sbb ade dlm dompet : kunci bilik, ZA groovy smoovy blotter, etc.
dulu aku ske bawak cermin cendawan yg comel tp cermin tu dh patah xD
itu sahje. pendek kata; nampak beg je besar tp kat dalam sket je barang. lol.
refleksi.
example : DC++..dulu2 masa tengah ada, x nak donlod sumer..konon2 esok lusa pun boleh..
hidup pun same gak. don't take life for granted. kita x tau bila nafas ni akan terhenti; mungkin esok; mungkin lusa; mungkin tulat.
tapi bila-bila pun..akan sampai gak waktu tu..
katakan esok? camne tuh? kalo x sempat nak mintak maaf kat kengkawan, kat mak ayah, kat Allah?
Nauzubillah..
11.10.09
rumah terbukak.
Maka dengan gelojohnya, seramai 30++ budak ITIS Jan 06' buat konvoy ke 2 buah rumah sasaran.
Ijoi's
Soto + lontong mak ijoi memang sodap!! Mekasih sebab dah 3 taun jemput kitorang ke umah ko Ijoi =)
ya..ini dia muka tuan umah..posing maut tuh hehe
fud2 yg terhidang..
logikkah jika ke rumah terbuka tidak ber'cam-whoring'? tentulah tidak logik sama sekali..
Miss Rozana's
memule bajet2 x nak pegi; kunun2 malu la ape la sbb kot2 dier x kenal (miss rozana ni lecturer bebudak BIS) tapi last bile dah pegi, balun gak lontong, ayam rendang ngan sate :P
makanan je berjaya ditangkap tanpa blur; sebab makanan x bergerak :P
Jusco's
Oh. yang ni. Luar bulan Syawal pun sentiasa memanggil-manggil. Terbukak sepanjang masa..huhu..
tu sahje. kami balik dulu~ babai~
p/s : baru prasan aku xde post pasal raya kat umah -___-" nanti la bebile aku story.
9.10.09
to whom it may concern.
ufo? salah.
cafe pak ali? salah jugak.
court basketball? salah salah.
jawapannye: DC++
ya...benar skali....dengan DC++ la aku buleh berlagak di depan adekku dan rakan-rakan uitm, usm, uum, hatta uni2 luar negara sakalipon..."ugly betty? antm? nur kasih? big bang theory? how i met your mother? dah tengok dahhh....khatam suma dahh..." *muka buat ala2 kembang kempis sket*
sebab ape saye suke DC++ saye?
* movie - buat pengetahuan kalian, kebanyakan movie pd asasnya dibuat bukan sekadar nak bg hiburan..tapi ada mesej di sebalik setiap cerita. beautiful mind, dead poet's society, the atonement, etc. adalah contoh2 movie yg patut ditengok untuk meluaskan pemikiran dan pandangan tentang kehidupan. kat mane nak dunlod? DC..
* dokumentari - lagi la berguna untuk ditonton. kitorang xde duet nak langgan astero...kitorang donlod kat DC je..
* mp3 - bile tensen2..nak jugak dengar lagu sepam dua ye dak...kat mane lg ad sumber ratusan lagu pelbagai genre kalau x kat DC..
* lecture notes - ye benar kami share lecture note jugak. a student is still a student. but seriously, we are also HUMAN BEINGS. sometimes, we need a break.
* installer - sumber-sumber inspirasi dan pembelajaran; surprisingly..kitorang donlod kat sini la jugak(Photoshop, Matlab, Flash, etc.)
* final exam papers - salu lecturer recycle je paper2 sem lepas..so tekan-tekan je dah buleh agak nak kuar ape untuk final...
makanya, boleh x bagitau kami yang dah 4 taun menggunakan perkhidmatan tersebut...ape signifikannya penutupan dc++? kami x berapa faham lah.
7.10.09
kelembapan = kelembaban?
sejuk = selimut
selimut = tido
kesimpulannya, hujan = tido :D
ape jenis pengiraan ntah. kuciwa cikgu math sekolah rendah aku =.=
3.10.09
damn it nishikido ryo.
buleh x jangan blakon cita sedeyh2 dan menyayat hati lagi? hati nurani aku yg lembut ni dah la mudah tersentuh sket (eceh.geli gegendang koklea seketika)
buat la cita sitkom mcm how i met your mother tu ke..huhuhuhuhuh
On another brighter note,bekalan air dah ada balik~ o yeah~ \:D/
sungguh seksa apabila xde air walopun seketika. rasa mcm pelarian, kene angkut air / mandi kat masjid or other places..jadi rakan2..hargailah air di rumah anda.Semolekul air itu seperti setitik peluh kitorang yg mencurah-curah lepas angkut air berbaldi-baldi. ok. hiperbola.
29.9.09
tagged by lovely jared :P
* * * * *
using only song names from ONE ARTIST,
cleverly answer these questions.
try not to repeat a song title.
it’s a lot harder than you think.
pick your artist:
Amy Winehouse
are you male or female:
Me and Mr Jones
describe yourself:
You Know I'm No Good
how do you feel about yourself:
Stronger than me
describe where you currently live:
Rehab
if you could go anywhere, where would you go:
In My Bed
your favourite form of transportation:
Cupid
your best friend is:
Just Friends
your favourite colour is:
Back to Black
what’s the weather like:
Addicted
favourite time of day:
October Song
if your life was a TV show, what would it be called:
What Is It About Men
what is life to you:
Some Unholy War
what is the best advice you have to give:
Take the Box
if you could change your name, what would it be:
Valerie
your favorite food is:
Close to the Front.
thought for the day:
Love is a Losing Game
how I would like to die:
Will You Still Love Me Tomorrow
my soul’s present condition:
Moody's Mood for Love
my motto:
Tears Dry On Their Own
*****
* Yup. It's hard :P
Btw, amy's brilliant. Too bad her songs are just like her life; Bitter and somewhat angry :|
nur kasih la pulak.
Makanya, kesempatan balik awal ke utp (hari ini dalam sejarah ye. muka ni mmg jarang2 kelihatan di waktu cuti panjang) digunakan sepenuhnye..bukan untuk buat fyp ye, sebaliknya marathon nur kasih episod 1 - 17 (-______-")
xpe, at least aku blajar sket2 dr cite nih (nak sedapkan hati..uhuk~)
bila aku tau je pengarah dier khabir bhatia, maka aku pun paham la knape org ske tgk. even yg x bape layan cite melayu mcm aku ni pun tgk jugak. like other 'fresh' directors (for example afdlin shauki, allahyarham yasmin ahmad, etc.) he's running away from the usual cliche' plot. of course la still ade part2 tu here and there, but xdela meleret-leret mcm kebanyakan cite melayu. Asek cita pasal projek juta2, dilema datin2 dan datuk2, rampasan kuasa, syarikat muflis, cite hantu tahyul ZzZzzzz...lagi satu, camera angle dier pun lagi best drpd filem2 yg kononnya makan belanja juta2.
Actually plot cite dier lebih kurang sama je ngan cite lain. Kawin paksa -> tajuk popular for novel-novel cinta. x caya gi cek. Tapi khabir pandai twist dgn memasukkan elemen keislaman dalam nur kasih. Topik yg kira2nya menjadi perbualan hangat merata dunia. Sana sini org bercakap pasal keganasan Islam. So, di sebalik cinta Adam ngan Nur Amina, khabir try nak sampaikan mesej yg Islam x radikal; cuma pemikiran sesetengah org Islam je yg quite extreme (eg: kariah masjid yg tegur Aidil bila dier nak tukar buku2 lama) Jadilah org2 mcm kawan Katrina yg tak tahu menahu pasal org Melayu dan Muslim; kutuk2 dan benci ngan Islam. Dari watak Adam pun kite boleh belajar yg xde manusia yg dilahirkan baik dan beriman. Sume tu dtng dr hati yg ikhlas (ece. aku dah mcm ustazah ni ape kes :P )
Ok la. aku nak gi memajukan diri sendiri pulak. Satu hari x buat hape keje pun, layan series je D:
16.9.09
lagu raya.
5. Anuar / Ellina - Suasana Hari Raya. Lagu fofuler kt redio msa tgk buat kueh raya last2 menet.
4. Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf. Jangan dengar jika anda berada 22,000 batu dr kampung halaman. Sure tangkap leleh~ T.T
3. Hail Amir / Uji Rashid - Seloka Di Hari Raya. Rasa nak menari duet je kalu dengar lgu nih.
2. Mamat - Kupohon Restu Ayah Bonda. Syahdu sekali.
1. M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya. Da best. Sebab ape? ntah la. Sebab best la. haha.
Still, da best of the best is Takbir Raya. Sayu giler T____T
Selamat Hari Raya. Maaf jika aku ada terlebih kutuk di blog :P
15.9.09
film quote.
- Francesca Bruni, "Casanova" (2005) <- ade gaya2 APA citation x? muahaha.
Rumate buat quote pilem kat blog dier, aku pun nak wat gak ar ^^;
signifikan quote di atas ialah jika maw mencari pasangan, x keysah la laki ke pompuan, carik yg btol2 buleh dijadikan pasangan hidup. I'd rather fell in love with one man and devote my whole life to him than having few lovers who just pretend to love me. Lots of people nowadays treat love as something casual, boleh declare dan clash ikut suka hati. Some of them siap boleh cakap "saja je nak terai2." Well, call me traditional or old-fashioned..I still think that love is something sacred and you really fall in love just once in your lifetime.
Ok. enough crap for today. let's focus on IB =.=
12.9.09
lipas penyek merata-rata + childhood memory tag
Sebab ape ha?? Tau-tau je penuh lipas mati kat umah kitorang. dalam bilik air, tepi tong sampah, kat atas tangga, etc. Satu blok plak tuh. Turun-turun je penuh lipas mampos kt koridor. Cuaca panaskah?
tag lagi dan lagi oleh cik suraya.
- zero point. permainan wajib budak pompuan. haha.
- tiang hape ntah. objektif permainan: pegi dr tiang ke tiang sambil ngelak org tgh tangkap kita.
- baling kasut. ganaz permainan ni. don't try this at home kalu kasut anda baru dibeli.
- kawin-kawin. oh noes bukan aku yg 'kawin'. mak andam sahje. abeh bunga mak aku ambek wat jambangan 'pengantin' lol.
- masak-masak. dulu bukan main semangat lagi curi kuali pastu buh tanah, daun sume. skarang? kem salam r aku nak ke dapor huah3.
- pondok2, panjat2, terjun2 dan segala jenis kata ganda lagi..
kalu x bulan posa, er ape ek? "buleh diam sket x?" xD
- Belat, juga blakang kg. tp ada skali jumpe ulor so tros pastu serik dah nak lepak situ huhu.
- Pondok kampung sebelah. Best gila dowh pondok tersebut~ Dah la tinggi, siap ada buaian akar lagi~
- Rumah rakit. juga di kampung sebelah.
pramugari - sebab aku nmpk akak2 lawa kt airport pkai bju kebaya MAS.
lawyer - sbb ape ar? aku pun dah x igt. tp pastu x jd lps org ckp "ko nak jd lawyer? "loyer" buruk r pasni~"
pelakon - jgn gelak ok. ni suma influence tibi. -_-"
- power rangers. aku siap buleh mimpi jd power ranger kuning lagi. terlalu fanatik. huhuh.
- tomatoman. nama ex-kucing aku 'parrow' diambik dr nama watak dalam cita tuh.
- Barbie. Aku ngan adik aku sanggup bgn awal pagi sebab nak tgk barbie in action.
- segala jenis kartun yg tersiar kt kelab disney malaysia. slalu kartun mickey la. yg jenis lama2,klabu2 sket tuh. dah tua rupanya aku nih uhuhuhuhh T___T
- gula2 cincin/tongkat. sedap dimakan dan dipakai~
- ais krim pop beli kt kedai blakang umah. kdng2 kalu aku rajin, ak beli plastik, bancuh milo pastu taruk dalam fridge.
- gula2 cap arnab. yg buleh makan ngan plastik skali tuh. skrang dah kena ban sbb kes melanin x silap aku. ptt la otak kurang berkembang maju uhhuhuh.