lately bos rajin suruh aku pegi kl, maka seperti pepatah pucuk dicita ulam pegaga mendatang, aku sebagai kuli yang sedia berkhidmat pun menuruti lah sahaja.. (..janji boleh claim *gelak jahat*)
mula-mula perjumpaan 6 bijik mata dengan aimi & jue. dah lama bebenor tak jumpa dorang nih..rindu.. =)
harapkan pipi saja yang membelon, tapi berat badan tak naik-naik jugak =.=
next up, pegi Rumah Kebaya Malaysia dengan ahem sape lagi kalau bukan malaysia's next top bride and groom, rahmah dan ojan.
owner butik ni jahit sendiri baju kebaya pengantin beliau. jahit tangan ok! sejibik-sejibik labuchi, manik, segala batu jemala tuh. respek!
ambik berkat kononnya. tahun bila tak pasti lagi sebab calon belum ketahuan.
aku tak lampirkan gambar bride and groom to be. bukan apa, nanti tak berseri lah dah nampak pakai baju pengantin. hehe.
next stop is Old Blossom Box. sapa-sapa yang duduk bawah batu lagi, bawak-bawak lah melawat website ni atau pegi terus ke kedai beliau. sungguh kreatif interior kedai ni.
kan? soo maraviosa~ (motif tiba2 aku nak cakap latin?)
baju-baju dia memang lawa dan yang penting, murah! sumpah aku punya kemeja kerja harga RM35. ya. bukan cobaan.
sebab dua-dua orang yang mengusahakan butik ni perempuan, aku jadi kagum dan jeles sikit pun ada. cayalah! flower power forever! yes it rhymess :D
antara makanan-makanan yang membuat penampilan. banyak sangat maka aku kompilasikan (pavlova di serai, stimboat di red wok bangi, bento di gardens food court, mochi sweets di gardens)
last but not least, lepak dengan rahmah & peah di gardens =)
best gila lepak dengan korang. tapi tu la jarak tak mengizinkan aku jumpa selalu. takpe lah, lain tahun ada rezeki, mungkin aku boleh pindah balik KL. InsyaAllah..
weeee. next time meet up lagi ok! ;)
ReplyDelete