9.6.12

review : nu teen blackheads away gel

hai semuaa. bertemu lagi dalam ruangan review~ (baca dalam nada chef wan dalam rancangan masak 90an)

kali ni aku jumpa satu lagi produk awesome yang boleh digunakan untuk menghilangkan blackheads.
selain jerawat, blackheads ni adalah satu lagi masalah yang menghantui hidup muda mudi pada masa ini.  puncanya ialah habuk habuk,hama-hama dan kulapok kulapok yang melekat di kulit muka, lalu menyebabkan epidermis bertukar menjadi kilang pengumpulan toksik2 yang tidak diingini. Dengan kejatuhan ekonomi greece, kesatuan eropah sedang dilanda konflik dalaman yang mungkin mengganggu gugat- ahaks. sengaja :P *kemaruknaktuliskaranganbahasamalaysialettew*

lalu aku pun dulu coba la bermacam jenis strip yang buang blackheads dengan whiteheads tu kan..berkesan tu memang berkesan...tapi ya ampunnn...time nak tarik tu mak aihhh sakit siottt. sampai kuaq ayaq mata..uhu..lagi pulak, ko kena beli benda strip ni banyak-banyak, sebab dah sah la whiteheads ko merata-rata satu muka kan, walhal strip tu boleh guna sekali kat satu tempat je.


siap beli yang men punya..degil tak degil blackheads aku kan..huu

sampai la adik aku rekemen satu brand ni..nu teen blackheads away gel katanya..tak ingat la pulak berapa beli kan..tapi mampu milik la..didatangkan dengan satu saiz, 30ml je.

so kalau korang beli benda ni, strip-strip bagai tak payah beli dah, guna je benda ni memang hidung mancung korang tak dicemari blackheads dah..


cara nak pakai, picit benda ni lepas tu gosok di tempat bermasalah macam pakai cleanser..30 saat macam tu dah setel! no pain no fuss :)


nota sarung kaki : memandangkan musim uero sedang melanda, lepas ni mungkin aku akan berblog serba sedikit pasal bola.girls watcing football?? sure, why not? :)

10 comments:

  1. owh.. yg gel tu sapu kat hidung je ea?

    ReplyDelete
  2. yup. sapu je kat hidung terus kuar blackheads dengan whitehads :)

    ReplyDelete
  3. saye pun guna ni! sangat ohsem kan (=

    ReplyDelete
  4. Sesiapa boleh jadi advisor sya ? tompok2 hitam (yg macm tahi lalat ni),apa bole bgi hilg die ni ? Benci lah ada tompok hitam ni ! Anyone ? Siapa tau ?

    ReplyDelete
  5. Sesiapa boleh jadi advisor sya ? tompok2 hitam (yg macm tahi lalat ni),apa bole bgi hilg die ni ? Benci lah ada tompok hitam ni ! Anyone ? Siapa tau ?

    ReplyDelete
  6. tompok2 tu pigmentation. mmg susah nak hlg. akibat dr matahari.kena kerap pakai sunblock la.

    ReplyDelete
  7. aku pkai nuteen gel tu kat muka aku pastu kuar mcm cebisan2 kertas yang kene air tu. . kenapa erk ?

    ReplyDelete
  8. sy pn gune. bagus

    ReplyDelete