3.1.12

review : ronasutra mineral makeup

Hey hey.

Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu produk yg telah accidentally tolong aku memupuskan masalah muka berminyak.

Kalau nak tau muka aku ni mmg tahap boleh bukak kilang minyak. masuk tengah hari je sure melekit n oily.
segala jenis foundation, compact, 2-way mahupun 3-way cake yang bertulis "oil control" akan aku terai. Dari Silkygirl bawak ke Maybelline hatta M.A.C sekalipun x mampu nak melawan kemaharajalelaan molekul2 minyak di muka aku.Tengah hari je sure tacap. Kalau tak mmg silau mata org awam dek kerana pantulan sinaran "nur" di wajah.

suatu hari adik aku kasi bedak ronasutra ni. mula2 ambek je pasal barang free, sape tak ndak kan. pakai x pakai blakang kire. lagipun aku cam skeptical sket brng2 mekap yg x penah dengar ni. pastu sebab mekap aku kebetulan habis, terai je la. stat tu aku mula perasan minyak cam dah kurang. amazing race! tgh hari dah x perlu tacap lagi :D

Kol 12.30 tgh hari di opis. still x shiny baybehh~ new record~

Cara nak pakai benda ni senang jerk.

Mulakan dengan wajah suci bersih lagi tulus seperti ini:



Kemudian sapukan moisturizer. Yup, even oily skin needs a moisturizer. aku pakai Simple Oil Balancing Moisturizer. moisturizer ni gunanya untuk "tipu" kulit korang..bila pakai ni kulit akan rasa macam dah cukup moisture, so dia takde la nak meminyakkan lagi kulit. er..korang paham tak ayat belit-beli aku? haha



And then tempek la ikut suka hati korang kan. aku pakai 01- cream peach sbb adik aku beli kaler ni. tp cam ok je ngan kulit muka aku *perasanputih* kalau nak ala2 natural beauty gitew tempek sekadar perlu; kalau nak pegi dinner or nak berlakon cite anak pontianak, tempek la sampai habes satu botol tu.



Tadahh~ siapp. senang kan?



Pose gedik seperti ini adalah tidak perlu diikuti. cukup sekadar buat step 1 and 2 sahaja.

All in all, aku rase ronasutra ni mengatasi MAC Lightful yang promoter mac promot sampai berbuih-buih mulut tapi yilekkk. buang duit aku je.

Pros:
- Menutup cela sekadar perlu
- Takde bahan kimia merbahaya. kot. tu dier cakap.
- UV proctection. tak cakap pulak SPF berape kan. pegi tny sendiri lah.
- Best off all, oil control!!

Cons:
- Messy. Sebab texture dier mcm bedak tu so berterabur la jugak. Membazir lagi satu.
- Medium coverage. Bagi yang nak full coverage ala2 rozita che wan kne pkai foundation/bb cream dulu lah.
- Agak pricey. RM48 kalau beli kat internet http://ronasutra.com/

But what the heck kalau berkesan kan. it's worth every penny :)

Fuh.

Patut org ronasutra kasi aku imbuhan sket nih. tak pun jadikan spokesperson tros. x payah susah2 nak pikir marketing plan sebab aku dah siap buat poster pun ha..


diana danielle pon tak leh celen ni. dier setakat snow white je. ni dah mcm siti tanjong perak :D




....fine

3 comments:

  1. sy boleh bg yg harganya rm40..lg murah dr harga pasaran.. try contact sy kalau berminat.. sy pun baru nak try bedak ni..

    ReplyDelete
  2. best pakai bedak ni.. dulu2 zaman muka berjerawat pakai bedak ni la, sebab dia guna bahan mineral je.. hehe :D sekarang kulit dah start berminyak balik, xtau kat mana silapnya.. lecehnya sebab ni bukan jenis compact powder, takut berterabur + agak pricey :)

    jemput ke blog saya : http://dreaminglovers.blogspot.com

    ReplyDelete