28.12.12

Mungkin pengarah filem Melayu patut pertimbangkan..


1.       Buat filem yang BUKAN cerita hantu komedi/gengster/rempit/cinta sendu
Bukan apa, kami yang nak pi tengok ni mahukan variety..kalau dah tengok kat panggung tak habis2 cerita Hantu Air, Hantu Bonceng, Gengster siri 1 sampai Gengster siri 12, Ongbak Rindu, Angin Cinta..dah tipikal sangat..cuba buat cerita pasal 1997 economy recession ke..contoh la..

2.       Gunakan animation/sound effect yang lebih mantop
Dah la rambut palsu…effect pun jangan la nampak palsu sangat..adegan gaduh pun jadi kartun kalau effect macam kanak2.

3.       Ambil pelakon bukan sebab rupa tapi sebab bakat
Memang la sedap mata memandang..kalau dia tak cakap lah....sekali bercakap terus hilang minat nak tengok...Filem yang best pun boleh hancur kalau pelakon kayu sebab pelakon lah yang akan sampaikan mesej dalam sesebuah cerita. Cakap pasal mesej, itu membawa kita kepada point ke-4..

4.       Buat filem ada mesej
Rugi pulak rasa RM10 yang penonton bayar kalau cerita tu setakat boleh gelak guling2 sampai sakit perut, keluar panggung terus tak ingat apa2.tengok filem ni macam baca buku jugak (bukan novel cinta ye..buku) harus ada pengajaran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian..

5.       Poster dan trailer
Macam kulit buku..poster dan trailer ni penting..kadang2 orang beli buku/tgk cerita sebab kulit buku/poster je..poster kalau takat tampal gambar pelakon lepas tu tulis tajuk font arial..hmm..

Hanya sekadar pendapat sebagai seorang penonton. Bukan nak mengajar..dah sah2 la kitorang ni takdak pengalaman nak buat filem..setakat ambik video kucing letak kat youtube je..tapi kami ni nak jugak tengok filem Melayu..serius..nak sangat-sangat menyokong industri perfileman tempatan..tapi pengarah2, penerbit2 pun kenalah faham jugak..takkan nak bazir duit kitorang tengok Hantu Dalam botol Kicap misalnya..baik kami guna duit tu beli kicap jalen..lagi bermanfaat…
p/s: Pada pendapat aku,Songlap antara filem yang tak rugi ditonton..belom tengok Bunohan tapi ramai jugak yang rekemen. nak yang old skool sikit, cuba tonton Lenjan. atau Layar Lara

No comments:

Post a Comment