30.7.09

ini serius D:

Memang betol la orang cakap. Once you start, you can never stop.

.... D:

owh tidak2. bukan dadah, esctasy mahupun gam gajah ye rakan2..tapi online shopping~

Baru sahaja membeli file KAT-TUN dan kasut baru dalam tenet. Dan berkemungkinan besar bakal melubangkan poket duit dengan membeli yukata dan digital cam. aiyark.

And I just registered @ lowyat. not good. sooooooo not good.
Aku ska konsep x payah merugikan duit minyak pegi beli barang, but then my money flies away in just a click. or two. aiyark~

What about you guys? online shopping : good or bad?

28.7.09

fashion is passion.

A: What accessories do you wear everyday?
My attitude lol er...beg merah?

B: What is your beauty routine?
Cleanser -> ubat jerawat XD and once a week,mask.

C: What was the last item of clothing (for yourself) that you purchased?
Sweater comel belang2 hitam dan putih. And i larve it! \:D/

D: Do you use a dresser, closet, or both?
Saya menggunakan lemari yg dibagi pihak penaja. tima kasih pawa root! petronas! :3

E: What type of earrings are in your ears right now?
Er....x penah la plak pkai subang. nnt la aku terai subang kepit :)

F: What type of figure do you have?
Em..ntah la. slim la kot.

G: Do you wear glasses?
Yup. and contacts.

H: What type of handbag do you carry?
Beg merah yg besaaar~ buleh masuk semua dlm tuh~ time kasih Sg. Wang :3

I: What is your ideal style?
Casual, easy-going. Jeans are vital~ But I also like dresses from 1950s collection, especially black and red ones <3>

J: What jewelry are you wearing right now?

Nothing. Tapi slalu pkai bracelet je.

K: Do you wear knee-hi stockings?
Tidak2. Rasa tidak selesa kalu pakai D:

L: Do you *have* to wear matching lingerie?
Nope.

M: Do you wear makeup?
Yup. Base -> foundation -> lip balm. Sometimes eyeliner or blusher.

N: Do you wear nightgowns?
Nope. Too silky.

O: What outerwear do you put on when going out on a typical winters day?
Oh malang sekali. Di Malaysia nggak ada salji dong~

P: What is your favorite perfume?
Currently wearing emanuel ungaro's apparition. maybe i'll get chanel's coco mademoseille next :)

Q: Is your motto "quality over quantity" when it comes to clothing and accessories?
Itu sudah semestinya~ Tapi best gak kalu dapat beli baju lawa banyak2! and murah2! :D

R: Do you wear rain boots?
Er. yg macam Phua Chu Kang tu ke? tidak~

S: Do you wear socks or slippers when your feet get cold?
Socks.

T: Do you have a set of travel luggage?
Ade satu beg besar gila babeng. Buleh isi org dalam tu lol XD

U: What is your daily uniform?
Er. jeans + t-shirt or kurung / kebaya :P

V: If you are married, did you wear a veil with your wedding dress? If not, how did you do your hair?
Pakai2. nak veil panjang gilo2,sampai masuk guinnes record. haha.

W: Do you wear a watch?
aku xde jam. Jam Sg. Wang aritu pkai sekali tros rosak D:

X: What item of clothing always makes you feel extremely beautiful?
Red dresses. Kebaya nyonya. yukata. <- suma item di sini blom dimiliki oleh saya. haha.

Y: What is your favorite type of yarn?
Cardigans.

Z: Do you prefer zippers or buttons?
Buttons are timeless, but zipper saves time and looks clean. Both are great :)

* just finished watching project runway and i am dangerously in love with this dress :
soooooo pretty~ :'D

luahan perasaan di kala buat fyp proposal D:

yes. i am a wannabe.
yes. i am gedix (sometimes)
yes. i am a bit perasan.

so what? this is me.
at least i'm being someone that i want to be.
you, on the other hand who constantly critisizing other people like you own the whole universe, are not being honest to yourself.
maybe it's the way you gain your self-confidence. whatever. i kinda pity a person like you. sitting in your own pathetic little world and try to find other's mistakes.

continue on what you are doing. i will not give a s**t about it. not anymore.

have a nice life.

ok. lega.dah lama nak kutuk org ni sejak dier panggil aku wannabe dulu. dah la fitnah aku buat benda yg ak x buat. dier ade hak nak kutuk2 org,aku pun ade medium kt blog aku nak luahkan perasaan aku. fair and square.

sekian trima kasih.

25.7.09

otaku.

saya suka gila band ini. band ini buat saya jadi gila. gila ah band ni. D:

senarai lagu-lagu gila (rock)

- real face. lagu paling best kat-tun.
- lips.
- peak.
- don't u ever stop loving us
- yorokobi no uta (lagu kegembiraan :D )
- she said
- taboo
- moon. current fav. :Dv er xde sape tanya pon

lagu-lagu gila (ballad)

- bokura no machide (in this town)
- crazy love
- neiro
- precious one
- special happiness
- care
- kizuna

selamat menggila.

24.7.09

Tenuk. Ayam. Gajah.

1. Bekas kekasih saya adalah :
xde. x penah bercinta mahupun jatuh cinta.

2. Saya sedang mendengar :
fall out boys.

3. Mungkin saya patut :
melihat-lihat topik untuk FYP dan buat research. tapi saya menonton...mago-mago arashi?? D:

4. saya suka :
benda2 berwarna merah.

5. sahabat-sahabat baik saya :
adalah orang2 yg gila. eh eh. gila2. silap :P

6. saya tak faham :
Bagaimana 2 orang boleh saling menyukai dalam satu kuantum waktu yg sama?

7. Saya kehilangan :
masa yang berharga dengan membuat tag ini :0

8. Ramai yang kata :
Saya sombong? erm. tolong jgn menilai saya jika anda belum betul2 mengenali saya. tima kasih.

9. Makna nama saya :
Cahaya yang utama.

10. Cinta itu adalah :
Complicated. blom boleh difahami dengan jitu.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Membuat tag ini jugak.

12. Saya akan cuba :
Menjadi seorang yang lebih baik.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Tidak akan mati/pupus/musnah.

14. Telefon bimbit saya :
Berwarna hijau. I'm going green~ :)

15. Bila saya terjaga dari tidur :
Saya perlu sembahyang Subuh terlebih dahulu.

16. Saya paling meluat bila :
Orang komplen pasal tubuh badan/berat badan/cara pemakanan saya.

17. Pesta/parti adalah :
Wild bebeyh~!

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
Penguin. yg ada jambul kaler kuning tuh.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Peringkat kanak-kanak. So carefree. Tak ada fyp untuk difikirkan =(

20. Hari ini :
Hari Jumaat. Xde klas o yeahzzz~

21. Malam ini saya akan :
Menonton Cartoon KAT-TUN dan Project Runway.

22. Esok saya akan :
Memulakan rutin sebagai seorang pelajar kembali.

23. Saya betul-betul inginkan :
Manhattan Fish Market punya Sweet Alabama Smoothie.. ='(

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
Saya bersyukur kerana Tuhan kurniakan wajah yg lengkap semua deria. Alhamdulillah.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Er. Di dalam pusat membeli-belah kan ade arked permainan? :P

26. Makanan barat atau Jepun :
Er..both?

27. Bilik yang terang atau gelap :
Depends.

28. Makanan segera adalah :
Megi.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
"Farah,Subuh2!" padahal jam baru 1.30 pagi. haha.

30. Siapa yang anda mahu tag?
kucing saya. eh2. saya tidak ada kucing buat masa sekarang.

21.7.09

pros and cons selepas kembali ke utp.

(+)

1. tak perlu bgn awal tiap2 hari. aktiviti tidak sehat seperti tdo selepas Subuh, tdo tgh hari dan tido petang kembali dijalankan dgn giat. owh, mungkin jumaat juga aku akan cuti sebab xde kelas :D

2. DC++. aktiviti kipas ssh mati diteruskan. banyak giler vevideo kat-tun yg perlu di'catch-up' (hmm..apsal bab2 pelajaran ak x terpike camni..) juga berangkai-rangkai j dorama mau ditengok -sape minat basketball tgk la cite Buzzer Beat. best2! :D <- tgk sbb ade yamapi dlm tu. lol.

3. Kos pemakanan kurang sket (er..kos beli-belah blom tau.) tapi nape air limau v5 mahal? aku x puas hati btol. guna limau ngan ais je kot D:

4. Kesesakan kurang. x byk sgt org mcm kt stesen lrt mahupun klcc. (btw, aku x paham nape org ske g klcc? ada apa dgn klcc? D: )

5. er......um...ape lg ek? tasik utp? haha. <- ingin mengatakan 'jejaka2 hensem' tp setakat ni paksi-y bg tahap kehenseman jejaka2 kl lebih tinggi drpd jejaka2 utp. then again, paksi-x menunjukkan populasi ikemen2 di kl kurang berbanding di utp. ok. ape aku ngarut ni Dx

(-)

1. Internet. duh. Owh, ak prasan skang dah x leyh view gmbr ek? wau, sungguh maju itms~ majulah itms utk pembangunan utp di seluruh dunia~ yayayayay~

2. Variety makanan. dolu2 buleh la hari2 mcD. skang McAli ade la. haha.

3. Menyusun jadual. peningnya mengalahkan keje 12 jam stret D:

4. Menapak lebih jauh drpd biasa. So better jgn beli heels 5 inci buat masa setaun akan datang.

5. FYP? wat? ape tuh? Funky Young People ek?

5.7.09

Bobo suh aku buat menatang nih.

1. Berapa berat badan anda naik?
Tak naik. Haha. Malang sekali =(

2. 5 Benda yang anda beli sepanjang intern?
- mp3 player
- henfon
- baju paling mahal penah beli tp sebab ade baucer aku bayar sket je \:D/
- 2 jam tangan. Dua2 dah rosak lol.
- hand sanitizer. Sebab H1N1 punya pasal, aku jd concern dengan setiap tiang2 LRT yg dipegang.

3. Kata-kata Pedas Paling Diingati?
Aku x friendly/sombong.

4. Kata-kata Manis Paling Diingati?
“You’re one of the best interns here” =)

5. Berapa kali anda potong Rambut Sepanjang Intern?
Sekali. Tu pun guna baucer jugak. Haha. Hidup aku di KL bergantung kpd baucer dan barang2 free :P

6.Kerja paling penat yang pernah anda lakukan?
Supervisor workshop. Balik pukul 9 lebey. Tapi best sebab first time tgk suasana malam dr KLCC yg masyuk; dan driver company antar aku balik. Muahaha.

7.Kenderaan yang kerap dinaiki sepanjang intern?
LRT. Bas shuttle free pernah naik sekali aritu (baru aku tau sebab apa dia kasi naik free. Lol)

8.Berapa kerap anda pulang ke rumah sepanjang intern?
Secara purata, sebulan sekali.

9. Ada tempat paling menenangkan fikiran selepas balik kerja?
JJ Wangsa Maju / Alpha Angle. Tapi selalunya tenang sekejap je. Pastu, akan terpikir bila aku nak beli barang-barang yg diusya semasa window shopping.

10. Apakah tabiat terbaru anda semasa intern?
Berjalan-jalan. Asal weekend je, merayap pi big epel/setarbucks/lain2 tempat yg boleh menghilangkan boring.

11. Bos Yang Pemurah atau Bos Yang Sporting?
Bos yang sporting; mcm bos aku :Dv

12. Letak nama orang yang korang menyampah sepanjang intern?hahaha
Bobo. Sebab dia slalu gtok aku di waktu2 crucial pastu mintak blanja. Muahaha.

13. Minggu ke berapa yang paling anda ingati?
Minggu ke-11. Masa tu time besday aku tp aku tgh kalut nak lauching system/ended up ‘promoting’ besday sendiri masa ucapan alu-aluan/org yg aku harap wish aku besday harem x wish pon/pi amek hadiah lipstick sorang2 kat Citibank dan siap sesat-sesat w/pun citibank ngan klcc x jauh pun.
Besday paling emo dalam sejarah.

14. Apa yang rosak sepanjang tempoh intern?Akhlak dikecualikan.
- sony bean yg aku beli masa time foundation.
- henfon Motorola. bateri asek kong.
- hard disk. pendek kata, suma barang2 elektronik x tahan dgn cuaca kl. haha.

15. Dunia ini (Penuh Tipu Daya/Harmoni Aman Damai) sila pilih satu dan komen.
Dunia ini penuh tipu daya. Asal boleh naik je, orang sanggup lakukan macam-macam.

16.Kerugian terbesar yang anda hadiahkan kepada syarikat?
Hilangkan pass keselamatan yg berharga rm80 tp sebab aku intern CSD, free. Syarikat telah kerugian rm 80 sebab derang ambek aku. Muahaha. Tu blom masuk aku silap print/fotostat lagi.berbakul-bakul kertas terbazir :P

17.Adakah SV anda sayangkan anda?
Yup. Dia kasi aku 5 markah untuk semua weekly report. 

18.Kawan yang banyak membantu semasa intern?
Roommates, housemates, officemates, towermates, etc. Mekacih... =)

19.Gambarkan tempoh internship dalam satu perkataan..
‘Lengthy’. Kadang2 rasa mcm dah bertaun-taun keja (Hiperbola di situ :P )

20.Gambarkan diri anda selepas internship dalam satu perkataan..
‘Wiser.’ Masa intern ni, byk belajar pasal kehidupan dan kepentingan kawan-kawan so aku rasa dah matang sket berbanding sebelum msk intern.
(tapi kebanyakan kawan2 aku mungkin akan kata sebaliknya. Haha)


31 minggu berperasaan rojak.

1. LRT menjadi kenderaan rasmi intern. Hari-hari naik; hari2 bau macam-macam perisa perfume; hari-hari jugaklah jd sardin.

2. Sepuluh ringgit makan kat klcc selalu je x cukup; sarapan beli kat cold storage je dah tulis rm6.99 (7 hengget la tu) kat atas resit. Itu blom masuk makan tengah hari ngan malam lagi.

3. Tau dah jalan2 kat sekitar wangsa maju/kl sket2. Dulu2 jakun gak; wangsa maju pun harem x tau celah mana ^^;

4. Merindui zaman2 internet sedia ada di mana-mana; pada bila-bila masa di utp (hmm...mcm tipu tang ayat pd bila2 masa tuh) skang kalo mau tulih blog pun kne menapak beribu-ribu batu (hiperbola sket) pegi starbucks/big epel.

5. Paham maksud ”office politics”, ”diskriminasi”, ”perkauman sesama department” dan sebagainya.

6. Melawat tempat2 menarik di Malaysia seperti pavilion, sunway pyramid, one utama, times square, the curve,etc. Walau bagaimanapun, Alpha Angle tetap di hati...

7. Enjoy pegi trip yang paling best dengan kawan-kawan ITIS kat melaka =)

8. Tido awal. Haha. Kalau kat UTP jangan harap la aku nak tido pkol 10 malam. Kat sini, pkol 9 dah siap sedia tarik selimut

9. Memendam rasa kat satu makhluk ni..aku selalu gila nmpk kat klcc. Tiap2 pagi pulak tu nampak. Rasa kagum, terpegun dan tensen suma ada. Nama makhluk ciptaan paling sexy tu ialah Jimmy Choo D:

10. Sedih nak tinggalkan opismates yg aku slalu jugak pau dan mintak tolong itu ini. Derang dah jd mcm kawan2 walaupun usia aku ngan derang x sebaya. Sedih jugak nak tinggalkan wangsa maju dan kl yg sgt2 lively dan rojak, mcm title ni.haha.