1. Berapa berat badan anda naik?
Tak naik. Haha. Malang sekali =(
2. 5 Benda yang anda beli sepanjang intern?
- mp3 player
- henfon
- baju paling mahal penah beli tp sebab ade baucer aku bayar sket je \:D/
- 2 jam tangan. Dua2 dah rosak lol.
- hand sanitizer. Sebab H1N1 punya pasal, aku jd concern dengan setiap tiang2 LRT yg dipegang.
3. Kata-kata Pedas Paling Diingati?
Aku x friendly/sombong.
4. Kata-kata Manis Paling Diingati?
“You’re one of the best interns here” =)
5. Berapa kali anda potong Rambut Sepanjang Intern?
Sekali. Tu pun guna baucer jugak. Haha. Hidup aku di KL bergantung kpd baucer dan barang2 free :P
6.Kerja paling penat yang pernah anda lakukan?
Supervisor workshop. Balik pukul 9 lebey. Tapi best sebab first time tgk suasana malam dr KLCC yg masyuk; dan driver company antar aku balik. Muahaha.
7.Kenderaan yang kerap dinaiki sepanjang intern?
LRT. Bas shuttle free pernah naik sekali aritu (baru aku tau sebab apa dia kasi naik free. Lol)
8.Berapa kerap anda pulang ke rumah sepanjang intern?
Secara purata, sebulan sekali.
9. Ada tempat paling menenangkan fikiran selepas balik kerja?
JJ Wangsa Maju / Alpha Angle. Tapi selalunya tenang sekejap je. Pastu, akan terpikir bila aku nak beli barang-barang yg diusya semasa window shopping.
10. Apakah tabiat terbaru anda semasa intern?
Berjalan-jalan. Asal weekend je, merayap pi big epel/setarbucks/lain2 tempat yg boleh menghilangkan boring.
11. Bos Yang Pemurah atau Bos Yang Sporting?
Bos yang sporting; mcm bos aku :Dv
12. Letak nama orang yang korang menyampah sepanjang intern?hahaha
Bobo. Sebab dia slalu gtok aku di waktu2 crucial pastu mintak blanja. Muahaha.
13. Minggu ke berapa yang paling anda ingati?
Minggu ke-11. Masa tu time besday aku tp aku tgh kalut nak lauching system/ended up ‘promoting’ besday sendiri masa ucapan alu-aluan/org yg aku harap wish aku besday harem x wish pon/pi amek hadiah lipstick sorang2 kat Citibank dan siap sesat-sesat w/pun citibank ngan klcc x jauh pun.
Besday paling emo dalam sejarah.
14. Apa yang rosak sepanjang tempoh intern?Akhlak dikecualikan.
- sony bean yg aku beli masa time foundation.
- henfon Motorola. bateri asek kong.
- hard disk. pendek kata, suma barang2 elektronik x tahan dgn cuaca kl. haha.
15. Dunia ini (Penuh Tipu Daya/Harmoni Aman Damai) sila pilih satu dan komen.
Dunia ini penuh tipu daya. Asal boleh naik je, orang sanggup lakukan macam-macam.
16.Kerugian terbesar yang anda hadiahkan kepada syarikat?
Hilangkan pass keselamatan yg berharga rm80 tp sebab aku intern CSD, free. Syarikat telah kerugian rm 80 sebab derang ambek aku. Muahaha. Tu blom masuk aku silap print/fotostat lagi.berbakul-bakul kertas terbazir :P
17.Adakah SV anda sayangkan anda?
Yup. Dia kasi aku 5 markah untuk semua weekly report.
18.Kawan yang banyak membantu semasa intern?
Roommates, housemates, officemates, towermates, etc. Mekacih... =)
19.Gambarkan tempoh internship dalam satu perkataan..
‘Lengthy’. Kadang2 rasa mcm dah bertaun-taun keja (Hiperbola di situ :P )
20.Gambarkan diri anda selepas internship dalam satu perkataan..
‘Wiser.’ Masa intern ni, byk belajar pasal kehidupan dan kepentingan kawan-kawan so aku rasa dah matang sket berbanding sebelum msk intern.
(tapi kebanyakan kawan2 aku mungkin akan kata sebaliknya. Haha)
31 minggu berperasaan rojak.
1. LRT menjadi kenderaan rasmi intern. Hari-hari naik; hari2 bau macam-macam perisa perfume; hari-hari jugaklah jd sardin.
2. Sepuluh ringgit makan kat klcc selalu je x cukup; sarapan beli kat cold storage je dah tulis rm6.99 (7 hengget la tu) kat atas resit. Itu blom masuk makan tengah hari ngan malam lagi.
3. Tau dah jalan2 kat sekitar wangsa maju/kl sket2. Dulu2 jakun gak; wangsa maju pun harem x tau celah mana ^^;
4. Merindui zaman2 internet sedia ada di mana-mana; pada bila-bila masa di utp (hmm...mcm tipu tang ayat pd bila2 masa tuh) skang kalo mau tulih blog pun kne menapak beribu-ribu batu (hiperbola sket) pegi starbucks/big epel.
5. Paham maksud ”office politics”, ”diskriminasi”, ”perkauman sesama department” dan sebagainya.
6. Melawat tempat2 menarik di Malaysia seperti pavilion, sunway pyramid, one utama, times square, the curve,etc. Walau bagaimanapun, Alpha Angle tetap di hati...
7. Enjoy pegi trip yang paling best dengan kawan-kawan ITIS kat melaka =)
8. Tido awal. Haha. Kalau kat UTP jangan harap la aku nak tido pkol 10 malam. Kat sini, pkol 9 dah siap sedia tarik selimut
9. Memendam rasa kat satu makhluk ni..aku selalu gila nmpk kat klcc. Tiap2 pagi pulak tu nampak. Rasa kagum, terpegun dan tensen suma ada. Nama makhluk ciptaan paling sexy tu ialah Jimmy Choo D:
10. Sedih nak tinggalkan opismates yg aku slalu jugak pau dan mintak tolong itu ini. Derang dah jd mcm kawan2 walaupun usia aku ngan derang x sebaya. Sedih jugak nak tinggalkan wangsa maju dan kl yg sgt2 lively dan rojak, mcm title ni.haha.
No comments:
Post a Comment