5.2.09

..dan sebenarnya

Aish ni sumer cik saf punye pasal. Beliau telah membukak sebuah lagu yang agak2 sedap pada gegendang telinga aku pada suatu malam yang hening (nape entry aku berbunyi seolah-olah permulaan sabuah novel?)

Setelah itu, aku pon mem'pass'kan external harddisk ku kepada beliau untuk mendengar lagu2 sebuah band bernama 'Yuna' ini dengan lebey layan. Owh~ memang tangkap layan r minah ni~ Lagu die lentok siot~ Tapi ingin diingatkan, kelentokannya tidaklah sama seperti lentokan lagu2 alunan New Boyz, Spoon, Fork dan yang sewaktu dengannya. Pankreas aku merasa geli setiap kali mendengar lagu2 mendayu serupa itu.

Seperti juga band2 indie lain yang semakin meningkat naik, lagu2 beliau ini memang 'fresh' dan lain daripada ciptaan2 azlan abu hassan,ajai,etc. Beliau juga memainkan gitar dengan sendiri dan beliau ni bertudung (respeklah!)
Dan yang paling bez, beliau adalah senior aku! Patut lah seperti aku biasa mendengar nama Yunalis ni di waktu sekolah menengah dahulu. Rupa-rupanya dia bekas budak sekolah Derma merangkap anak kepada Cekgu kimia jazz merah kesayangan aku, Cikgu Anum (Cikgu ni pernah berhenti seketika masa tengah mengajar kitorang dan cakap kat aku, "muka awak ni macam saya masa muda2 dulu lah" hahahaha sungguh kelakar..)

kecil sungguh dunia ni rupanya.. =)

untuk mendownload lagu2 bez beliau (paling bez dilayan waktu anda mahu tidur..hahaha)
http://me.zestful.org/category/downloads/

saya merekemenkan 'dan sebenarnya' juga 'after midnight'.

1 comment:

  1. akhirnye ade gk org yg berminat ngan lagu yuna..
    aritu ak ckp lagu yuna best dk nh wt bodo je..

    p/s:ak da donlod lbey byk lagu beliau~

    ReplyDelete