25.2.09

Puteri Gunung Ledang - The Musical


* Review yang ni aku buat ayat ala-ala bahasa Melayu baku...sebab teater punya pasal,ayat juga mau baku gitew~ aw~

Kali pertama mahu menonton teater, saya kira patutlah kalau berbelanja lebih sedikit, lalu saya dan Lana membeli tiket Perak. Lagi pula, teater yang ingin ditonton bukan sembarangan teater. Teater ini mengenai lagenda zaman kanak-kanak saya yang sudah dihafal sekian lama, teater ini lambang kisah cinta rakyat Melayu dahulu kala. Cerita tentang kisah cinta agung Sang Puteri dengan Tuahnya.

Memang benarlah bagai yang digembar-gemburkan ramai pihak, teater ini melangkaui segala imaginasi yang bermain-main di minda penonton saat mereka pertama kali menjejakkan kaki ke ‘bumi’ Istana Budaya. Reka letak propnya sahaja sudah mampu membuatkan kami terkedu dan bertanya sendiri, berapa lama agaknya masa yang diambil untuk mereka dan membuatnya? Prop yang paling dikagumi, saat Puteri menaiki kapal layar dalam usahanya mencari cinta nun jauh di seberang laut. Efek yang digunakan juga membuatkan teater ini tampak lebih ‘hidup’ dan magis. Bagaimana mereka mampu meng’hilang’kan watak-watak dan menjelmakan mereka semula dalam sekelip mata, itu masih kekal menjadi misteri.

Dari segi lakonan, memang setiap watak dihayati dan dibawa dengan 100% konsentrasi. Tiara dan Stephen memang sudah dijangka dapat menghidupkan Gusti Puteri dan Laksamana Hang Tuah dengan jayanya. Saya tertarik dengan watak Bayan yang sangat jujur ekspesinya, terutama di saat beliau ingin menamatkan riwayatnya sesudah dihukum oleh Gusti Adipati. Babak paling digemari, sudah pastinya saat pertemuan Puteri dan Hang Tuah di puncak Majapahit, bersumpah dan berjanji setia untuk saling menyayangi sehingga ke akhirnya. Bak kata Gusti Puteri, “Adinda akan menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama.” Sungguh indah dan berseni susunan ayat orang-orang dahulu kala.


Jika ada perkara yang kurang elok mengenai teater ini, ianya tentang alih bahasa yang kadang-kadang tidak mengikut rentak suara para pelakon. Penonton yang bukan berbahasa Melayu mungkin agak sukar menghayati emosi mereka dek kerana kekurangan ini. Diharap produksi yang akan datang dapat membaiki kepincangan tersebut.

Secara keseluruhan, saya tabik warga kerja PGL The Musical Musim Ke-3. Terima kasih untuk teater pertama saya di Istana Budaya yang langsung tidak mengecewakan. Anda telah berjaya mengangkat martabat teater Melayu di persada antarabangsa. Syabas!


3 comments:

  1. lol melayang~ XD
    no..not G5 la lana...
    sayap rajawali..
    bak kata hang tuah,"andai patah sayap rajawali,bertongkat jua kanda kemari~" :P

    ReplyDelete