29.3.12

Review : Zipperade - Penyelesai Masalah Zip Terbukak

Aku tak tau la korang kan, tapi kadang-kadang aku 'ter'beli seluar yang zip dia asyik terbukak sendiri. time try takde la plak nak lompat bintang tengok terbukak ke tak kan.

Selalu dia macam bila duduk ke, akan terbukak la apa yang tak patut terbukak. sungguh memalukan (-____-")

Malu satu hal. Kadang-kadang tu sebab gedik nak pakai jugak, aku terpaksa carik baju yang labuh-labuh je. kalau tak memang duduk dalam lemari la 10 taun seluar tu.

Tapi sekarang tidak lagi..~ *background music Catalog Shop*

Sebab aku google "how to prevent zip from zipping down itself" or something like that dan aku terjumpa ini :D


Korang kena beli online je benda ni sebab dia US product. Kat Guardian mahupun kedai-kedai sewaktu dengannya belum ada kot. So pandai-pandaikan diri guna Paypal ye adik-adik~

Benda ni senang je nak apply. Semudah ABC,123. Satu zipperade ni boleh guna sepasang seluar. daaaah setel satu masalah dunia korang. Tak payah pikir nak bakar ke seluar tu, nak beli yang lain ke, pakai ni terus boleh guna macam seluar lain.

Selamat mencoba!

Cobalah cobalah~ :D


p/s: skang ni tengah carik seluar jeans ala bell bottom. preferably kaler putih. motip kan. haha. time-time tak in trend la aku nak carik =.=

No comments:

Post a Comment