17.10.10

kawin memang best; lagi best kalo kawin orang kaya.

pergh. gila best la kalo dpt majlis kawin camni:



(ye aku tau aku memang lembap ayam. nama je budak IT tapi buta teknologi...,orang len dah berkurun tgk aku baru nak menggedik google)

korang nak cakap aku pisau cukur ke, gilette max ke pebenda..aku tatap akan menyokong pernyataan di atas. cuba tanya mana2 pompuan pun..

"Bagaimanakah agaknya wedding yang anda inginkan?"

tidaklah sama sekali beliau akan menjawab;

"I kalau boleh nak wedding bese2 je...pelamin suma xnak lah,nnt kang belanja besar..takat akad nikah pun cukup...mekap pun biar I tempek sendiri...upah mak andam mahal..baju pun nnt I alter baju kawin 60-an mak I je la..."

Oh tidak. pompuan sekarang memang materialistik. full stop. memang xyah nak argue2 dah. tmbh2 kalo bab kawin. tgk rate mas kawin da la. dah mcm no plet keta; 44444, 99999, 33333 dan lain2. jadi bagi para2 jejaka di luar sana, dengarlah suara hati kaum perempuan. korang x perlu hensem gila seperti Henry Golding, cukuplah sekadar memiliki 2 buah kereta merah cap kuda hitam dan beberapa convertibles. Tidak perlu menyusun ayat cinta sehebat Usman Awang, cukuplah setakat memflashkan kad kredit platinum tatkala membayar barangan runcit,hatta sehelai tuala Good Morning sekalipun. orang selalu cakap pompuan ni susah nak paham...tapi sebenarnya kami hanya ada suatu benda dalam kepala.....


......"nanti kawin sok aku nak kasut jimmy choo barang sepasang dua..."



er. itu mungkin suara hati aku je kot.



p/s: esok konvo. mixed feelings.

2 comments: