12.1.10

Hannah Talent - "Ingin Menjadi Model?" Contest

Mau~ Mau~ \:D/

OK. Aku pun baru dengar pasal Hannah Talent ni. Lepas baca sket info dier; senang cerita HT ni tolong model2 sekalian buat portfolio. Tak tau macam mana yang dipanggil portfolio? Kalo korang tengok America's Next Top Model kan (yang x tengok buat2 paham je la ye.haha) ade macam satu fail yang derang ke hulu ke hilir bawak maser go-see tu; dalam ada banyak gambar2 kan; haa..tu la namanya portfolio. Senang la para klien nak tengok sejauh mana potensi ko pastu baru buleh cakap "you're hired!" macam donald trump. Tapi bukan murah oo nak buat benda ni; photoshoot suma nak kena pakai cameraman la; props bagai ye dop. HT charges RM250 for their portfolio. Sila klik di sini untuk pengetahuan lanjut mengenai photoshoot latest mereka :)

Tapi, untuk masa terhad ini sahaja; derang akan kasi FREE for one lucky blogger~ wao2~ i loyke~ xD

Kalo menang ni bapak best giler; buleh la ko kasi tau anak cucu cicit pada masa 40 taun akan datang;
"Ha..ni la gambar nenek zaman muda-mudi dulu. cantek x? cantek x?? kalo ko cakap x cantek aku lempanggggg kaoooo~"

er. ok. back to the topic.

lagi satu keistimewaan HT ni sebab dier fokuskan untuk model muslimah; so tak perlu lah nak bergambar seksi di dalam kolam renang untuk menjadi model, coz Muslim girls are hot too! \:D/
Selain girls, HT jugak menerima model dari range umur 0-50 tahun. Jadi, Ibu-ibu dan bapak-bapak semua yang ada di sini juga buleh la antar entry for babies dan kids derang. mak bapak nak tumpang sekaki dua masuk pon buleh jugak~

Syarat-syarat penyertaan :

1.Terbuka kpd lelaki,kanak-kanak dan wanita (bertudung sahaja)
2.Mestilah menjadi follower Hannah Talent di blog dan juga facebook.
3.Peserta mestilah mempunyai blog sendiri.Penyertaan tidak akan diterima jika menghantar gambar dan entri ke email kami.
4.Letakkan blog Hannah Talent dlm senarai bloglist anda.
5.Letakkan logo HANNAH TALENT diatas, di sidebar blog anda dan logo tersebut mestilah link ke Hannah Talent.
6.Letakkan hanya SATU gambar yang jelas dan anda beraksi cantik seperti model professional.Gambar tersebut mestilah gambar anda,bukan gambar orang lain.Boleh diletakkan gambar muka sahaja,separuh badan atau gambar penuh satu badan.
setiap 1 ORANG perlu ada 1 BLOG DAN 1 PENYERTAAN sahaja
Bagi kanak-kanak,ibu bapa buatkan 1 blog khas untuk anak mereka...
(TIDAK DIBENARKAN MELETAK GAMBAR BANYAK2,AUTOMATIK DISINGKIR!!)
7.Buat entri mengenai HANNAH TALENT dan sedikit penerangan mengenai contest ini.
8.Sebarkan contest ini dengan cara anda tersendiri.Pastikan di akhir ayat di blog anda tulis begini :
saya mengetahui contest ini dari blog :--------- (ini adalah penting,sila link kan URL blog tersebut)
9.Didalam entri anda juga perlu ada ayat yg backlink ke HANNAH TALENT.
10.Sila tinggalkan URL contest di page anda di ruangan komen dibawah.
11.Tarikh tutup :13 -01-2010
Jadi...jangan lepaskan peluang keemasan ini ok!

Gambar ni dihambek masa Seventeen/Clinique Makeover Party where I was one of the lucky 5 to win fashion makeover :) baju sponsor je ni cik kiah~ lepas tangkap gambar kena kasi balik~


saya mengetahui contest ini dari kawan saya Rahmah yang bagi link blog Hannah Talent
:D

Jom join kawan-kawan hotku sekalian~ X menang pon xpe~ Janji terai~ :)

10 comments:

  1. walahh~
    ko pn join jgk ek hehe.
    gudlak ye~

    ReplyDelete
  2. ok2..entri yg simple n pose yg bagus!

    ReplyDelete
  3. sur: nak join childhood photo contest x dop gmbr kanak2 di lappy :(

    HT: tenkiu~! :)

    ReplyDelete
  4. tira sangat tinggi~

    sokong jadi model...

    i'll be ur fan for sure...

    hehehe~

    ReplyDelete
  5. Salam..tahniah u dpt lucky contestant hannah talent tu

    ReplyDelete
  6. soffya: mekacih!! :D
    eyra: hehehe..tenkiu~ :P

    ReplyDelete
  7. haha...atirah...akk dah follow...nnt follow lik ekk...add link skali
    ok bye

    ReplyDelete