4.1.10

7 syarat.


Bile tengok Puteri Gunung Ledang letak tujuh syarat kat Sultan Mahmud Shah dalam movie Puteri Gunung Ledang (ye aku baru tengok. aku mmg soka peram cite lama-lama baru terhegeh-hegeh nak tengok) tiba-tiba aku terpike la pulak kan. agak-agak ape la aku nak letak 7 ciri-ciri bagi jejaka idaman aku (untuk mendonlod lagu jejaka idaman yg aku sedang layan sekarang, sila klik sini) mungkin dalam hati korang yg sedang membaca akan terngiang-ngiang; ohoooi~ ko ingat ko jelita sangat mcm puteri kayangan ke nak letak-letak ciri bagai hah?! fasha sandha pon xde buat mcm ko tau! Ye ye baek..yang rasa2 ada nak kutuk aku dlm hati sila tekan butang 'close' di kanan webpage anda ye; sebab aku punya blog, aku punya soka la nak tulis apa. haha.

  • good looking
Tipu gila la kalo korang ckp benda ni x penting; sebab 'dia' yg akan kita hadap hari-hari kan. Sure nak tengok bende menarik ye x? tapi xde la hensem nak mam macam jude law mahupun mustapha maarof; just elok pd pandangan aku je la. and of course; kalo boleh tinggi sket drpd aku

  • bijak
Bijak ni general word. Macam Einsteinkah? Bijak yg aku maksudkan adalah dr segi tau serba sedikit la pasal itu ini. Takde la bersembang asek tanye soklan "You dah makan? Makan ape? Sedap x?" Nak jugak berdebat pasal current world crisis ke; pasukan bola mana menang World Cup ke; baru berkembang sikit minda. Tapi yg suka cakap besar pon menyampah jugak. Pung prang cakap mcm dia cendekiawan setanding Usman Awang; tp habuk pun tarak. Seperkara yang aku perasan; if a guy talks less; that means he knows a lot more. Tapi mungkin itu hanya mencakupi lelaki2 yg aku kenal saja; dan ini pun hanya sekadar pendapat.

  • have a great sense of humour
Pada masa dan ketika yang sesuai. Kalo 24 jam nak buat lawak pak pandir pon tensen jugak kan. senang crita; yang boleh buat kita ketawa pada masa-masa down; moody; pms; dan lain-lain acara.

  • berkepemimpinan
Yang ni sure semua pompuan pon nak kan. Sebab tugas lelaki adalah memimpin/mengetuai dalam hidup seorang wanita di dunia dan hereafter. Haruslah juga bersifat decisive terutama di masa-masa crucial. Baru lah nampak macam knight yang menyelamatkan damsel in distress.

  • romantik tapi tak jiwang
Aku jenis yang geli dengan panggilan2 manja. Kalo dengar org lain cakap "Sayang" "Baby" sume tu lain crita; kalo sendiri yg panggil buleh berdiri bulu2 roma aku. Yang mengendeng-ngendeng mcm kucing siam gatal pon aku rimas. Pendek kata; yang x tunjuk sangat dia sayang, tp kita tau dalam hati dia macam mana.

  • not an actor
Macam mana kita kenal; macam tu jugak dia yang sebenar-benarnya. Takde la nak pakai topeng otromen semata-mata nak nampak diri macho di depan awek. Lama-lama tau jugak perangai sebenar.

  • respek seorang wanita
Macam dalam lagu Kopratasa, 'Kekasih'; betapa patut seorang wanita dimuliakan setaraf darjatnya. Tak ke sakit hati kalo ade jenis laki yang duk lepak atas sofa sambil jerit 'hoi2' kat bini di dapur yang tengah masak untuk dia makan. Respek itu penting; at least dlm diri lelaki awan-awangan aku.


Nampak seperti syarat2 ni lagi ridiculous drpd syarat 7 dulang hati kuman PGL; tapi tadi kata jejaka idaman kan. x semestinya wujud dalam dunia nyata. kebarangkaliannya menghampiri angka 0. Suka-suka nak tulis dalam blog buleh la; tapi nak mengharap jauh sekali. Diri sendiri pon banyak lagi kekhilafan :P

6 comments:

  1. beb...when u fall in love..trust me. sume ciri2, kriteria2 lelaki idaman sume dh ke tepi. haha. tp its gud to dream tho! :)

    ReplyDelete
  2. btul btul btul! (sokg rahmah haha)

    ReplyDelete
  3. hhahh!! aku suka y syarat ko!!
    beb..my frends ade share wif me..it quote from Oprah Winfrey..

    "if you are still single, but doenst meant u have to lower down your expectations!"

    :)

    ReplyDelete
  4. alamak..drop comments pon ade typo gak..sorry..mmg syndrom aku.. heheh..

    "aku suka 7 syarat ko!!"

    ReplyDelete
  5. peah: haha. thanx beb~!! <3
    orkid: benar sekali kata tuan hamba itu. haha motip guna bahasa baku lama xD
    sur: sokong rahmah jugak~ :P
    ojan: apekah ko ni ojan..haha xpe2 aku mahapkan ko.and yes oprah's right!! :D

    ReplyDelete