31.1.10

omona~!


Dah tersuka dengan oppa2 CN Blue ngan 2PM! :0

Sori abang-abang nippon; curang seketika~ :P
xpe x lama, kejap sajork....pas dah kureng suka ngan lagu Only You (lelaki2~ kalo nak awek korang tangkap leleh, nyanyi saje lagu ini ye. lol) & I'm a loner (olololo comel~ lagu kuciwa tapi muzik rancak~ hihi)

Photobucket

Wawawa~ Ryo frust menonggeng nampaknya...~ =P

29.1.10

perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum menjadi 22.


Kawan aku; Peah ngan Saf dah selamat menjadi seorang dewasa walopon masih nampak seperti kanak-kanak rebena uhuk. Aku hanya ada beberapa minggu lagi untuk:

  • Menyanyi lagu 2NE1 dengan penuh perasaan awet muda. Sebab nanti macam dah x syiok nak jerit "twenty one~ twenty one~" sambil terkinja-kinja dengan sikat a.k.a mic =.=;
  • Memakai baju Forever21 dengan lubang hidung kembang kempis.
  • Melompat-lompat ria tanpa tujuan. Selalu dilakukan di koridor2 pastu akan menerima pandangan 'wth' daripada rakan2. hu~
  • Makan aiskrim banyak2. Dah tua-tua elok kurangkan makan benda manis -__-"
  • Bangun lambat. Lepas ni kena bangun dengan lebih awal uhuhuhuh..
Wah. bosannya jadi orang dewasa~~ :0


p/s: nape banyak gila orang sama besday ngan aku? 13 feb hari beranak beramai-ramaikah? *curious*

27.1.10

aku juga seorang nuffnanger.

Suma orang sudah buat Nuffnang. Aku ja baru terkedek-kedek; terhegeh-tegeh mau buat. Terima kasih daun keladi buat peah. Blom jumpa la code yang satu lagi tu beb; huhuh. Tu la pelajar ICT tapi tido waktu kelas pengaturcaraan komputer :D

Lepas ni; pembaca-pembaca sekalian (aku ada pembaca ke?haha) tulun klik la ad2 nuffnang di blog aku. setiap klik akan memanjangkan langkah aku untuk ke puncak Gunung Fuji sebanyak satu tapak. Kalo aku berjaya pergi Jepun, korang yang klik buleh claim satu souvenir. Ngeh2.

26.1.10

confessions of a fangirl - pt 2

Dear Fangirlism,

I am sorry I dissapointed you. It's been a while since I've paid my utmost interest to you. The fact is, I never forget you. I wanted to download all new episodes of Cartoon KAT-TUN so badly. Then I wanna watch SMAP vs KAT-TUN, and spoil myself into Johnny's 2009/2010 Countdown Concert then drool on KAT-TUN's Break The Records concert. I'll save Bandage The Movie and Yamato Nadeshiko Shichi Henge for later. See? I'm pretty much still thinking about you. But what can I do? FYPism is driving me crazy. so does the stupid Internet Policy. And all the studies. I gotta somehow achieve my goal on getting CGPA of 3.5 or above; since because of you, I can kiss my hope of getting a first class honor degree an early farewell (T__T)
But I'm not blaming you.
Really. It's not you, it's me.
Maybe a little break would do me good.... ='(

...or should I just get a damn broadband and go crazy about you like the good 'ol days again?

as;xaskaq why the heck do i still love them no matter how ridiculous they look lyke?? D:

someday I'd look back and laugh about my stupid,endless devotion but till then.. <3

19.1.10

hindustan.


Tetiba malam ni mood nak layan hindustan plak. first off; tahukah anda bahawa perkataan 'Hindustan' adalah diderived daripada perkataan 'Hindu' (agama. kalo xtau pi wiki.) dan 'stunt' kerana babak2 di dalam cerita hindustan selalunya x sah kalo x dak adegan pukul yang bunyi "dush2" tu.

.
.
.
OK. aku tipu.

...korang percaya ke tadi? :P

Kesahnya aku mula minat hindustan ni lawak jugak la. Besa la, budak2 belasan taun kan. Hormon gedik menular di dalam diri. Buleh pulak la aku minat kat jiran sekampung aku yang perasan dia mamat hindustan. hahaha. asek2 nyanyi lagu 'Baadshah' la, 'Kuch Kuch Hotak Hai' la; macam2 lagi la. Sekali tu dia nyanyi lagu hindustan kat aku; trus aku tergoda. cepat2 pinjam tape pilem hindustan kat kazen pastu ulang tengok sepuluh kali sebab nak hapal lirik lagu. Last2 rusak dia punya tape, hahahaha babun sungguh. Aku siap ada skrap book; dalam ada koleksi gambar Shah Rukh hokey~ Punya la gila hindi masa tuh. Kalo dengar lagu yang 'aaaa~ aaaa~' je rasa melayang-layang. serius ntahpapa XD

Sekarang dah x bapa layan hindi; sebab banyak babak2 seksi ja; pastu ulang plot sama pat ploh kali D: bosan2. filem hindustan dulu2 gak yang best; kuch kuch hota hai, dil to pagar hai, chori2 chupke2, maan, etc.
yang paling best still devdas; 3 kali aku tengok 3 kali gak la aku nanges D':

korang yang dok gelak2 sindir post aku ni xyah nak tipu la...sure korang pon penah layan hindustan gak kan? kan??

17.1.10

kisah saorang model wannabe yang noob.

kul 3 lebey-lebey. 16 jan.

aku dah tunggang terbalik xtau nak wat apa bila tiba2 'ter'tengok' update HT dan 'ter'nampak' gambar aku ada 'ter'masok kat situ. buleh x, ngan muka berminyak-minyak sbb baru lepas buh krim jerawat, rambut serabai suma; aku ngan rahmah kalut2 pilih baju nak shoot sok. Sampai Subuh aku x buleh tdo. huhuh.

kul 8 lebey.

wah gitu. aku 'ter'bangun awal hari ni. bangga x kawan-kawan suma sebab aku bangun awal? hahaha. dalam kul 10 camtu, ojan ngan rahmah bawak aku gi medan gopeng. naseb ada tiket kul 11. aku pon naek la bas secara solo ke KL. x penah hokey, ni first time. gelabah giler pike sape nak amek aku kat pudu. abeh la suma orang aku mesej. Dalam kul 1.55 gitu la; tetiba bas berenti kejap. Serius kejap gila. Pastu pak cik bas tu cakap mende tah. aku kurang dengar. mungkin sebab x tdo semalam, otak jadi blur sebentar. pastu, bas gerak. masuk highway. HIGHWAY?! terus aku tanya orang sebelah.
"bang, bas ni nak gi mana?"

Orang sebelah wat muka tak percaya sambil berkata, "er. Seremban."
WAAAAT??! Tros aku berlari 100 meter ke arah pak cik bas mintak patah balik. harem dia nak patah balik. marah aku ade la. babun sungguh. terpaksa la tadah telinga dengar dier berleter sambil kalut tepon kawan aku yang tengah tunggu kat pudu. Bangang btol la rasa waktu tuh. Tak lama pastu bas brenti kat plaza tol Sg Besi. Pak cik driver yang tidak mesra alam soh aku lintas gi cari bas balik Pudu. bodo tol. sumpah aku x naek dah bas ko, pak cik. kata aku, dalam hati je. tetiba Kama mesej. sebab dah gelabah2,aku pon mintak tolong dia amek aku kat plaza tol tu. punya la kalut masa lintas tol nak pegi belah menghala ke KL. orang suma tengok je kan, apehal minah ni senget ke apa lintas jalan sorang2. naseb aku x mengalami sebarang kecederaan fizikal; walopon terkena palang tol yang last. hu.

Kul 2 lebey.

Kama ngan ayah dia sampai. Bersyukur gila aku. At least ada nampak orang yang dikenali. Pastu tros la naik nak gi cari Taman Tasik Perdana. Rupanya susah jugak nak cari tempat tuh. pusing2 tipa pat kali la kami dalam KL. lagi pulak aritu Sabtu, orang ramai nak mampos kat belah jalan TAR. Aku tengok jam, kul 4.30. dalam hati dah pasrah giler. Dekat kul 5 baru sampai taman tasik. Nyaman sebentar dalam kekalutan sebab tengok pemandangan yang menghijau. Dengan muka letih, berminyak, hitam kena asap suma; aku pon gi la jumpa orang HT. Sebab simpati kot ngan aku, derang pon soh la aku siap2 cepat. Ghopenye ada lagi yang tengah tunggu nak mekap; so lepak2 la kat dalam surau sampai kul 6 lebih baru siap mekap.

Kul 9 lebey.

Dengan jayanya, photoshoot selesai :D best gak ar maen2 pose syok sendiri. muahaha. naseb ada crew HT yang baek hati nak tumpangkan aku gi KL sentral. fingers crossed, tiket ketapi ada lagi. kalo x dak tu satu masalah besar jugak. huhu. naseb ada train kol 9.30 malam. naik la aku ngan sorang mak cik yang nak gi Bukit Mertajam. Henset pulak time2 ada charger kat umah x mau mampos, dalam train nak call Rahmah tolong amek jugak la dia nak buat hal. Terpaksa la pinjam kredit mak cik sebelah. huhuh. Dekat kul 1 baru train sampai kat stesen Batu Gajah, Rahmah ngan Sur dah tunggu kat luar. Melepek gila aku; sampai2 tros tido awal. Haha. kul 3 awal la bagi aku :P

Di kesempatan ini; nak tima kasih la kat suma orang yang aku dah susahkan. kalo xde korang memang lagi menyayat hati kisah ni..huhuhu. Rahmah, Ojan, Kama dan mak ayah beliau, Aya-chan, Dila, Sur, Zetty, Aimi, Farah, Lana, mak cik train, etc. etc. Tima kacih :)

16.1.10

OMG!

Ingat lagi x Hannah Talent contest aritu?
Seryes aku syok sendiri je. Langsung x terpike nak menang. Contestant banyak gilo kot; seratus lebeyh. Banyak yang lawa2 plak tuh.
So; aku x harap langsung nak dapat.

Memang aku x menang pon. huah3. expected :P

Tapi tetiba; dia nak kasi pree kat 20 orang len pulak; and I was one of them! :0 <- lama beliau mengipas diri; pastu tenyeh2 bijik mata tiga pat kali, kot2 salah nampak.
Ok xpe la. Pastu dia cakap shoot esok pulak dah. aloh. mati aku. kalo mcm masa dulu2 duk wangsa maju xpa la buleh nek tren gi tempat tuh. ni kat UTP. kul 2 plak tuh.

Camano? Patutkah aku pergi? D:

15.1.10

alhamdulillah.

result dah kuar. gpa DL :D
tapi cg blom. huhu xpe. akan diusahakan pada masa akan datang (akan datang? ade satu sem je lagi kot :P)

tetiba terpike kan; kalo la UTP kasik rm50 untuk setiap recipient DL, kan best. Baru la semangat sket nak strive for exam~ <- nampak sangat aku mata duitan. uhuh. then again,who doesn't?

Teringat plak masa zaman-zaman muda dulu (tuakah aku? aiyark) naif giler. naik teksi pegi Ipoh sebulan skali je; kongsi bayar satu teksi rm35-rm40. pastu beli benda2 keperluan macam sabun, berus gigi jerk. Sekarang? 4-5 kali ulang pegi Ipoh, x pon busuk2 seminggu sure kuar taman maju la; batu gajah la. kadang2 nak makan pon pegi jauh2. soru pon makin kureng menjelang pertengahan bulan sebab banyak beli benda2 x bermanfaat. kalo dulu waktu sekolah; 5 kupang tahan sehari (nasik telur bilis. berbaloi-baloi~) tapi skarang celah gigi je 5 kupang tuh...

tapi xpe. still alhamdulillah gak. bila bukak sok kabar je; x jadi nak komplen banyak2 pasal diri sendiri. sebab banyak lg org yg kesusahan dalam dunia ni. at least kita ada tempat tinggal; makan pakai suma cukup; okey la. Thank You Allah :)

12.1.10

Hannah Talent - "Ingin Menjadi Model?" Contest

Mau~ Mau~ \:D/

OK. Aku pun baru dengar pasal Hannah Talent ni. Lepas baca sket info dier; senang cerita HT ni tolong model2 sekalian buat portfolio. Tak tau macam mana yang dipanggil portfolio? Kalo korang tengok America's Next Top Model kan (yang x tengok buat2 paham je la ye.haha) ade macam satu fail yang derang ke hulu ke hilir bawak maser go-see tu; dalam ada banyak gambar2 kan; haa..tu la namanya portfolio. Senang la para klien nak tengok sejauh mana potensi ko pastu baru buleh cakap "you're hired!" macam donald trump. Tapi bukan murah oo nak buat benda ni; photoshoot suma nak kena pakai cameraman la; props bagai ye dop. HT charges RM250 for their portfolio. Sila klik di sini untuk pengetahuan lanjut mengenai photoshoot latest mereka :)

Tapi, untuk masa terhad ini sahaja; derang akan kasi FREE for one lucky blogger~ wao2~ i loyke~ xD

Kalo menang ni bapak best giler; buleh la ko kasi tau anak cucu cicit pada masa 40 taun akan datang;
"Ha..ni la gambar nenek zaman muda-mudi dulu. cantek x? cantek x?? kalo ko cakap x cantek aku lempanggggg kaoooo~"

er. ok. back to the topic.

lagi satu keistimewaan HT ni sebab dier fokuskan untuk model muslimah; so tak perlu lah nak bergambar seksi di dalam kolam renang untuk menjadi model, coz Muslim girls are hot too! \:D/
Selain girls, HT jugak menerima model dari range umur 0-50 tahun. Jadi, Ibu-ibu dan bapak-bapak semua yang ada di sini juga buleh la antar entry for babies dan kids derang. mak bapak nak tumpang sekaki dua masuk pon buleh jugak~

Syarat-syarat penyertaan :

1.Terbuka kpd lelaki,kanak-kanak dan wanita (bertudung sahaja)
2.Mestilah menjadi follower Hannah Talent di blog dan juga facebook.
3.Peserta mestilah mempunyai blog sendiri.Penyertaan tidak akan diterima jika menghantar gambar dan entri ke email kami.
4.Letakkan blog Hannah Talent dlm senarai bloglist anda.
5.Letakkan logo HANNAH TALENT diatas, di sidebar blog anda dan logo tersebut mestilah link ke Hannah Talent.
6.Letakkan hanya SATU gambar yang jelas dan anda beraksi cantik seperti model professional.Gambar tersebut mestilah gambar anda,bukan gambar orang lain.Boleh diletakkan gambar muka sahaja,separuh badan atau gambar penuh satu badan.
setiap 1 ORANG perlu ada 1 BLOG DAN 1 PENYERTAAN sahaja
Bagi kanak-kanak,ibu bapa buatkan 1 blog khas untuk anak mereka...
(TIDAK DIBENARKAN MELETAK GAMBAR BANYAK2,AUTOMATIK DISINGKIR!!)
7.Buat entri mengenai HANNAH TALENT dan sedikit penerangan mengenai contest ini.
8.Sebarkan contest ini dengan cara anda tersendiri.Pastikan di akhir ayat di blog anda tulis begini :
saya mengetahui contest ini dari blog :--------- (ini adalah penting,sila link kan URL blog tersebut)
9.Didalam entri anda juga perlu ada ayat yg backlink ke HANNAH TALENT.
10.Sila tinggalkan URL contest di page anda di ruangan komen dibawah.
11.Tarikh tutup :13 -01-2010
Jadi...jangan lepaskan peluang keemasan ini ok!

Gambar ni dihambek masa Seventeen/Clinique Makeover Party where I was one of the lucky 5 to win fashion makeover :) baju sponsor je ni cik kiah~ lepas tangkap gambar kena kasi balik~


saya mengetahui contest ini dari kawan saya Rahmah yang bagi link blog Hannah Talent
:D

Jom join kawan-kawan hotku sekalian~ X menang pon xpe~ Janji terai~ :)

8.1.10

mari memasak. part ii.

Kami sudah lebih maju ye selepas masak spageti sos Kimball. xkan hari2 nak campak sos je dalam kuali kan. Kaya la tokey Kimball camtu. Makanya, pada hari-hari kemudian; housemates mula bereksperimen dengan benda-benda lain seperti cili boh, bebawang, sesayur dan binatang2. So, terciptalah bermacam-macam lauk di dalam dapor kami; seperti kuewtiow goreng, nasi ayam, nasi lemak, asam pedas, etc. wao2~ bakal2 isteri yang cemerlang; gemilang lagi terbilang~ boleh up sket hantaran kawin ni $D

hari ni masak soto resipi turun temurun tok mah. aku, zetty, sur, saf, dan nisah sebagai penyebuk2 penolong2 yang tukang cuci ayam, potong sayur, buat bergedil bentuk bulan, bintang, segi tiga, oktagon dan pentagon, macam ni:

kanak-kanak ribena sedang bermain play doh di taska ria~


last2 bergedil jadi berdegil. suma jd bulat balik lepas goreng. lol.



lepas potong daun sup, carik2 isi ayam, masak sup dan potong nasi himpit; jadilah soto tok mah~ yeay~ \:D/


Antara yang menjayakan majlis makan beradap. couple 1: sur dan keane


couple 2: nisah dan daud

lesbian couple 1: aku dan zetty. huahah.


couple 3: rahmah aka tok mah dan ojan.


couple 4: remy dan saf - missing in action? lol.


Itadakimassss~! :D

6.1.10

ada apa dengan jenama?


"aku pakai beg Louis Vuitton."

"kasut aku Monolo Blahnik tau."

"muka aku tak tahan mekap murah macam Elianto ko. Sebab tu aku pakai Lancome."

So what?! Ade aku kesah?
Lantak la ko nak pakai cap ayam ke; kambing ke; tapi x perlulah kot nak jaja cerita macam ni. Kalo ko cakap ko pakai semua range SK-II yg rega 700++ sebulan pon; berlambak lagi orang kat luar sana yang pakai benda sama. Nak bangga apanya?

Aku paham kalo ada orang yang brand conscious; sebab selalunya barang ori ni kualiti dia memang bagus. Ye la; PVC contohnya kalo gilap macam mana pon xkan boleh sama taraf dengan kulit. Sebab tu la rega ratus2. Lagipun, kalo pakai barangan branded, ko akan rasa lebih konfiden. Ini memang betol. Sebab aku pon penah la rasa pakai sekali dua (tu pon dengan baucer. uhuk); memang best bila baju yang ko tengok kat majalah misalnya, tersarung di badan.

Tapi aku x brape paham kalo ade orang nak kutuk2 orang yg pakai jenama 'biasa' atau yang xde jenama. Itu kehendak dan kemampuan masing2; bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri (ye aku nak masok jugak peranan munshi aku) Mana ko tau dia nak simpan duit nak pergi melancong ke, nak kawin ke, bla3 ke. Dan FYI, banyak jenama yang claim 'Made in Italy' tapi hakikatnya 'Made in Bangladesh/China/Thailand' sebab nak turunkan labor cost. So x perlulah berbangga-banggaan.

ZzZzz.

4.1.10

7 syarat.


Bile tengok Puteri Gunung Ledang letak tujuh syarat kat Sultan Mahmud Shah dalam movie Puteri Gunung Ledang (ye aku baru tengok. aku mmg soka peram cite lama-lama baru terhegeh-hegeh nak tengok) tiba-tiba aku terpike la pulak kan. agak-agak ape la aku nak letak 7 ciri-ciri bagi jejaka idaman aku (untuk mendonlod lagu jejaka idaman yg aku sedang layan sekarang, sila klik sini) mungkin dalam hati korang yg sedang membaca akan terngiang-ngiang; ohoooi~ ko ingat ko jelita sangat mcm puteri kayangan ke nak letak-letak ciri bagai hah?! fasha sandha pon xde buat mcm ko tau! Ye ye baek..yang rasa2 ada nak kutuk aku dlm hati sila tekan butang 'close' di kanan webpage anda ye; sebab aku punya blog, aku punya soka la nak tulis apa. haha.

  • good looking
Tipu gila la kalo korang ckp benda ni x penting; sebab 'dia' yg akan kita hadap hari-hari kan. Sure nak tengok bende menarik ye x? tapi xde la hensem nak mam macam jude law mahupun mustapha maarof; just elok pd pandangan aku je la. and of course; kalo boleh tinggi sket drpd aku

  • bijak
Bijak ni general word. Macam Einsteinkah? Bijak yg aku maksudkan adalah dr segi tau serba sedikit la pasal itu ini. Takde la bersembang asek tanye soklan "You dah makan? Makan ape? Sedap x?" Nak jugak berdebat pasal current world crisis ke; pasukan bola mana menang World Cup ke; baru berkembang sikit minda. Tapi yg suka cakap besar pon menyampah jugak. Pung prang cakap mcm dia cendekiawan setanding Usman Awang; tp habuk pun tarak. Seperkara yang aku perasan; if a guy talks less; that means he knows a lot more. Tapi mungkin itu hanya mencakupi lelaki2 yg aku kenal saja; dan ini pun hanya sekadar pendapat.

  • have a great sense of humour
Pada masa dan ketika yang sesuai. Kalo 24 jam nak buat lawak pak pandir pon tensen jugak kan. senang crita; yang boleh buat kita ketawa pada masa-masa down; moody; pms; dan lain-lain acara.

  • berkepemimpinan
Yang ni sure semua pompuan pon nak kan. Sebab tugas lelaki adalah memimpin/mengetuai dalam hidup seorang wanita di dunia dan hereafter. Haruslah juga bersifat decisive terutama di masa-masa crucial. Baru lah nampak macam knight yang menyelamatkan damsel in distress.

  • romantik tapi tak jiwang
Aku jenis yang geli dengan panggilan2 manja. Kalo dengar org lain cakap "Sayang" "Baby" sume tu lain crita; kalo sendiri yg panggil buleh berdiri bulu2 roma aku. Yang mengendeng-ngendeng mcm kucing siam gatal pon aku rimas. Pendek kata; yang x tunjuk sangat dia sayang, tp kita tau dalam hati dia macam mana.

  • not an actor
Macam mana kita kenal; macam tu jugak dia yang sebenar-benarnya. Takde la nak pakai topeng otromen semata-mata nak nampak diri macho di depan awek. Lama-lama tau jugak perangai sebenar.

  • respek seorang wanita
Macam dalam lagu Kopratasa, 'Kekasih'; betapa patut seorang wanita dimuliakan setaraf darjatnya. Tak ke sakit hati kalo ade jenis laki yang duk lepak atas sofa sambil jerit 'hoi2' kat bini di dapur yang tengah masak untuk dia makan. Respek itu penting; at least dlm diri lelaki awan-awangan aku.


Nampak seperti syarat2 ni lagi ridiculous drpd syarat 7 dulang hati kuman PGL; tapi tadi kata jejaka idaman kan. x semestinya wujud dalam dunia nyata. kebarangkaliannya menghampiri angka 0. Suka-suka nak tulis dalam blog buleh la; tapi nak mengharap jauh sekali. Diri sendiri pon banyak lagi kekhilafan :P

2.1.10

cause we are living in a material world.

peah soh aku update blog. tapi dok pikir2 nak update hape; xde la plak bende menarik yang berlaku sepanjang minggu. sume bende2 boring je. dah masuk taun baru pon x terasa sebab hidup aku bese2 je. haha.

tetiba dengar lagu from OST Moulin Rouge, 'Sparkling Diamond' nyanyian Nicole Kidman (voice dier buleh tahan. lagi best drpd britney spears. but owh wait; every singer in the planet pon sore lg better dr britney wat. haha.) Lirik memang x buleh belah. "A kiss may be grand, but it won't pay the rental on your humble flat" Hmmm..betol gak tuh. Duit x buleh beli cinta; tapi duit boleh beli almost everything except cinta; laptop baru, jeans, tiket kapal terbang, kereta, bla3 (uhm..macam tau je wishlist sapa nih..) tapi cinta? satu benda yang abstrak; kadang2 tak tau samada kita ada ke tak. Kalo duit, sah2 depan mata nampak kalo ada kan. Therefore, wouldn't that makes money far more better than love? lol xD

according to a research, materialism leads to unhappiness and anxiety. contohnya la kan; kalo korang main saham kat bursa saham. duet dah tentu-tentu la banyak kan. tapi happy kah korang? makan x kenyang tido x lena sebab takut saham jatuh and economic crisis '97 berulang kembali. kadang2 sampai bunuh diri pon ada sebab stress. Orang kaya pon sama jugak. Macam best je boleh naik Jaguar, pakai jet peribadi, beli footbal club semua; tapi bodyguard pon makin bertambah. keta suma kena kalis peluru. kalo buleh mase tido pon nak pakai sut bulletproof; takut nnt kene rompak. x ke susah hidup?

One quote suggests : "Most people seek after what they do not possess and are thus enslaved by the very things they want to acquire." Keinginan akan sentiasa bertambah dan takkan pernah habis. even the richest people in the world pon kalo tanya derang "ada x nak apa2 lagi?" sure derang ckp 'ye'; sebab keinginan ni seperti mencurah sebaldi air dalam kawah gunung berapi; tak boleh nak padamkan maraknya (er. sila jangan cari peribahasa ni dalam kamus dewan. munshi baru cipta; blom approve. haha)

cukop la tu kot aku bebel2. puas ati ko skang, peah?! haha. pendek kata; duit tak mampu membeli benda terpenting dlm hidup yakni kebahagiaan. jadi jangan fokuskan kehidupan pada kebendaan je :)

p/s: still; aku perlukan tiket kapal terbang untuk ke jepon. ada sesapa x yg terharu dengan post ni and wants to give up his/her money? :P