22.11.09

[shocking!] huduh vs lawa - part 2

Ingat tak aritu aku ada bagi satu website khas untuk orang yang kunun2 lawa/hensem?


Rumate telah mencabar aku letak gambar sendiri kat website ni.Makanya for the sake of kajian, aku pon menerai la letak gambar kat situ. Haha.

Langkah-langkah kajian : Isi borang dan letak gambar. Lepas korang upload gambar, derang akan bagi masa 48 jam for member2 kat situ (yg berlawanan gender) untuk vote. Kalo lepas 2 hari tu ada orang vote 'yes'; maka jadilah korang member orang2 lawaDANBUDUS.com

Nak tau sebab apa aku cakap BUDUS??!
Sorang mamat ni, nama dia RICHARD-NICOLAS François tetiba kasi mesej. Berapi gila aku bila baca D<
"Take off your stupid islamic veil! It makes you ugly."

Mengucap panjang aku. Kalo mamat ni depan mata mau saja aku tampar dia D:
Bodoh gila x? Hak aku la nak pakai tudung; ko sapa tetiba nak flame?? Ada ke aku kutuk2 agama ko??! Macam ni ke orang-orang yg konon lawa?! Boleh pegi mampos la ko ngan perasaan perasan ko tuh! Trus aku delete akaun. Buat buang masa dan tenaga je layan orang tak bertamadun.

To this Richard guy, you're not only insulting me; you're insulting the whole Islamic female community. Please be careful on your words and think with you head (not your heart) before commenting anything. Religion is not a joke. At least not to me and my friends.

And FYI, website ni serius ntahpape. Aku konon nak siasat la sejauh mana lawanya org dalam tuh. Harem tak. 90% perasan je lebih. Pose suma seksi macam babun. Siap ada yang letak gambar artis. And most of the conversations? So immature and uneducated.
Berdasarkan website ni; apa yg aku boleh simpulkan hanyalah BEAUTIFUL PEOPLE = STUPID PEOPLE.

Sekian



18.11.09

update.

Rumate soh aku update blog. Tapi aku tatau nak update ape. Haha. Copy paste lirik lagu je la.


Bawalah daku bersama mu
Ke alam baru yang indah
Usah kau biar hati ini
Meratap berduka kesepian

Berikan daku pengharapan
Membina cinta yang suci
Padamu jua ku curahkan
Kasih sayangku yang abadi

( korus )
Ku ingin di sisimu
Di belai tiap waktu
Tanpamu ku sepi
Merindu menanti
Ku mengharapkan dikau kembali

Kenanglah daku di hatimu
Seindah waktu bertemu
Bawalah daku bersama mu
Menempuh jalan yang bahgia

( ulang dari korus )

[link]

Aritu masa gi beli makanan goreng kat v5 kafe, derang pasang lagu Sinar fm. Pak cik yg goreng nasik goreng lada hitam tanya; Sape yang nyanyi lagu ni? Kalo pandai nasik dapat free. Haha. Aku masa tu tatau. Maka rugi lah aku pat ringgit dua kupang hari tu. Sebab lagu tu memang best; aku pon Google la..
Tau sapa nyanyi? Azean Irdawaty rupanya. tatau plak dier penah nyanyi. Sedap plak tuh. Baru nak tekan muat turun. tetiba kuar paparan huduh "Internet Policy Violation" lagi. Nak menyumpah ITMS pon dah tak lalu. Bukan derang nak wat pape pon D:


p/s: Aku pelik betol. Apsal kalo ada orang cakap "Jom gi Ipoh", maknanya "Jom gi JJ"? Xde benda menarik lain ke kat Ipoh selain Kinta City? shopping? tgk wayang? Bosan ~___~

17.11.09

traditional dresses are lurve.

With all brand-name dresses marching down the runway, I still think that traditional dresses hold their own significance and beauty; even after so many decades of modernization.

@ qipao/cheongsam

I think that every girl (especially the one with voluptuous curve) will look super sexy with this traditional wear. it's interesting to know that the original version was actually loosely fitted. Qipao's transformation is so tremendous, you could even see ball gown version of qipao now.

love the 2008 chinatown collection by somerset bay :)

@ ao dai

This vietnamese traditional dress is totally feminine and soft.Purity and delicacy of a woman is captured so beautifully. And girls there actually wear this dress to school. (compare that to our uniform T.T)

taken from the star travel article

@ yukata

The lighter/summer version of japanese kimono. In case you haven't learn on how crazy I am towards this outfit; please check my wishlist items xD If qipao = sexy; and ao dai = grace; yukata totally screams kawaii to me. Plus, we can choose thousands of patterns and colors. Wanna buy~ 8D

Even Blythes wear yukata!

@ kebaya

No one can deny the beauty of our kebaya. Whether it's nyonya kebaya, kebaya Perak, Selangor or baju Riau Pahang; made from cotton, songket, or silk, it is our national pride! :D <3

Kebaya Songket


p/s: Just realized that all the dresses are from asian countries xD asian girls are pretty just lyke their dresses~ :)


15.11.09

:-)


Sorry. I don't deserve you.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I deserve better than you.

mintak maaf.

Kalau-kalau aku ada:

- sakitkan hati ko.
- mengumpat/bergosip pasal ko.
- hutang ngan ko tak bayar lagi (kalo ko teringat cakap la. x yah malu2 kucing. aku je yang layak malu2 kucing. haha.)
- menyindir ko walaupun aku tak perasan. kadang2 tersarcastic.
- pau duit/barang/makanan ko.
- ignore ko. mungkin aku bizi @ xde mood @ merajuk gedik @ tengah bengang.
- kepochi pasal hal ko.
- buat muka ngan ko.
- tolak pinangan ko..opss...yang ni takde :P

yang baik tu datang daripada Allah S.W.T, yang buruk tu drpd kekhilafan aku sendiri.

selamat menjawab exam, best of luck minna! ;p

p/s: ni rumate aku tulis checklist n tampal kat dinding bilik:

Mulakan dengan Bismillah :)

- Alat tulis
- Calculator
- Exam Slip
- Kad Matrik
- Doa

Bagus sungguh beliau..xde la tertinggal barang lagi dah (highlight kt diri sendiri. lol) buleh la praktikkan jugak kalo korang pon ade penyakit lupa :D

13.11.09

huduh vs lawa.

Research yang dibuat oleh aku (research la sangat) telah menunjukkan bahawa dengan meletakkan gambar lawa yang diphotoshopped beratus kali utk menghilangkan cela, memutihkan kulit dan persekitaran adalah lebih afdhal untuk mendapatkan ramai kawan di fesbuk. yang ntah dari mana-mana datang pun tetiba add. selepas beberapa lama subjek2 diperhatikan; pemboleh ubah yang dimanipulasi iaitu profile pic FB pun ditukar kepada gmbr selipar huduh. Keputusannya, terusss menjunam kadar friend request aku ok~

Kesimpulan drpd eksperimen fesbuk, belajarlah photoshop jika anda mau lebih ramai kawan yang tidak dikenali :D

Buleh la jugak mencilok gambar-gambar org lawa pastu upload kat fb. tp itu namanya ko blom blajar corporate ethics dengan KKA. lagipun cam bodo je upload gmbr org lain. x pasal-pasal orang tuh dpt publicity free (sedang blaja SBE bab promotion. lol)

Oh bukan. kesimpulannya, orang memang memandang rupa ok. tipu gila la kalo nak cakap "don't judge the book by it's cover". Kalo x apsal ada pertantingan ratu cantik? pertandingan ratu huduh xde pon?


Still x caya? Abes tu camne buleh wujud website seperti ini? http://beautifulpeople.com/
WARNING: Jangan klik jika anda rasa anda x lawa/hensem..hahahahahaha

Dan jugak produk2 kecantikan macam ni:
haaa..yang ni sapa2 yang ada hidung penyek buleh pakai tetiap malam masa tido. confirm pastu hidung jd mcm karina kapoor/shah rukh khan 8D


yang ni plak pelekat double eyelids. nak bagi mata sepet nampak ala2 kuyu macam penelope cruz gitu~ aw~


In my opininion, x salah nak berusaha untuk cantik. like helena rubinstein cakap "xde pompuan yang x lawa; cuma ade pompuan pemalas je" (ditranslate. xkan minah ni tetiba cakap melayu broken plak kan) tapi yang utama; kena cantikkan peribadi jugak. muka huduh perangai lawa lagi seratus kali baeeek dari muka lawa tapi perangai macam ____ (sila isi sendiri) :)

12.11.09

huaaa.

x maw blaja lagi dah!! D':
padahal baru aritu cakap nak sambung Master. sangat tidak istiqamah =.=


Sangat susah maw setadi bila lepas abes intern ok. Satu sem dok lepak2 dalam ofis ber air-cond; otak dah jadi lemau2 disebabkan air air-cond yang terkondensasi; silap2 lumut hijau pon ada dlm medula oblongata. tu belom masuk anasir2 luar seperti internet, muvee dan sebagainya. (alasan memang banyak.ade lagi 10 aku boleh bagi. huahah)

Tapi kalo aku x maw blaja nak jadi apa? nak kawin orang kaya mcm dalam cite pisau cukur? xde org maw. haha.
masuk rancangan ni agak-agak buleh x? :D
http://malaysiandreamgirl.tv/
agak jakun bila terjumpa URL. mcm mana aku yg tv-addict buleh terlepas tgk cite ala2 malaysian ANTM ni??? D:

x yah susah2 bukak buku. mekap tebal2; pakai baju lawa2. photoshop la jerawat sket2 tu kan; x de orang perfect dalam donia ni :P

OK! Strike a pose!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

er..ok..mari setadi lah (-__________-)"

4.11.09

tidakkah anda prihatin?

Pada tarikh 3 November 2009; kira-kira jam 2.45 or so la..seorang pelajar UTP telah dilanda malang yg bertimpa-timpa. Beliau pada mulanya hanya mahu meletakkan kenderaan beliau di depan kafe v5 untuk beberapa ketika; kerana tempat tersebut mmg kawasan larangan parking. Oleh kerana takut disaman, beliau pun membuang la pelekat student UTP kaler oren tu..konon2 nak nampak mcm org luar la (padahal pakai 'P'. lol.) maka pakgad mungkin akan merasa belas kasihan dan memandang sebelah mata sahaja kesalahan beliau.

Tetapi, sangkaan beliau meleset sama sekali *sila pasang lagu Wajah - Jaclyn Victor sekarang*

Malang sekali, beliau telah menerima 2 saman sekaligus. Satu kerana meletakkan kenderaan di tempat yg tidak sepatutnya, satu lagi kerana tidak mempamerkan pelekat oren (mungkin pakgad telah men'stalk' beliau semasa beliau cuba membuang pelekat tersebut. mungkin juga pakgad ragu2 dengan status 'P' kereta beliau)

Tidakkah anda tersentuh setelah mendengar cerita sadis beliau? First time kene saman trus dua lai..tadi keluar UTP pon beliau lupa nak bawak kad matrik, naseb baek x kena saman kali ke-3..ish3..

..nampaknya beliau masih terkejut dengan insiden sebentar tadi..

Usul drpd mangsa sendiri, beliau kata kalau budak-budak ITIS derma sorang singgit kat beliau, makanya akan cukuplah duit untuk beliau bayar kat sekuriti...

Tidakkah anda prihatin? Salurkan bantuan anda sekarang.

3.11.09

ryo chan sudah tua.

Heppy Besday yg ke 1/4 abad to Ryo Nishikido~!! \:D/

Photobucket

Photobucket

Photobucket

ade ke dia keysah? huahah xD


p/s : dalam perkembangan laen; pembelajaran IB (bisnes antarabangsa) aku masih tidak ade perkembangan =.= boring tol la blaja waktu2 stadi week ni. aku ptt tdo je waktu2 camni. mcm aku x tdo je waktu2 laen D:

2.11.09

muvee + random.

WARNING: Spoilers for 'Jennifer's Body'

went to watch muvee with bffs last saturday (yg tiada dlm gambar:farah,zet,aimi,adek aimi,dila) badan jennifer nama ceritera nya. muvee ni agak overrated aka indah trailer dr full story gak r..tp aku rasa half of the audience x keysah pon. sebab musabab derang nengok cite pon sebab megan fox. betol x? betol x? sape leyh tahan godaan si megan tu weyh..sore, body language, renungan ala2 manja... ok stop sounding lyke a lesbo. back to the the story. as i was saying, cite ni macam x caya je ditulis oleh scriptwriter "Juno" yg menang byk award tuh. part yg sepatutnya seram buleh plak dier wat lawak bodo kan (eg: dah kena tikam baekk punya sampai tembus berdarah-darah, buleh plak si megan ni tanye "got tampon?" D: x ke mcm har namanye tuh?) em..mungkin sebab pengarah la kot..aku just ska part last yg mse si needy bunuh bdk2 band Low Shoulder. Sarcastic and artsy xD

tapi kan...aku agak kuciwa la ngan industri filem skang ni..x keysah la hollywood ke, bollywood hatta malaywood sekalipun.. terlalu byk unsur2 seks dlm plot cite. sampai aku terpike; filem ni nak jual cerita ke jual badan actor/actress? part2 yg xde kena-mengena ngan storyline pun nak masukkan sebab konon2 nak kasi box office. lawak lucah mmg toksah cakap la; mcm dah wajib plak dlm setiap ceta. mungkin ceta kartun/animasi je la kot yg xde;kalo ade gak dalam upin ipin misalnya, aku x tau nak cakap ape dah la =.=

last week before final exam~ gila cepat masa berlalu ye. x lama lg exam, pastu cuti yg x brape nak cuti, pastu masuk balik FINAL SEM (woot~ rsa cam kembali ke zaman otai pom 5 plak~) pastu pre-EDX, pastu oral presentation lagi, pastu final exam lagi, pastu; pastu..ZzZzZ...lambat jugak lagi mau grad..

aku jumpa ni kat kafe v5 maser mkn aiskrem.

hahahahahahahahahahahahahahahhahahaa *bangga bangga* join la kelab tarian aku weyh. xD