23.6.09

mari berzorbing.

Ok. Plastik bulat yg gabak di belakang tu namanya zorb. Kot. Sebab aktiviti yg dilakukan menggunakan benda ni dinamakan zorbing. Maka, aku andaikan benda ni zorb la.
Sebab kalau paraglider, aktivitinya paragliding.
Kalau parachute, aktivitinya parachuting.
Kan? :P

Sesapa yang kenal aku sure tau yg aku ni x brape adventurous sgt. Jadi, janganlah diharapkan aku akan berada di mana2 camp site, gunung2 mahupun selat2. Tetapi, memandangkan intern akan berakhir dalam masa beberapa minggu lagi, dan malangnya pulak zorb tidak wujud di seri iskandar dan kawasan yg sewaktu dengannya, aku pun buat2 la berani masuk benda ni.

Masuk2 dalam, gilo panas. Mcm berada dalam oven pada suhu 150 darjah celsius :0
Aku cadangkan install air-cond dalam zorb di masa hadapan. Kipas berdiri pun boleh jugak.

Dalam tu kena pakai benda alah yg slalu dipakai kalau nak terjun bangunan/bungee jump/buat keja gila mcm kitorang tgh wat. Owh, aku ngan lana first batch yg terai dry zorbing di kalangan kitorang.rin,matpi,pedot ngan pisang hanya mampu melihat dengan pasrah. Wet? No thanks~ pengalaman lemas maser kecik tu dah cukup traumatik >.<


Masa derang nak lepaskan bola tu,aku cuak giler; terus secara spontan aku jerit

Aku : I love you, Lana!!!


Lana : I love you too!!!!


Dan bola pun bergolek-golek. Mula2 syiok. X sampai 5 saat, terus zorb itu mengganas. Berpusing-pusing ntah bape kali aku x sure. Kaki aku plak ter’slip’ drpd “selipar” which supposed to hold my feet in place. So kaki aku pun turut sama berpusing-pusing dengan sadis. Nasib baik x tersepak muka lana, hahas.

that's us inside the ball, screaming our heads off :P

It was the craziest, longest 20 seconds of my life, but hey, I zorbed! Done it! Not many ppl can say that,rite? \(^^)/

Senyuman meraikan tangan, kaki masih berada di tempat yg betul. ngahaha. Got bruises here and there, tapi memang sangat2 besh! =3

2 comments:

  1. xpth ke tulang ko trex?hakhak!! XD

    ReplyDelete
  2. dija : ngahaha. naseb bek x patah. kalu aku naik yg 2 minutes ride mungkin la :P

    ReplyDelete