25.2.09

..i miss real talents

Listening to dean martin’s songs and I couldn’t help but to wonder, why is that the ‘oldies’ singer has this certain aura around him that is so captivating. Even when the recent singer tries to copy him, his voice is still the best. Same goes with Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. No one could ever replace his poise.

*sighs* It’s a human custom. We’re only going to appreciate one’s loss when they’re already gone.

tag?

Here are the simple rules :

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 7th folder of photos.
3. Go to the 7th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite 7 friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged


Di dalam sebuah folder yang dinamakan khas sebagai "Ryo~", letaknya gambar ini yang bagi saya amat comel atau kawaii sekali *membuat suara gedik kyaaa~* tidak tahu lah yang mana satu lebih comel, si beruang teddy atau jejaka Osaka ini. Tak mengapalah,dua-dua pon comel ^^

Rasanya tidak perlulah saya men'tag' sesiapa lagi memandangkan Cik Suraya sudah menyenaraikan nama-nama yang patut disenaraikan.. =)

p/s: Still guna bahasa baku sebab 'spirit' PGL blom abes. haha.

Puteri Gunung Ledang - The Musical


* Review yang ni aku buat ayat ala-ala bahasa Melayu baku...sebab teater punya pasal,ayat juga mau baku gitew~ aw~

Kali pertama mahu menonton teater, saya kira patutlah kalau berbelanja lebih sedikit, lalu saya dan Lana membeli tiket Perak. Lagi pula, teater yang ingin ditonton bukan sembarangan teater. Teater ini mengenai lagenda zaman kanak-kanak saya yang sudah dihafal sekian lama, teater ini lambang kisah cinta rakyat Melayu dahulu kala. Cerita tentang kisah cinta agung Sang Puteri dengan Tuahnya.

Memang benarlah bagai yang digembar-gemburkan ramai pihak, teater ini melangkaui segala imaginasi yang bermain-main di minda penonton saat mereka pertama kali menjejakkan kaki ke ‘bumi’ Istana Budaya. Reka letak propnya sahaja sudah mampu membuatkan kami terkedu dan bertanya sendiri, berapa lama agaknya masa yang diambil untuk mereka dan membuatnya? Prop yang paling dikagumi, saat Puteri menaiki kapal layar dalam usahanya mencari cinta nun jauh di seberang laut. Efek yang digunakan juga membuatkan teater ini tampak lebih ‘hidup’ dan magis. Bagaimana mereka mampu meng’hilang’kan watak-watak dan menjelmakan mereka semula dalam sekelip mata, itu masih kekal menjadi misteri.

Dari segi lakonan, memang setiap watak dihayati dan dibawa dengan 100% konsentrasi. Tiara dan Stephen memang sudah dijangka dapat menghidupkan Gusti Puteri dan Laksamana Hang Tuah dengan jayanya. Saya tertarik dengan watak Bayan yang sangat jujur ekspesinya, terutama di saat beliau ingin menamatkan riwayatnya sesudah dihukum oleh Gusti Adipati. Babak paling digemari, sudah pastinya saat pertemuan Puteri dan Hang Tuah di puncak Majapahit, bersumpah dan berjanji setia untuk saling menyayangi sehingga ke akhirnya. Bak kata Gusti Puteri, “Adinda akan menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama.” Sungguh indah dan berseni susunan ayat orang-orang dahulu kala.


Jika ada perkara yang kurang elok mengenai teater ini, ianya tentang alih bahasa yang kadang-kadang tidak mengikut rentak suara para pelakon. Penonton yang bukan berbahasa Melayu mungkin agak sukar menghayati emosi mereka dek kerana kekurangan ini. Diharap produksi yang akan datang dapat membaiki kepincangan tersebut.

Secara keseluruhan, saya tabik warga kerja PGL The Musical Musim Ke-3. Terima kasih untuk teater pertama saya di Istana Budaya yang langsung tidak mengecewakan. Anda telah berjaya mengangkat martabat teater Melayu di persada antarabangsa. Syabas!


22.2.09

nape weekend slalu pendek ek?

Sabtu 14.2.2009 - Hari Kesedaran bagi Orang2 Single disambut ngan Rahmah,Ojan,Jared dan sistah beliau,MJ. Gi Bijou Bazaar kat Mont Kiara, Wondermik, and.. D'Tomyam? hoho. Great day guys,Happy Single Awareness Day! :D



Ahad 15.2.2009 - Housemates men'surprise'kan aku ngan membawak ku ke Cheng Ho. Suruh belanja plak tuh uhuhuhu T.T But thanx Saf for 'belanja'ing us all! Thanx all, love you guyz~ <3


15.2.09

makeover lagi?

Went to Pavilion last week for yet another makeover =P
Pertama kali I pergi u ols...teruja gitew..ahaks..
Quite a nice place I must say..but so mahal lah! Boleh kira ngan jari kedai2 yg boleh masuk (nose,bata,jCo..food court..haha) yg len tgk kat luar je....huhu
anyway, since Pavi's celebrating its anniversary, the decoration there is superb~! Some of the decorations :



Sakura~ boleh la perasan2 macam dok kat Jepon jap.. :D
Ok~ back to the story..pas pusing2 beberapa ketika di dalam Pavi (aish~ nape la org ske wat mall besor2..wat kecik2 sket kan senang nak cari kedai)

Pas jumpa Clinique, lama gak aku di'lecture' oleh org Clinique.


"Your pores are clogged! Shud use make-up remover properly~"

"Use sun-block or else you'll see the damage when u get older~"
"Use foundation so that the dirt will trapped on the foundae, not on your skin"

ye, baiklah.
(-__-")

Then there are r lyke hundreds of products yang derang rekemen..but since I only got rm30 voucher, ended up buying their pore minimizer mask ^^

makeup remover -> cleanser -> mask -> makeup!

The steps I went through before the makeover~ Letih gak r tunggu situ lelame..dah r pkai mask depan2 org ramai tu kan..putih melepak macam geisha pencen aku kat tengah2 tu huhuhuhu..
Makeover time is finally here~! :D

Before:

After! :D
giler fake senyuman~:P btw, thanx to Kak Sally and Clinique team~!! lovely job guys~ *cheers* Pastu,bermula lah sesi fotografi yang dijayakan sepenuhnya oleh sape lagi kalo bukan CIK LANA~ But quite x puas ati bile masuk Parkson nak tangkap gambar,tp kne marah wuwuwu sedih~ T.T siot je pak gad tuh.What's the motive of the restriction anyway? Maybe dier bajet aku ni orang Suria KLCC kot..nak tangkap gambar utk curik idea derang. Cet, bajet bez~
But kudos to Lana yang berjaya mintak kebenaran utk bergambar di Acca Kappa~ haha mantop~
Next up : Bodyshop makeover courtesy of Rahmah~ yay~ \:D/

13.2.09

21...

Eppy besday to me~! Dey say it's the year of 'big key'..Hahas~
Thanx to all da lovely wishes~ :)

da 1st 'present' yang aku dapat made me go all wet and grumpy.

sume salah 'Cleo'! They should just mail the gift la..wai have to go all the way to citibank...tu pon naseb baek aku duduk kat KL. buatnya aku duduk Sarawak xkan la nak tempah tiket kapal terbang semata-mata nak amek hadiah lipstick sebatang..haih~

Dah la kaler x bez, wat penat je aku g amek..(gila x bersyukur dengan pemberian orang...ish3..)

anyway Happy Single Awareness Day besok~ <- buat org yg single je la. duh!

6.2.09

politik?

sudah-sudah la tuh cakap pasal politik. kat umah bukak tv politik, kat opis pon cakap pasal politik. bukak gtok pon orang sibuk2 wat status politik.

Ada apa dengan politik? Bagi aku x kisah la Pas ke, BN ke, Keadilan, Demokrat mahupun Republikan, sumer orang ada satu sifat x baik dalam diri bile masuk politik. Nama sifat tu ialah greed atau ketamakan. Sejak dari zaman anak Nabi Adam lagi Tuhan dah tunjukkan. Orang ni sampai sanggup berbunuhan sebab harta dunia. Akhirat dier dah x ingat. ape la nak jadi...haih..

Lepas masuk 21 tahun karang aku tak nak register mengundi. biar la orang nak kata tak menghargai demokrasi ke apa ke.

politics is too dirty to be involved in.

5.2.09

..dan sebenarnya

Aish ni sumer cik saf punye pasal. Beliau telah membukak sebuah lagu yang agak2 sedap pada gegendang telinga aku pada suatu malam yang hening (nape entry aku berbunyi seolah-olah permulaan sabuah novel?)

Setelah itu, aku pon mem'pass'kan external harddisk ku kepada beliau untuk mendengar lagu2 sebuah band bernama 'Yuna' ini dengan lebey layan. Owh~ memang tangkap layan r minah ni~ Lagu die lentok siot~ Tapi ingin diingatkan, kelentokannya tidaklah sama seperti lentokan lagu2 alunan New Boyz, Spoon, Fork dan yang sewaktu dengannya. Pankreas aku merasa geli setiap kali mendengar lagu2 mendayu serupa itu.

Seperti juga band2 indie lain yang semakin meningkat naik, lagu2 beliau ini memang 'fresh' dan lain daripada ciptaan2 azlan abu hassan,ajai,etc. Beliau juga memainkan gitar dengan sendiri dan beliau ni bertudung (respeklah!)
Dan yang paling bez, beliau adalah senior aku! Patut lah seperti aku biasa mendengar nama Yunalis ni di waktu sekolah menengah dahulu. Rupa-rupanya dia bekas budak sekolah Derma merangkap anak kepada Cekgu kimia jazz merah kesayangan aku, Cikgu Anum (Cikgu ni pernah berhenti seketika masa tengah mengajar kitorang dan cakap kat aku, "muka awak ni macam saya masa muda2 dulu lah" hahahaha sungguh kelakar..)

kecil sungguh dunia ni rupanya.. =)

untuk mendownload lagu2 bez beliau (paling bez dilayan waktu anda mahu tidur..hahaha)
http://me.zestful.org/category/downloads/

saya merekemenkan 'dan sebenarnya' juga 'after midnight'.

3.2.09

persoalan2 yang bermain-main di minda..

Soalan2 ini difotostet dari blog baru Cik Suraya. Mengapa saya tidak dapat memfeatured blog beliau di dalam blog saye? ha..itu kite tak tau..



****

1.What have you been doing recently?
sedang menjawab soklan2 ini..

2.Do you ever turn your cell phone off?
bukan sya yang tutup,henpon sye menutup diri sindri stlh beliau kehabisan bateri..hehe

3.What happened at 10am today?
xde ape2 yang menarik.

4.When did you last cry?
few days ago. teringat kat arwah sepupu T.T

5.Believe in fate/destiny?
tak2. sya percaya kpd qada' dan qadar.. :)

6.What do you want in your life now?
oxford shoes macam ini: huhuhu..

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
langsung tidak membawa payung mahupun hood. redah hujan la lagi ayu hahahaha yuks~

8.What's your favourite thing to do on the bed?
tido la.

9.What bottoms are you wearing now?
bikini bottom~ who lives in a pineapple under the sea~~
[er..sebenarnya sye memakai skirt hitam]

10.What's the nicest things in your inbox?
Positive comments about my videos on Youtube =)

11.Do you tend to make the relationship complicated?
em..i dunno..both maybe. Both x tau what we want from this r/ship lol

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
sekarang ke? saya pakai skirt adek saya..tapi saya x pinjam,saya ambek terus..hehe

13.What was the last movie you caught?
Saya x tangkap,saya tgk je Beverly hills chihuahua~

14.What are you proud of?
Er ntah la. My..height? :P

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
welcome to photobucket. your username is kucingsiber :P
[pengajaran : sila delete mesej anda apabila ia sudah tidak berguna lagi.huhu]

16.What was the last song you sang out loud?
just dance - lady gaga

17.Do you have any nicknames?
tirah,t-rex,etc.

18.What does the newest text say?
peah: 'aku sebuk arini dowh.x sempat nak bukak gtok..huhuhuh' [-___-]"

19.What time did you go to bed last night?
doblas lebey

20.Are you currently happy?
boleh la..tapi kalo duk kat utp lagi heppy..

21.Who gives you the best advise?
mak dan ayah saye...sye sayang mereka sgt2.. =)

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
tidak. perbuatan itu sungguh tidak senonoh..uhu

23.Who did you talk on the phone last night?
mak saye! :D

24.Is something bugging you now
duet sekoler tidak masuk lagi..huhu

25.Who was the last person to make you laugh?
Ntah la. Diri sendiri kot. Saya ni ske gelak sorang2 :P

26. persOn to be tagged...
Sape2 pon bole..tirah x keysah..

...aish. Dah abeh ke?