6.1.10

ada apa dengan jenama?


"aku pakai beg Louis Vuitton."

"kasut aku Monolo Blahnik tau."

"muka aku tak tahan mekap murah macam Elianto ko. Sebab tu aku pakai Lancome."

So what?! Ade aku kesah?
Lantak la ko nak pakai cap ayam ke; kambing ke; tapi x perlulah kot nak jaja cerita macam ni. Kalo ko cakap ko pakai semua range SK-II yg rega 700++ sebulan pon; berlambak lagi orang kat luar sana yang pakai benda sama. Nak bangga apanya?

Aku paham kalo ada orang yang brand conscious; sebab selalunya barang ori ni kualiti dia memang bagus. Ye la; PVC contohnya kalo gilap macam mana pon xkan boleh sama taraf dengan kulit. Sebab tu la rega ratus2. Lagipun, kalo pakai barangan branded, ko akan rasa lebih konfiden. Ini memang betol. Sebab aku pon penah la rasa pakai sekali dua (tu pon dengan baucer. uhuk); memang best bila baju yang ko tengok kat majalah misalnya, tersarung di badan.

Tapi aku x brape paham kalo ade orang nak kutuk2 orang yg pakai jenama 'biasa' atau yang xde jenama. Itu kehendak dan kemampuan masing2; bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri (ye aku nak masok jugak peranan munshi aku) Mana ko tau dia nak simpan duit nak pergi melancong ke, nak kawin ke, bla3 ke. Dan FYI, banyak jenama yang claim 'Made in Italy' tapi hakikatnya 'Made in Bangladesh/China/Thailand' sebab nak turunkan labor cost. So x perlulah berbangga-banggaan.

ZzZzz.

4.1.10

7 syarat.


Bile tengok Puteri Gunung Ledang letak tujuh syarat kat Sultan Mahmud Shah dalam movie Puteri Gunung Ledang (ye aku baru tengok. aku mmg soka peram cite lama-lama baru terhegeh-hegeh nak tengok) tiba-tiba aku terpike la pulak kan. agak-agak ape la aku nak letak 7 ciri-ciri bagi jejaka idaman aku (untuk mendonlod lagu jejaka idaman yg aku sedang layan sekarang, sila klik sini) mungkin dalam hati korang yg sedang membaca akan terngiang-ngiang; ohoooi~ ko ingat ko jelita sangat mcm puteri kayangan ke nak letak-letak ciri bagai hah?! fasha sandha pon xde buat mcm ko tau! Ye ye baek..yang rasa2 ada nak kutuk aku dlm hati sila tekan butang 'close' di kanan webpage anda ye; sebab aku punya blog, aku punya soka la nak tulis apa. haha.

  • good looking
Tipu gila la kalo korang ckp benda ni x penting; sebab 'dia' yg akan kita hadap hari-hari kan. Sure nak tengok bende menarik ye x? tapi xde la hensem nak mam macam jude law mahupun mustapha maarof; just elok pd pandangan aku je la. and of course; kalo boleh tinggi sket drpd aku

  • bijak
Bijak ni general word. Macam Einsteinkah? Bijak yg aku maksudkan adalah dr segi tau serba sedikit la pasal itu ini. Takde la bersembang asek tanye soklan "You dah makan? Makan ape? Sedap x?" Nak jugak berdebat pasal current world crisis ke; pasukan bola mana menang World Cup ke; baru berkembang sikit minda. Tapi yg suka cakap besar pon menyampah jugak. Pung prang cakap mcm dia cendekiawan setanding Usman Awang; tp habuk pun tarak. Seperkara yang aku perasan; if a guy talks less; that means he knows a lot more. Tapi mungkin itu hanya mencakupi lelaki2 yg aku kenal saja; dan ini pun hanya sekadar pendapat.

  • have a great sense of humour
Pada masa dan ketika yang sesuai. Kalo 24 jam nak buat lawak pak pandir pon tensen jugak kan. senang crita; yang boleh buat kita ketawa pada masa-masa down; moody; pms; dan lain-lain acara.

  • berkepemimpinan
Yang ni sure semua pompuan pon nak kan. Sebab tugas lelaki adalah memimpin/mengetuai dalam hidup seorang wanita di dunia dan hereafter. Haruslah juga bersifat decisive terutama di masa-masa crucial. Baru lah nampak macam knight yang menyelamatkan damsel in distress.

  • romantik tapi tak jiwang
Aku jenis yang geli dengan panggilan2 manja. Kalo dengar org lain cakap "Sayang" "Baby" sume tu lain crita; kalo sendiri yg panggil buleh berdiri bulu2 roma aku. Yang mengendeng-ngendeng mcm kucing siam gatal pon aku rimas. Pendek kata; yang x tunjuk sangat dia sayang, tp kita tau dalam hati dia macam mana.

  • not an actor
Macam mana kita kenal; macam tu jugak dia yang sebenar-benarnya. Takde la nak pakai topeng otromen semata-mata nak nampak diri macho di depan awek. Lama-lama tau jugak perangai sebenar.

  • respek seorang wanita
Macam dalam lagu Kopratasa, 'Kekasih'; betapa patut seorang wanita dimuliakan setaraf darjatnya. Tak ke sakit hati kalo ade jenis laki yang duk lepak atas sofa sambil jerit 'hoi2' kat bini di dapur yang tengah masak untuk dia makan. Respek itu penting; at least dlm diri lelaki awan-awangan aku.


Nampak seperti syarat2 ni lagi ridiculous drpd syarat 7 dulang hati kuman PGL; tapi tadi kata jejaka idaman kan. x semestinya wujud dalam dunia nyata. kebarangkaliannya menghampiri angka 0. Suka-suka nak tulis dalam blog buleh la; tapi nak mengharap jauh sekali. Diri sendiri pon banyak lagi kekhilafan :P

2.1.10

cause we are living in a material world.

peah soh aku update blog. tapi dok pikir2 nak update hape; xde la plak bende menarik yang berlaku sepanjang minggu. sume bende2 boring je. dah masuk taun baru pon x terasa sebab hidup aku bese2 je. haha.

tetiba dengar lagu from OST Moulin Rouge, 'Sparkling Diamond' nyanyian Nicole Kidman (voice dier buleh tahan. lagi best drpd britney spears. but owh wait; every singer in the planet pon sore lg better dr britney wat. haha.) Lirik memang x buleh belah. "A kiss may be grand, but it won't pay the rental on your humble flat" Hmmm..betol gak tuh. Duit x buleh beli cinta; tapi duit boleh beli almost everything except cinta; laptop baru, jeans, tiket kapal terbang, kereta, bla3 (uhm..macam tau je wishlist sapa nih..) tapi cinta? satu benda yang abstrak; kadang2 tak tau samada kita ada ke tak. Kalo duit, sah2 depan mata nampak kalo ada kan. Therefore, wouldn't that makes money far more better than love? lol xD

according to a research, materialism leads to unhappiness and anxiety. contohnya la kan; kalo korang main saham kat bursa saham. duet dah tentu-tentu la banyak kan. tapi happy kah korang? makan x kenyang tido x lena sebab takut saham jatuh and economic crisis '97 berulang kembali. kadang2 sampai bunuh diri pon ada sebab stress. Orang kaya pon sama jugak. Macam best je boleh naik Jaguar, pakai jet peribadi, beli footbal club semua; tapi bodyguard pon makin bertambah. keta suma kena kalis peluru. kalo buleh mase tido pon nak pakai sut bulletproof; takut nnt kene rompak. x ke susah hidup?

One quote suggests : "Most people seek after what they do not possess and are thus enslaved by the very things they want to acquire." Keinginan akan sentiasa bertambah dan takkan pernah habis. even the richest people in the world pon kalo tanya derang "ada x nak apa2 lagi?" sure derang ckp 'ye'; sebab keinginan ni seperti mencurah sebaldi air dalam kawah gunung berapi; tak boleh nak padamkan maraknya (er. sila jangan cari peribahasa ni dalam kamus dewan. munshi baru cipta; blom approve. haha)

cukop la tu kot aku bebel2. puas ati ko skang, peah?! haha. pendek kata; duit tak mampu membeli benda terpenting dlm hidup yakni kebahagiaan. jadi jangan fokuskan kehidupan pada kebendaan je :)

p/s: still; aku perlukan tiket kapal terbang untuk ke jepon. ada sesapa x yg terharu dengan post ni and wants to give up his/her money? :P

27.12.09

mari memasak.

ya benar. tak payah la korang nak tenyeh-tenyeh bijik mata 2 3 kali. betol la tuh apa yg dibaca =.= disebabkan balik awal; makanya kafe pon selalu la x bukak. kalo ada pon selai dua je. oleh kerana mau variety dalam pemakanan harian; kitorang pon masak la.

Tema : Western
Menu : Spaghetti
+ Garlic bread

ya puan puan; nak masak spaghetti cara orang bujang dan taktau masak sangat ni senang sahaja ..mula-mula kita perlukan dapur dan kuali..

1. Masukkan spaghetti ke dalam kuali yang diisi air dan rebus ia.


2. Sementara tu; kuarkan daging beku drpd dalam peti sejuk dan campak ke dalam satu lagi kuali bagi melembutkan daging tersebut.


3. Jika didapati botol penutup sos spaghetti tak buleh bukak; maka ambek la air panas dan terbalekkan macam ni.

4. Lepas tu; masukkan minyak + bawang (dalam order yang betol ye. jangan masukkan bawang dulu baru minyak macam aku. mwahaha.) Goreng sampai naik bau; barulah dimasukkan daging.

5. Last sekali; tuang sos dalam kuali. Sesambil tu bakar la roti dan taruk garlic spread. Dah siap~ Mari membaham~



Hidup lebih mudah dengan adanya sos Kimball~ :D

25.12.09

kesakitan pagi.

D:
adoi la. tu baru satu pagi bangun muntah2 (tidak dikenalpasti sebab. sur kata mungkin sebab aku makan rambai tengah malam. mungkin juga tandoori ameeth. uhuh.)
tetiba aku terpike; kalo satu hari nanti pregnant; hari-hari kena lalui benda sama oo.
maka, respeklah mak anda. sejak mula lagi kita dah menyusahkan derang. dan besar-besar panjang lg la memeningkan kepala dan mengabihkan beras. huhuhu.

tq, mak.

tq gak kat housemates musim cuti (zet, sur, saf, rahmah) yg soh aku minum teh pahit nak mampos ngan belikan aku makanan/obat-obatan :)

24.12.09

balik awal.

Wah gitu. kemain lagi aku tulis kat kertas nak minta stay kat UTP; 'Doing final year project.' Konon-konon ambek masa 3 minggu. Tapi dah dekat 3 hari langsung x buat mende pon. Hari-hari makan, tido jerk (warning: anak2 dara dilarang mengikut jejak langkah ini jika anda mau kawin cepat)

Aritu aku terpaksa gi jumpa SV terchenta, Miss Subarna sebab nak mintak tandangan dia (for borang nak stay) berpeluh-peluh la jugak. Dah sebulan x sentuh langsung FYP; tetiba first soklan dia "How's your FYP?" Dengan tergagap-gagapnye aku jawab "Er...um...I just arrived here.." Ye memang. Aku saorang pelajar yang jujur sekali. mwahaha. Kalo jawab "I'm doing it right now" pastu dier cakap nak tgk progress, x ke mampos aku. Baik berterus-terang je. Last2, buleh plak dier soh aku enjoy dlu dalam seminggu. Siap promot cite Avatar lagi ^^;; SV aku memang sempoi~

So, as per today; FYP progress = 0% :)

23.12.09

bandage.

quite interesting sebab ada akanishi jin yang sangat hensem lagi kakkoi waah tolong la paham story dia pasal band in the 90s; zaman-zaman kegemilangan byk band all around the world. the group is actually real one; they've produced an album (aku xdak duet nak beli T.T) and lagu2 derang best~ critics even said it's similar to duran duran; which is a very good band to me :D



tolong la ceta ni ada kat cinema ipoh malaysia D':

p/s: ulu chepor best! jom buat nature trip lagi bg mengelakkan aku ke sopink complex di musim year end sale :D