17.8.12

Iklan hari raya Bernas yang bernas

credit to http://syahrulzaman.blogspot.com


Korang wajib tengok iklan ni kalau belum tgk. memang ada pengisian. takdelah mcm sesetengah iklan yang ntahpape. contoh: iklan cosmopoint. nak iklan pasal pusat pembelajaran tapi dok menyanyi menari bagai. pastu lagu kalau sedap xpe. ni mengundang kegelian..urgh D:

Er berbalik kpd iklan tadi..iklan ni pasal 2 org budak dari rumah anak yatim,ahmad dgn fizi. sebab nak raya,ramai la bebudak yg balik kampung, rumah mak aatau bapak atau sedara-mara..tapi fizi yg cacat penglihatan x balik sebab dia anak yatim piatu.. *lap air mata* lepas tu si ahmad ni dok tgk gmbr mak dia,jadi fizi cadangkan derang melawat mak ahmad. macam2 la berlaku masa derang nak pegi segamat,rumah si ahmad,sebab tu tajuk iklan dia "the journey"..part last paling sedihhhh :'(

Tiba2 aku teringat lebih kurang 2 tahun dulu,aku baru masuk petronas. masa induction,kitorang ramai2 pegi satu rumah anak yatim kat bukit beruntung. tolong cat rumah,baiki apa yg patut.rumah derang ni mmg x secantik rumah anak yatim yg aku biasa nmpk sebab individual punya sumbangan,bkn kerajaan atau kepunyaan mana2 institusi. budak2 ada la dlm 20 org lebih.lepas dah abes semua aktiviti gotong royong,sukaneka,kitorang makan la ramai2. lepas tu aku suapkan sorang budak dalam umur 3 tahun. masa suap tu,aku tiba2 tak dapat tahan air mata. aku terfikir budak ni baru 3 tahun,tapi mak dia dah tak ada nak suapkan dia nasi. dia tengok je aku nangis,tapi riak muka dia mcm biasa je. lagi la aku menangis. budak tu lebih kuat daripada aku yang dah 20 tahun lebih. semoga Allah menempatkan ibu bapa dia di kalangan orang soleh,dan moga dia sentiasa berbahagia..  

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dr seorang anak yatim. patutlah Allah sangat lindungi anak2 ni. Rasulullah S.A.W sendiri pun anak yatim piatu. insyaAllah kalau berkesempatan,moh le kita melawat anak-anak yatim. habis2 pun derma la. peringatan kepada diri sendiri jugak :)

p/s: Selamat Hari Rayaaa

8.8.12

Two-face



Sebelum dan selepas mekap.boleh korang teka yang mana satu sebelum,yang mana selepas?haha.dulu2 aku tak pakai mekap langsung sbb aku rasa mcm mekap ni menyembunyikan kecantikan sebenar.acewah.plus ada org cakap pakai mekap ni plastik.even lelaki pun bila tnya drng ckp better tak payah mekap.tapi ada satu social study yang mana derang letakkan dua gmbr selebriti,satu tak pakai mekap,satu lagi lighly made up,guess yang mana majoriti lelaki pilih?yup,yg pakai mekap.bukan lah nak cakap kita pakai mekap sbb nak tarik perhatian lelaki,tp imej diri mau kena jaga jugak.kalau muka selenga je pegi keja,orang pun malas nk tgk muka kita kan.

lagi satu mitos,org pakai mekap ni selalu lmbt siap.nak pakai bedak la,blusher,mascara bla2.kurang2 mau kena bangun sejam awal.aku pun penah pike mcm tu huhu.kononya hassle.tapi kalau takat letak bedak,lepas tu lip balm,tak sampai 5 minit pun.paling2 letak bedak la kot.kalau ada masa baru pakai eyeliner,maskara segala.

mitos last ialah bila org ckp "mekap tebal2 nanti bila kena bukak,semua org tak kenal sbb lain sgt".well,tak payah la mekap tebal2.xde orang suruh letak foundation seinci pun kan.lol.ni pun kesalahan yg penah aku buat.eyeshadow siap nak sama dgn kaler baju.bila teringat balik rasa nak gelak :P tapi mcm tu la aku blajar yang mekap bkn utk sembunyikan.kekurangan,tapi enhance kelebihan.mungkin ada orang tak berapa setuju dgn post ni.well,everyone has their own opinions.up to individual la nak pikir apa.tapi jgn pkai berlebihan mcm mak nyah dah la ye ;P

dan yang paling penting, jangan jadi two-face. outer face; pakai mekap lawa. inner face; perangai, tak berapa nak lawa. peringatan kepada diri sendiri jugak :)

p/s: aku rasa mcm penah post pasal mekap2 ni tp aku kan ada short term memory sket.korang kne bersabar je la ye.hahaha.nmpk sgt xde idea nk update blog.zzz.