24.3.11

stesen radio paling tak popular.

Dalam pada era fm dengan hot fm sibuk berlumba nak naikkan rating dan jadi stesen radio no 1 Malaysia (siap tambah k-pop songs..mase byk lagu indon dlu ade org bising2..k-pop xpe la plak kan :P) ada satu stesen radio yang jarang la aku dengar org suka..dalam kereta pon x penah la rasanya ada org jadikan stesen ni default radio mereka..fly dan hitz slalu la, kadang2 ada jugak sinar dan suria..so,mungkin kurang dr 3% dr populasi rakyat Malaysia dengar stesen ni (tidaklah hamba membuat sebarang kajian bagi mengukuhkan kenyataan ini..maka kalau salah maaf la ye..) stesen yg dimaksudkan ialah tak lain tak bukan Klasik Nasional FM..

Ironinya, stesen ni lah yang paling 'Malaysia' antara byk2 stesen. sebabnya lagu-lagu derang semua yang zaman kegemilangan atuk nenek kita dulu. Aku suka lagu-lagu macam ni sebab macam comel..haha...derang nak cakap punyalah berlapik...main kias-kias dulu...lepas tu lirik dier macam xde la geli2 macam lagu skang..punyalah sopan orang dulu-dulu..

Tapi yang aku perasan la,kadang2 kalau ada orang bukak lagu macam ni..kawan2 lain pakat gelak beramai-ramai...signal bahawa org tu kolot dan ketinggalan zaman...skang ni zaman Lady Gaga..mana main lagu-lagu gurindam,joget suma nih..tak cool...tak hip..

Maka takde la terkejut mana pun kalau satu hari nanti, stesen radio ni hilang macam tu je..kalau pendengar derang kebanyakan dah di usia senja dan takde pendengar "pelapis"..alamat bye bye lah klasik nasional..bye bye jugak warisan Melayu dan bangsa..sungguh sayang... =(



p/s: Nanti update review pasal Merong Mahawangsa lak..almaklumlah modem baru boleh guna balik..hehe...Stephen Rahman Hughes hensem oo...Tapi dalam banyak-banyak hero Melayu...Datuk Mustapha Maarof tetap yang paling hensem....datang la Rosyam Nor, Aaron Aziz, Jehan Miskin semua...tetap Mustapha Maarof gak yang terkacak..hehe..setuju x?

1 comment:

  1. oh my. irama asli warisan bangsa tetap di hati, sepanjang masa~aku hafal kot lgu tema radio tuh.buley? :P

    ReplyDelete