25.10.10

monday reds.

sebab aku suka merah.

tapi apsal skang baju aku banyak biru dr merah. beg pun skarang dah x merah. aku perasan baju kerja pun banyak yg biru. adakah ciri2 kemerah-merahan sudah bertukar menjadi kebiru-biruan? tapi aku x suka pun biru. macam aku beli benda kaler pink, x semestinya aku suka pink. aku just tengok benda pink cam lawa,so beli la. tu kira aku minat pink kah? adakah benda sama diapply kepada warna biru? kekonpiusan D:

tengs kat semua yg tanya kabar aku di perantauan. aku baik2 sahaja. di luar. di dalam wallahualam. anyway,bottom line...sok isnin. hari paling x best kalangan umat manusia bernama pekerja =(

p/s: bilik aku dah macam pusat kawalan trafik udara. kapal terbang lalu lalang ada la dlm doploh kali sehari. zzz.

19.10.10

dendang perantau.

kangaq > bangi > utp > ipoh > kl > kk

all in less than a month
bila mau balik ke rumah ni? kangaq i miss u.. (T_____T)

17.10.10

kawin memang best; lagi best kalo kawin orang kaya.

pergh. gila best la kalo dpt majlis kawin camni:



(ye aku tau aku memang lembap ayam. nama je budak IT tapi buta teknologi...,orang len dah berkurun tgk aku baru nak menggedik google)

korang nak cakap aku pisau cukur ke, gilette max ke pebenda..aku tatap akan menyokong pernyataan di atas. cuba tanya mana2 pompuan pun..

"Bagaimanakah agaknya wedding yang anda inginkan?"

tidaklah sama sekali beliau akan menjawab;

"I kalau boleh nak wedding bese2 je...pelamin suma xnak lah,nnt kang belanja besar..takat akad nikah pun cukup...mekap pun biar I tempek sendiri...upah mak andam mahal..baju pun nnt I alter baju kawin 60-an mak I je la..."

Oh tidak. pompuan sekarang memang materialistik. full stop. memang xyah nak argue2 dah. tmbh2 kalo bab kawin. tgk rate mas kawin da la. dah mcm no plet keta; 44444, 99999, 33333 dan lain2. jadi bagi para2 jejaka di luar sana, dengarlah suara hati kaum perempuan. korang x perlu hensem gila seperti Henry Golding, cukuplah sekadar memiliki 2 buah kereta merah cap kuda hitam dan beberapa convertibles. Tidak perlu menyusun ayat cinta sehebat Usman Awang, cukuplah setakat memflashkan kad kredit platinum tatkala membayar barangan runcit,hatta sehelai tuala Good Morning sekalipun. orang selalu cakap pompuan ni susah nak paham...tapi sebenarnya kami hanya ada suatu benda dalam kepala.....


......"nanti kawin sok aku nak kasut jimmy choo barang sepasang dua..."



er. itu mungkin suara hati aku je kot.



p/s: esok konvo. mixed feelings.