Pak Akob rasa gelisah sebaik bangun dari tidur hari ini. Sesudah menunaikan solat Subuh dan menjamah sebungkus nasi lemak, dia termangu sendirian di tangga batu. Dadanya berdebar-debar. Hati tuanya rasa tidak tenteram sekali. Selepas beberapa ketika, dia bingkas bangun seraya mendail nombor telefon anak tunggalnya, Latifah.
"Kenapa, Pak?" Latifah bagai dapat mengagak kelainan bicara ayahnya kali ini walaupun berada nun jauh di Kuala Lumpur.
"Entah la Tipah. Hati bapak ni rasa tak sedap sejak dari pagi lagi."
"Mungkin bapak tak sihat kot." Telah Latifah. Dia risau dengan keadaan ayahnya yang tinggal sendirian sejak pemergian ibunya.
"Tak mengapalah Tipah. Kau pun sibuk. Esok lusa bapak telefon lagi."
Resah, dia mula mundar-mandir di ruang tamu. Lenguh berjalan, dia duduk. Pun masih ada yang tidak kena. Sedang dia merenung di kejauhan, Pak Akob ternampak kelibat Seman, anak Usop. Pantas dia memanggil Seman yang baru masuk darjah 4, tapi sudah pandai menunggang motorsikal ayahnya ke sana ke mari. Sambil menyedut rokok daun tembakaunya, Pak Akob merenung Seman.
"Ada aku bayar upah kau menebas kampung itu hari,Man?" Pak Akob mahukan kepastian. Bukan apa, dia tidak mahu berhutang hatta dengan seorang budak sekalipun. Sangkanya, mungkin kerana hutang itu hatinya rasa tidak sedap.
"Dah Pak Akob. Dah bayar." Seman menjawab. Pantas budak itu meminta diri sambil dikerling ke arah Pak Akob berkali-kali.
Orang tua itu kemudian berjalan di sekitar rumahnya, melihat-lihat tanaman terung di belakang rumah. Dia melangkah lagi sehingga lenguh lutut. Sekembali ke dalam rumah, dia pantas menuju ke dapur untuk membasahkan tekak. Sesekali, dikerlingnya jam di dinding.
Tiba-tiba, Pak Akob menepuk dahi.
"ALLAH!! HARI NI PUASA!"
24.8.10
18.8.10
selamat berposa
Alhamdulillah; still dapat rasa Ramadhan taun ni dan still dapat menunaikan ibadah posa ;)
Ramadhan kali ni cam tenang sket..sebab xdak esaimen, exam,gaduh dengan rumate (haha.gurau je) dan sebagainya.. Rutin harian camtu gak la; tolong mak aku masak sket2 (potong bawang, basuh pinggan, etc je la..tau je la aku x pandai dan x minat masak. lagi baik suruh aku cat rumah ke, kemas rumah ke dr suruh ak masak.haha) pastu malam gi terawih. Malam2 kalo ada bola tgk la sepam dua. Gila punya kosong schedule. mwahaha.
Congrats kat geng2 yang dapat keje best2;either Pet or other companies..korang memang gempak abes lar! Aku? still tunggu offer Pet yg memakan masa 6 bulan~ wewu~
Tapi kan..aku cam rindu nak belajar balik. Part jadi student adalah part yg paling best bagi aku. So..even kalau aku dapat keja nanti; aku maybe akan usahakan untuk belajar balik. Masters in ICT? haha. no no. Aku x suka sangat bidang ni ekceli. Ntah mana mana buleh lepas masuk UTP bidang IT pun xtau. Siap buleh grad plak tuh, walaupun macam nak gila jugak la blajar programming (graduation bulan 10 ni~ yeyeye~) Jiwa aku abstrak sebenarnya (eceh.jangan muntah, kang batal posa ;P) so dari dulu lagi aku berangan-angan nak belajar fashion/interior designing..xpun English language ke....benda2 yang xyah guna otak belah kanan la senang (eh. ke kiri ek? apa2 lah) Xtau la bila buleh tercapai angan2 mat jenin aku nih.
Apa2 pun, selamat kerja kawan2 yg dah dapat kerja! Untuk yg belum, tahan je la telinga korang dgr sedara-mara sindir2 manja masa datang raya kang. Xpe..at least korang grad UTP. derang ado? haha.

1.8.10
zzz.
Lama sudah tidak menghapdate. Skang ni hari2 keje aku makan, tido, lepak tgk tibi jerk.ulang2 buat benda sama (don't judge ok.haha) kata menganggur kan. buat la cara menganggur. tapi kan, lama2 rasa cam bosan gila; duk umah sehari-harian. aku xtau camna para penganggur2 dan surirumah buleh duk lama2. mebe aku dah patut carik keja kot..tapi cam malas; tp bila duk umah..rasa bosan lak..ish..dilema2..ada x keja yg masuk duit tp duk goyang2 kaki je? mwahaha. sungguh x ada misi dan visi =.=
alang2 dah hapdate ni, korang rasa aku patut tukar header atau tidak? (jika orang2 yg tidak minat jpop tidak tahu, KAT-TUN dah xde A; maka skarang dah jadi KT-TUN,atau TT-UKN,atau TU-TKN ok pebende aku merepek ni)
Jiwa raga aku masih terluka (eceh) so cam x ley esep bila tgk gambar KAT-TUN kat header blog. So kalo aku tuka, aku patut tuka gamba apa? gambar owner belog kah, atau gmbar pemandangan, atau gmbr makanan kegemaran, buah-buahan feveret,etc etc?
Subscribe to:
Posts (Atom)