27.12.09

mari memasak.

ya benar. tak payah la korang nak tenyeh-tenyeh bijik mata 2 3 kali. betol la tuh apa yg dibaca =.= disebabkan balik awal; makanya kafe pon selalu la x bukak. kalo ada pon selai dua je. oleh kerana mau variety dalam pemakanan harian; kitorang pon masak la.

Tema : Western
Menu : Spaghetti
+ Garlic bread

ya puan puan; nak masak spaghetti cara orang bujang dan taktau masak sangat ni senang sahaja ..mula-mula kita perlukan dapur dan kuali..

1. Masukkan spaghetti ke dalam kuali yang diisi air dan rebus ia.


2. Sementara tu; kuarkan daging beku drpd dalam peti sejuk dan campak ke dalam satu lagi kuali bagi melembutkan daging tersebut.


3. Jika didapati botol penutup sos spaghetti tak buleh bukak; maka ambek la air panas dan terbalekkan macam ni.

4. Lepas tu; masukkan minyak + bawang (dalam order yang betol ye. jangan masukkan bawang dulu baru minyak macam aku. mwahaha.) Goreng sampai naik bau; barulah dimasukkan daging.

5. Last sekali; tuang sos dalam kuali. Sesambil tu bakar la roti dan taruk garlic spread. Dah siap~ Mari membaham~



Hidup lebih mudah dengan adanya sos Kimball~ :D

3 comments:

  1. amboi..smgt buat pos..mentang2 'berjaye' msak.. =P

    ReplyDelete
  2. waaaahhh..trah memasak gitu~:P ehem2..mcm kenal je kuali sape:P

    ReplyDelete
  3. sur: muahaha. pkai sos beli buleh la :P
    farhah: aiyark. pinjam kejap ye cik peah~

    ReplyDelete