28.8.09

wai utp?.

lepas trial, kwn aku kol soh gi isi borang nak masuk utp. soklan bodo yg aku tanya kat dia :

"utp tu apa?"

lol. serius aku x tau psl utp. hajat di hati mau masuk uitm je. sebab aku dah bajet2 nak amek interior designing. oversea? totally out of question la. memang xde wawasan 2020 langsung aku mse tuh. kalo ikutkan aku yg pemalas nak blaja ni, keje pas spm pun bule saje. haha.

naseb bek la mak ayah aku ade misi dan visi. derang encourage gak soh aku g educamp. maka masuklah aku ke bumi utp tersebut. first impression:

"gila ulu nak mampos. jangan harap r aku nak masuk sini."

ce~ berlagak siot. so mmg seriously mse ni aku siap ckp kat kawan aku, aku nak buat bodo2 je mse interview. there'll be more opportunities after spm result what~
akan tetapi, 1 sms dr ayah aku mengubah segala-galanya. dalam tu,lebey kurang dier ckp kalo aku dpt masuk utp, dier nak belikan henset baru.

dan waktu tu jugaklah aku trus bersemangat waja seteguh besi perwaja. hahaha. gila x? mmg materialistik tahap ape tah. bukan ayah aku nak kasik porsche carrera gt pun, henset baru je. tu pun dah terpedaya XD

trus lepas tuh aku pulun gila. interview pun aku je lelebey mencelah. sungguh x tahu malu. mmg kriteria yg dicari-cari interviewers utp la~ well-rounded. muahahaha. dapat masuk utp, henset baru pun dapat. tp x sampai sebulan guna org curik kat jj. cis sungguh!

makanya,selepas hampir 4 taun di sini, baru la aku mereflek balik kenangan lalu dan mereka-reka "what-ifs"; apa akan terjadi kalo ayah aku x kasi msg tu mungkin aku :

  • kat uitm; ambek fashion/interior designing. baju mungkin berlapis-lapis dengan highlight berkaler-kaler.
  • obersea. mungkin tgh keje part time kat starbucks ke apa ke.
  • x berpelajaran. duk umah goyang kaki tunggu orang masuk meminang je. haha.
pros and cons here and there. but as Dahl says, the road not taken always seems greener and more inviting. but you never know the truth behind it. i'm glad that i am here; taking ICT; in UTP. thanks ayah~ =)

p/s: tapi aku x brapa gembira dengan keadaan aku sekarang. pukul 2.57 pagi duk depan laptop lagi. prelim dah jampi beratus kali tapi x nak jugak dia siap dengan sendiri, tapi post kat blog buleh pulak D:

3 comments:

  1. hahaha!

    sadis sungguh dengar ayat kau tirah.

    "UTP tu apa?"

    hehee! (i said exactly the same thing... kikiki! :P)

    ReplyDelete
  2. matpi : aku memule igt utp kabel tuh.hehe
    peah : x jalan r peah,sedey2 :(

    ReplyDelete