28.5.12

have you ever



Have you ever feel that you don’t deserve the love and attention that you receive now, because you don’t put as much love to the other party?
I do.
Sometimes I think I don’t do much to deserve this love.
His love.
His grace.
His mercy.

Forgive me, O Allah.
;(

24.5.12

Mabul! - Part 2

minggu yang gila sejak akhir-akhir ni. aku kena tukar division, makanya banyak benda nak kena catch up.
blog pun mungkin akan menyepi buat beberapa ketika.

anyways..back to mabul :)

pemandangan di waktu malam yang mengasyikkan...asyik nak duduk lepak dan tengok je tempat ni berjam-jam..tak tau lah nape..



Masa kitorang pusing-pusing pulau ni, ada jugaklah abang guide tu cakap pasal pengalaman dia dive smpai 70 meter kot..smpai bocor gegendang telinga..gilaaaa..tapi lepas ok balik dia dive mcm biasa..talk about passion huh..


Night view from Sipadan Water Bungalow..kalau korang nak tau, Brad Pitt dgn Angelina Jolie penah duduk sini..tapi kalau tak betul tu salah abang guide la..dier yg cakap. haha. 3 riban kot semalam..so sapa-sapa yang banyak duit xtau nak buat apa, ajak la aku pegi sini :P

Lepas tu lepak lagi depan Scuba Jeff sambil selak-selak buku pasal mabul (what a bliss. i hope i could do this everyday!) dan terjumpa ini..sotong ni buat rumah pakai tin dengan kelapa..kawaii :)


The next day is another snorkeling trip..tapi kitorang sempat jalan-jalan dulu sekitar kampung..salah satu sebab aku suka travel ialah utk tengok orang lain punya culture..how they live on daily basis..it's a humbling experience to see a small kid providing food for his family of 10 by catching and selling fish..kita ni kadang-kadang makan ikan pun buang2...insaf.. :(





Boat race...typical games for sea bajau kids...tetiba malu dengan diri sendiri yg takut air. tsk.


Baru je nak gerak pegi snorkeling, ada orang jual ketam dengan udang...apa lagi belilah..3 ekor ketam dengan 2 ekor udang baru rm30.. :D


Snorkeling kat Kapalai tak banyak sangat ikan macam dekat Sipadan Water Village..tapi tempat dia..fuhh..lawa gilerrr...masa sampai tu rasa mcm nak terjun terus je.. 



Dekat depan scuba jeff pun banyak binatang2 yg lalu..tapak sulaiman, landak laut, belut, pari, penyu abah kau pun ado :D


Well I guess that's all...kalau ada peluang korang patut datang sini..kalau boleh book untuk pergi sipadan jugak. kalau sipadan kena book awal2 sebab dia terhad untuk 120 org je kot sehari..antara resort/lodge yang korang boleh check out :

  • scuba jeff lodge
  • uncle chang's lodge
  • spheredivers lodge
  • sipadan water village
  • sipadan mabul (smart) resort
  • seaventures dive resort

10.5.12

Mabul! Part 1

Sejak sebelum aku kerja sabah pun orang asyik bercakap pasal mabul,sipadan ni..best tahap gila masuk tanjung rambutan katanye. lagi-lagi kalau dah duk kat sini, memang wajib lah pergi.
maka memandangkan time wesak tu petronas mengisytiharkan cuti, aku pun buat la plan dengan ofismate.. khamis malam naik belon pegi tawau. duduk semalam kat hotel heritage. aku book hotel kat sini : http://www.asiarooms.com
owh heads up..tambang dari airport tawau ke bandar adalah mahal..yakni rm45 sehala ye uols2..maka kalau boleh korang pegi terus je la ke semporna...kitorang ni xtau maka terlopong badak la dpn kaunter teksi tuh.

pagi jumaat..kitorang pegi balik airport tawau..tunggu orang scuba jeff datang ambik..scuba jeff ni ialah salah satu lodge dekat mabul..lepas survey sana sini..kami yang x ada bapak gula ni ambik yang paling bajet skali lah...rm 450 seorang for 3 days 2 nights..all inclusive. untuk maklumat lanjut sila ke website abang jeff http://scubajeffsipadan.com/

perjalanan dari airport tawau ke semporna lebih kurang sejam. dah aku penat menaip..layan gegambo la pulak..

masuk bot nak pegi mabul...dari jeti semporna ke scuba jeff dalam sejam lebih.



dah sampai yay!! excited sebab lama sangat dah duk dalam bot. hahahaha.


scuba jeff ni overlooking celebes sea....maka sangat best! jejak2 terus melangut tengok laut yang sangat luas dan biru..sampai orang tu kena panggil pulak ajak lunch..haha. lunch pun sedap! memang tukang masak dia pandai masak seafood..anyway ni bilik kitorang yang overlooking the sea jugak..


bilik dia memang basic je..bilik air kongsi...tapi for the amount that we pay, memang ok sgt lah..sebab survey resort lain mmg accomodation je sampai rm500 semalam.


lepas lunch, ready pegi snorkeling...aku mula-mula macam excited la..konon pro sbb dah snorkel dekat mamutik dgn krabi.lepas tu derang bawak ke tengah laut la pulak..ah sudah..terus nervous. macam la first time pegi snorkeling kan.. sebab muka aku cuak sangat, last-last aku dapat instructor sorang untuk aku je..kelas kau maria..sila jeles. haha. kat tempat first snorkeling ok la..tapi tak banyak sangat ikan...highlight ialah bila nampak penyu lepak atas batu. yay total achievement! (menyesal tak beli casing underwater! huu)

mamat french ni dive lepas 3 tahun tak buat..nampak mcm senang je dia dive..


lepas snorkeling, kitorang jalan-jalan dekat kampung belakang..mabul ni kecik je ghopenye..hujung ke hujung boleh nampak..maka kejap je la dah boleh pusing satu pulau.





kitorang jumpa satu resort menarik dekat hujung..ape lagi menceroboh la..siap mandi segala..keji tak. mwahah.

malam tu pegi lagi pusing pulau. jadi habit pulak siang malam dok pusing pulau. haha. malam tu kitorang terbangun pukul 3 pagi..tengok bulan sangat-sangat lawa..ropanya memang 5/5 aritu ada fenomena "supermoon"..bulan pun ada superhero jugak :P

sambung part 2 pulak nanti... =)

29.4.12

review : kiram's village, kundasang.

aku dah pegi kundasang banyak kali. setiap kali kawan-kawan, sedara mara datang sabah memang bawak derang pegi sini. tapi selalu balik hari je. kalau korang bercuti agak-agak lama, mungkin boleh mempertimbangkan untuk tido je kat kundasang. sebab tempat ni macam cameron, so memang best berangan ala-ala drama korea...pakai mafla segala lepas tu setiap kali cakap mesti ada asap keluar.. korea sangat~

salah satu tempat tido kat sini namanya kiram's (bukan tiram ye) village. kiram's village ni letaknya dekat dairy farm, tempat lembu susu yang serupa new zealand tu. dah ko tak payah pegi oversea jah~ kat dalam negara pun ada tempat macam ni.

cute kan lembu? :)

lepas melawat dairy farm, naik atas sikit lagi dah jumpa kiram's. woot tempat ni adalah awesome! 







dengan rakusnya menangkap gambar like there's no tomorrow~

kiram's ni ada beberapa cabin..nama cabin memang tak boleh belah...ada carrot, cabbage, onion, tomato, strawberry, celery, cili....hahaha comel sangat :P

ni rumah kubis atau cabbage..tempat kitorang..


rumah kubis ni seswai untuk korang yang yang bawak geng van sekolah..bawah ada 1 katil single, 1 katil dabel decker, atas loteng ada 1 katil queen. hot shower haruslah ada..kalau tak mau mati keras time nak mandi pagi~ sejuk ok.serius. baik korang bawak baju lapis2. I've learnt my lesson T.T




for rm250 (weekend rate) korang kongsi dengan dengan kwn2 memang ok la...takde la macam hotel 5 bintang tapi semua kemudahan cukup. plus ada tempat bbq dengan tv. but who needs tv at place like this? :D

pemandangan sekitar kiram. very the hindustan scene like~



untuk maklumat lanjut atau terus nak booking, silalah ke http://kirams-village.com/ 

22.4.12

penaklukan lebah.

Pukul 4 dalam ofis, di kala aku dah bosan mengadap desktop..ofismate dengan kalutnya memanggil.

"Eh...Tirah cepattt.tengok niie"

Untuk pengetahuan, ofis aku ni di kelilingi oleh ofis dan kawasan perumahan..so kadang2 tu memang ada kes di mana ramai2 berkumpul dekat tingkap. haritu kebakaran..berkumpul di tingkap...lepas tu ada orang mati lemas dekat sungai tepi ofis..pun berkumpul di tingkap..

typical Malaysians, eh?

Maka aku pun pegi la tengok..woah...ini sengat (eh sangat) aneh...dan menakutkan pun ada jugak..





Macam dalam movie pun ada..like one of those animal invasions movies..






Dah melekat kat tingkap pulak..semua sibuk nak ambik gambar lebah..ada orang cakap ni mungkin tandanya nak ribut..sebab binatang kan selalu tau lagi awal kalau ada bencana. tapi nasib baik malam tu takde ribut..huhu

Ropanya derang nak buat sarang kat tingkap...mungkin sarang derang dah kena buang la kot..huhu kesian....sampai esok ada lagi...malam tuh baru bomba datang halau..


er. tu je.

10.4.12

weekend with besties.

ekceli aku patut post 2 minggu lepas tapi sebab malas nak upload gmbar punya pasal, maka siaran tergendala seketika.

lately bos rajin suruh aku pegi kl, maka seperti pepatah pucuk dicita ulam pegaga mendatang, aku sebagai kuli yang sedia berkhidmat pun menuruti lah sahaja.. (..janji boleh claim *gelak jahat*)

mula-mula perjumpaan 6 bijik mata dengan aimi & jue. dah lama bebenor tak jumpa dorang nih..rindu.. =)


harapkan pipi saja yang membelon, tapi berat badan tak naik-naik jugak =.=

next up, pegi Rumah Kebaya Malaysia dengan ahem sape lagi kalau bukan malaysia's next top bride and groom, rahmah dan ojan.



owner butik ni jahit sendiri baju kebaya pengantin beliau. jahit tangan ok! sejibik-sejibik labuchi, manik, segala batu jemala tuh. respek!


ambik berkat kononnya. tahun bila tak pasti lagi sebab calon belum ketahuan.

aku tak lampirkan gambar bride and groom to be. bukan apa, nanti tak berseri lah dah nampak pakai baju pengantin. hehe.

next stop is Old Blossom Box. sapa-sapa yang duduk bawah batu lagi, bawak-bawak lah melawat website ni atau pegi terus ke kedai beliau. sungguh kreatif interior kedai ni.





kan? soo maraviosa~ (motif tiba2 aku nak cakap latin?)

baju-baju dia memang lawa dan yang penting, murah! sumpah aku punya kemeja kerja harga RM35. ya. bukan cobaan.

sebab dua-dua orang yang mengusahakan butik ni perempuan, aku jadi kagum dan jeles sikit pun ada. cayalah! flower power forever! yes it rhymess :D


antara makanan-makanan yang membuat penampilan. banyak sangat maka aku kompilasikan (pavlova di serai, stimboat di red wok bangi, bento di gardens food court, mochi sweets di gardens)

last but not least, lepak dengan rahmah & peah di gardens =)


best gila lepak dengan korang. tapi tu la jarak tak mengizinkan aku jumpa selalu. takpe lah, lain tahun ada rezeki, mungkin aku boleh pindah balik KL. InsyaAllah..

3.4.12

afiq muiz azman shah, hai.

aritu aku pegi karok dengan peah kat OU. lepas beberapa ribu lagu sampai nak tercabut anak tekak,peah pilih lagu sesaat kau datang..ala lagu kak melah ram yg baru tu..

first time aku tgk video klip lagu tuh, pasal sorang photographer pompuan yang buat assignment garden wedding. sekali yang kawen tu ropa-ropanya ex-balak dia do....ya ampunnn...kalau aku sure menangis golek-golek ala nyonya mansoor dulu baru blah~ aku terus terjatuh chenta pandang pertama dekat groom dia. oh kachak ;D

balik tu beriya carik nama mamat tu. gatal tak. hahahahaha

afiq muiz azman shah. bingo *angkat-angkat kening ziana zain*


hemsem kan?

oh tapi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.......dia ni ropanya lagi muda dari adik aku...agak pedo di situ..... T________T 


p/s: sebab apa post title nama dia? sebab seperti teori ryo nishikido, aku berharap satu hari nanti dia google nama sendiri dan termasuk blog aku yang x seberapa ini dan komen "awak ni cute lah" hihihihihhihihi....*delusional*