31.1.10

omona~!


Dah tersuka dengan oppa2 CN Blue ngan 2PM! :0

Sori abang-abang nippon; curang seketika~ :P
xpe x lama, kejap sajork....pas dah kureng suka ngan lagu Only You (lelaki2~ kalo nak awek korang tangkap leleh, nyanyi saje lagu ini ye. lol) & I'm a loner (olololo comel~ lagu kuciwa tapi muzik rancak~ hihi)

Photobucket

Wawawa~ Ryo frust menonggeng nampaknya...~ =P

29.1.10

perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum menjadi 22.


Kawan aku; Peah ngan Saf dah selamat menjadi seorang dewasa walopon masih nampak seperti kanak-kanak rebena uhuk. Aku hanya ada beberapa minggu lagi untuk:

  • Menyanyi lagu 2NE1 dengan penuh perasaan awet muda. Sebab nanti macam dah x syiok nak jerit "twenty one~ twenty one~" sambil terkinja-kinja dengan sikat a.k.a mic =.=;
  • Memakai baju Forever21 dengan lubang hidung kembang kempis.
  • Melompat-lompat ria tanpa tujuan. Selalu dilakukan di koridor2 pastu akan menerima pandangan 'wth' daripada rakan2. hu~
  • Makan aiskrim banyak2. Dah tua-tua elok kurangkan makan benda manis -__-"
  • Bangun lambat. Lepas ni kena bangun dengan lebih awal uhuhuhuh..
Wah. bosannya jadi orang dewasa~~ :0


p/s: nape banyak gila orang sama besday ngan aku? 13 feb hari beranak beramai-ramaikah? *curious*

27.1.10

aku juga seorang nuffnanger.

Suma orang sudah buat Nuffnang. Aku ja baru terkedek-kedek; terhegeh-tegeh mau buat. Terima kasih daun keladi buat peah. Blom jumpa la code yang satu lagi tu beb; huhuh. Tu la pelajar ICT tapi tido waktu kelas pengaturcaraan komputer :D

Lepas ni; pembaca-pembaca sekalian (aku ada pembaca ke?haha) tulun klik la ad2 nuffnang di blog aku. setiap klik akan memanjangkan langkah aku untuk ke puncak Gunung Fuji sebanyak satu tapak. Kalo aku berjaya pergi Jepun, korang yang klik buleh claim satu souvenir. Ngeh2.

26.1.10

confessions of a fangirl - pt 2

Dear Fangirlism,

I am sorry I dissapointed you. It's been a while since I've paid my utmost interest to you. The fact is, I never forget you. I wanted to download all new episodes of Cartoon KAT-TUN so badly. Then I wanna watch SMAP vs KAT-TUN, and spoil myself into Johnny's 2009/2010 Countdown Concert then drool on KAT-TUN's Break The Records concert. I'll save Bandage The Movie and Yamato Nadeshiko Shichi Henge for later. See? I'm pretty much still thinking about you. But what can I do? FYPism is driving me crazy. so does the stupid Internet Policy. And all the studies. I gotta somehow achieve my goal on getting CGPA of 3.5 or above; since because of you, I can kiss my hope of getting a first class honor degree an early farewell (T__T)
But I'm not blaming you.
Really. It's not you, it's me.
Maybe a little break would do me good.... ='(

...or should I just get a damn broadband and go crazy about you like the good 'ol days again?

as;xaskaq why the heck do i still love them no matter how ridiculous they look lyke?? D:

someday I'd look back and laugh about my stupid,endless devotion but till then.. <3

19.1.10

hindustan.


Tetiba malam ni mood nak layan hindustan plak. first off; tahukah anda bahawa perkataan 'Hindustan' adalah diderived daripada perkataan 'Hindu' (agama. kalo xtau pi wiki.) dan 'stunt' kerana babak2 di dalam cerita hindustan selalunya x sah kalo x dak adegan pukul yang bunyi "dush2" tu.

.
.
.
OK. aku tipu.

...korang percaya ke tadi? :P

Kesahnya aku mula minat hindustan ni lawak jugak la. Besa la, budak2 belasan taun kan. Hormon gedik menular di dalam diri. Buleh pulak la aku minat kat jiran sekampung aku yang perasan dia mamat hindustan. hahaha. asek2 nyanyi lagu 'Baadshah' la, 'Kuch Kuch Hotak Hai' la; macam2 lagi la. Sekali tu dia nyanyi lagu hindustan kat aku; trus aku tergoda. cepat2 pinjam tape pilem hindustan kat kazen pastu ulang tengok sepuluh kali sebab nak hapal lirik lagu. Last2 rusak dia punya tape, hahahaha babun sungguh. Aku siap ada skrap book; dalam ada koleksi gambar Shah Rukh hokey~ Punya la gila hindi masa tuh. Kalo dengar lagu yang 'aaaa~ aaaa~' je rasa melayang-layang. serius ntahpapa XD

Sekarang dah x bapa layan hindi; sebab banyak babak2 seksi ja; pastu ulang plot sama pat ploh kali D: bosan2. filem hindustan dulu2 gak yang best; kuch kuch hota hai, dil to pagar hai, chori2 chupke2, maan, etc.
yang paling best still devdas; 3 kali aku tengok 3 kali gak la aku nanges D':

korang yang dok gelak2 sindir post aku ni xyah nak tipu la...sure korang pon penah layan hindustan gak kan? kan??

17.1.10

kisah saorang model wannabe yang noob.

kul 3 lebey-lebey. 16 jan.

aku dah tunggang terbalik xtau nak wat apa bila tiba2 'ter'tengok' update HT dan 'ter'nampak' gambar aku ada 'ter'masok kat situ. buleh x, ngan muka berminyak-minyak sbb baru lepas buh krim jerawat, rambut serabai suma; aku ngan rahmah kalut2 pilih baju nak shoot sok. Sampai Subuh aku x buleh tdo. huhuh.

kul 8 lebey.

wah gitu. aku 'ter'bangun awal hari ni. bangga x kawan-kawan suma sebab aku bangun awal? hahaha. dalam kul 10 camtu, ojan ngan rahmah bawak aku gi medan gopeng. naseb ada tiket kul 11. aku pon naek la bas secara solo ke KL. x penah hokey, ni first time. gelabah giler pike sape nak amek aku kat pudu. abeh la suma orang aku mesej. Dalam kul 1.55 gitu la; tetiba bas berenti kejap. Serius kejap gila. Pastu pak cik bas tu cakap mende tah. aku kurang dengar. mungkin sebab x tdo semalam, otak jadi blur sebentar. pastu, bas gerak. masuk highway. HIGHWAY?! terus aku tanya orang sebelah.
"bang, bas ni nak gi mana?"

Orang sebelah wat muka tak percaya sambil berkata, "er. Seremban."
WAAAAT??! Tros aku berlari 100 meter ke arah pak cik bas mintak patah balik. harem dia nak patah balik. marah aku ade la. babun sungguh. terpaksa la tadah telinga dengar dier berleter sambil kalut tepon kawan aku yang tengah tunggu kat pudu. Bangang btol la rasa waktu tuh. Tak lama pastu bas brenti kat plaza tol Sg Besi. Pak cik driver yang tidak mesra alam soh aku lintas gi cari bas balik Pudu. bodo tol. sumpah aku x naek dah bas ko, pak cik. kata aku, dalam hati je. tetiba Kama mesej. sebab dah gelabah2,aku pon mintak tolong dia amek aku kat plaza tol tu. punya la kalut masa lintas tol nak pegi belah menghala ke KL. orang suma tengok je kan, apehal minah ni senget ke apa lintas jalan sorang2. naseb aku x mengalami sebarang kecederaan fizikal; walopon terkena palang tol yang last. hu.

Kul 2 lebey.

Kama ngan ayah dia sampai. Bersyukur gila aku. At least ada nampak orang yang dikenali. Pastu tros la naik nak gi cari Taman Tasik Perdana. Rupanya susah jugak nak cari tempat tuh. pusing2 tipa pat kali la kami dalam KL. lagi pulak aritu Sabtu, orang ramai nak mampos kat belah jalan TAR. Aku tengok jam, kul 4.30. dalam hati dah pasrah giler. Dekat kul 5 baru sampai taman tasik. Nyaman sebentar dalam kekalutan sebab tengok pemandangan yang menghijau. Dengan muka letih, berminyak, hitam kena asap suma; aku pon gi la jumpa orang HT. Sebab simpati kot ngan aku, derang pon soh la aku siap2 cepat. Ghopenye ada lagi yang tengah tunggu nak mekap; so lepak2 la kat dalam surau sampai kul 6 lebih baru siap mekap.

Kul 9 lebey.

Dengan jayanya, photoshoot selesai :D best gak ar maen2 pose syok sendiri. muahaha. naseb ada crew HT yang baek hati nak tumpangkan aku gi KL sentral. fingers crossed, tiket ketapi ada lagi. kalo x dak tu satu masalah besar jugak. huhu. naseb ada train kol 9.30 malam. naik la aku ngan sorang mak cik yang nak gi Bukit Mertajam. Henset pulak time2 ada charger kat umah x mau mampos, dalam train nak call Rahmah tolong amek jugak la dia nak buat hal. Terpaksa la pinjam kredit mak cik sebelah. huhuh. Dekat kul 1 baru train sampai kat stesen Batu Gajah, Rahmah ngan Sur dah tunggu kat luar. Melepek gila aku; sampai2 tros tido awal. Haha. kul 3 awal la bagi aku :P

Di kesempatan ini; nak tima kasih la kat suma orang yang aku dah susahkan. kalo xde korang memang lagi menyayat hati kisah ni..huhuhu. Rahmah, Ojan, Kama dan mak ayah beliau, Aya-chan, Dila, Sur, Zetty, Aimi, Farah, Lana, mak cik train, etc. etc. Tima kacih :)

16.1.10

OMG!

Ingat lagi x Hannah Talent contest aritu?
Seryes aku syok sendiri je. Langsung x terpike nak menang. Contestant banyak gilo kot; seratus lebeyh. Banyak yang lawa2 plak tuh.
So; aku x harap langsung nak dapat.

Memang aku x menang pon. huah3. expected :P

Tapi tetiba; dia nak kasi pree kat 20 orang len pulak; and I was one of them! :0 <- lama beliau mengipas diri; pastu tenyeh2 bijik mata tiga pat kali, kot2 salah nampak.
Ok xpe la. Pastu dia cakap shoot esok pulak dah. aloh. mati aku. kalo mcm masa dulu2 duk wangsa maju xpa la buleh nek tren gi tempat tuh. ni kat UTP. kul 2 plak tuh.

Camano? Patutkah aku pergi? D: