24.11.12

Tokyo Hari 2 - Kamakura + Tokyo Tower

Initial plan sebenarnya nak pegi Nikko, tapi lepas tanya dengan staff kat hostel Toco dan jugak orang kat tourism center, depa kata mahal la pulak nak ke Nikko. Makanya kami bertanya lah..mana lagi tempat yang agak-agak tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan Tokyo? jawab mereka Kamakura. so kitorang pun membuat keputusan secepat kilat ninja untuk ke Kamakura pada hari kedua..


*Tip 5: sebelum bertolak, pastikan baki Pasmo/Suica kad korang mencakupi, i mean mencukupi. Seperti dalam peta di atas, Kamakura ni lepas Yokohama dengan Ofuna, maka make sure korang cek berapa tambang from and to Tokyo


 On the way. Sebab lalu Yokohama, kira Yokohama pun kitorang dah kaver la jugak lol xD

Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam. Sesampai saja, memang kami perasan lain bebenor Kamakura ni dengan Tokyo...Sini banyak temple dan shrine maka memang tenang la. ada feeling2 Zen gitu..

Jangan memain..home of the samurai tuh..tapi sepanjang perjalanan, dukacita dimaklumkan kami tidak terserempak dengan mana2 samurai..in disguise mungkin... (er tu ninja)

Siap ada becha yang orang tarik...memang old school habes..

Sampai di Engakuji Temple (turun di kita-kamakura station)..jalan je dari train station sebab memang dekat giler..Engakuji temple ni dalam dia memang besar..ada beberapa lagi temple dan shrine yang lain tapi kami pilih temple ni sebab ia antara yang fofuler.




Tempat memanah. boleh nampak every few steps yang derang kena buat before memanah.macam tea making jugak..ada tata tertib. so meticulous and precise :)

Sanmon - main gate. existed since 1700 ish and still standing proud.

I
Kawaii neko-chann~ hehehe. eksen bebenor kucing ni tau..aku terpaksa ikut beliau baru boleh snap gambar ni :)

So pwetty kan? macam nak pakai kimono lepas tu feeling2 royalty zaman dulu kat sini. hahaha motif~

Lepas setengah hari jalan2 dalam Engakuji, kami decide nak lunch kat Kamakura town..so naik balik train ke kamakura station..

  Kamakura town yo~ such a peaceful little town...I can see myself living here..ehe..

Dah kat Jepun haruslah try sushi kann..aku order yang set 880 yen (roughly rm30+) sekali dengan miso soup. looks exactly like in the menu! fast food chain, please copy this. haha. diingatkan sushi derang kebanyakannya mentah tak macam yang kita makan di sushi king, so kalau ada yang tak suka boleh order tempura atau soba (make sure base dia sayuran or tofu..) so fresh it melts in your mouth! tasted like sea..hehe macam la aku pernah makan laut..

now it's time to shop! jalan kaki sikit dah jumpa shopping town..

Found this cute shop that sells Hayao Miyazaki's merchandise in movies like spirited away, ponyo, etc...gambar dalam kedai takdak sebab teruja sangat once masuk dalam jumpa totoro..lol 


Jumpa stall jual aiskrim green tea + sweet potato..hands down the best ice-cream i've ever tasted...see even kawan aku kat blakang pun nampak jeles.. :L


*tips 6 : solat. memandangkan penganut islam kat sini tak ramai, maka memang tak banyak surau/masjid. so korang kena pandai2 pilih port nak smayang. kitorang selalu solat dalam fitting room, kalau x jumpa shopping complex, kat park pun boleh. pilih port yang tak ramai orang sangat..

lepas seharian berjalan di kamakura sampai rasa nak patah kaki..kami pun bertolak pulang ke tokyo..dalam petang camtu sampai di tokyo station..lepas tu straight cari tokyo tower! menggagau jugak la nak jumpa..sebab ingatkan luar station tu betul2 tower...ghopenye kena jalan kaki jauh sangat...

*tips 7: sesat. kalau korang sesat especially di tempat awam, jangan risau...bentangkan peta sebesar alam korang dan buat muka serabut...sure tak lama lepas tu ada orang datang tanya "do you need help?" haha. kalau xde, boleh cari security guard/policeman..derang selalunya pandai cakap english.

Tokyo tower! ngeee excited...selalu nampak dalam drama jepun orang dating kat sini :P maybe sebab rupa dia lebih kurang macam Eiffel tower dekat paris tu kot. Ekceli, tokyo tower ni sekarang dah jadi menara komunikasi no 2..the tallest broadcasting tower is now tokyo skytree..tapi aku suka tokyo tower lagi~

Dah penat posing segala..maka pulanglah sireh ke gagang..sempat lagi singgah combini (convenient store) beli apa yang patut..

 Onigiri for dinner and that's it for the day~ till next time ^^

31.10.12

Tokyo Hari 1 - Ueno + Akihabara

Pemalaih baluq liat betul aku sejak akhir2 ni. blog dah lama tak hapdate. haih =.=

Anyway, aku berjaya menjejakkan kaki ke Tokyo! :'D satu personal goal dah berjaya dikecapi..uhuhuhu *background lagu inspirational* terima kasih kepada AirAsia dan promosi murah mereka..aku dapat tiket return Tokyo for rm500....fo real ^^ v

Kitorang sampai kat Tokyo (Haneda airport) dalam pukol 12 camtu kot....pastu pung pang clear kastam imigresen segala...pukul satu jugak la..queue panjang gila..huhu

Perkara pertama yang korang kena buat sebaik smpai di Tokyo ialah......ya......check out their toilets! haha serius jakun! butang dia je dah ada 4-5..kadang2 toilet derang siap ada seat warmer dengan butang yang buat bunyi flush.. :P

Memandangkan dah lewat bebenor, kitorang terpaksa la tido di airport..tapi langsung takleh tido..sebab ada suara comel/annoying kat escalator yg cakap "watch your step" ulang2 kali.. D;

So pagi tu baru kitorang gerak keluar dari airport. *tip 1 : beli pasmo/suica utk train (dua2 sama..just syarikat lain) for 500 yen..pastu topup la dalam dalam 5000 camtu...ikut keperluan korang lah. ikut pengalaman kitorang,sehari guna dalam 1000 yen. pasmo/suica ni bukan takat utk train...beli air kat vending machine pun boleh..

*tip 2 : kat airport ada banyak free flyer pasal tokyo so jangan lupa ambik. pegi jugak tourism center kat airport untuk nak tau serba sedikit pasal transport/tmpt best/etc. sebab org tourism center blh ckp english so senang nak tnya sikit.

woot! eksaited sebab jumpa poster Arashi kat train station! haha. org Jepun lalu lalang sure igt aku jakun :P


*tip 3 : kalau boleh jangan bercakap dalam train..kalau perlu pun cakap dgn nada perlahan..sebab org jepun mmg senyap dalam train..kalo kat KL, dalam train mcm pasar kot. lol.



Sampai kat guest house toco, kitorang letak beg je sebab check in pukul 4 ptng..so the adventure begins! first stop is ameyoko-cho..one station away from guest house..tempat jual barang2 mcm beg, kasut, barang2 makanan,etc 




Kitorang igt tak jumpa daging dah utk seminggu...alih2 jumpa kebab halal kat ameyoko! :D

Doner kebab...harga dia 500 yen..hahaha..tak penah aku makan kebab rm20 seumur hidup (1000 yen lebih kurang dalam rm40)

Lepas dah kenyang..kitorang jalan kaki gi Ueno park



Ueno station


Tokyo National Museum @ Ueno Park


Playing baseball in the park~


National Museum of Western Art..Ueno Park ni mmg banyak muzium and temple..plus ada Ueno Zoo yg ada panda :3


Jumpa mak cik dari yokohama...nama dia Keiko..cute dan baik sangat..die boleh ckp english sikit2...so die terang la psl shrine dengan temple..shrine rupanya utk penganut shinto, temple for buddist..oo..

Lepas Ueno park, kitorang gerak ke Akihabara pulak..one station away from Ueno station..



*tip 4 : kalau korang nak beli barang elektronik kat jepun..make sure korang dah check harga kat m'sia pastikan lagi murah...lagi satu make sure blh guna kat m'sia. kitorang nak beli satu kamera ni tp lepas tu tgk dia guna bateri yg xde kt sini...so nasib baik tak beli..




die otaku...dieee~ hahahaha. serius sapa yg minat anime/figurine mmg boleh sawan kejap kat sini



maid cafe ad..nyan~ xD


Dalam pukul 6 camtu kitorang dah smpai toco guest house (http://backpackersjapan.co.jp/english/
Penat gilerrr sebab jalan tokyo seharian dengan tak tidur malam sebelumnya..haha.

till next day! :) jom tengok video Arashi promot Jepun~

19.9.12

Tips : eyeshadow terpantas di dunia

asal title je nak propa kan. macam muka depan kosmo pulak.

sebenarnya tak la yang terpantas di dunia kot..tapi pantas la jugak. record time aku siap mekap selalu tak smpai 10 minit...so sapa2 cakap pompuan siap lambat tu salah ye..kitorang boleh je nak siap awal tp kang lelaki tak nampak gentleman pulak sebab tak tunggu kan..

..er lari topik. maka harini aku nak menunjukkan cara-cara menenyeh eyeliner sehingga menjadi eyeshadow.
ya....eyeliner juga boleh menjadi eyeshadow bila dapat dekat aku yg pamalas ni. haha.
perkara penting yang harus diingat:

1. pastikan guna eyeliner pensil. kalo liquid eyeliner tak boleh sebab aku cakap tak boleh.
2. kalau boleh gunakan eyeliner yg berkualiti sket sbb kalau yg murah sgt ko tekan2 kang patah.
3. untuk permulaan gunakan eyeliner kaler coklat sbb coklat nampak lebih lembut dan natural. lepas dah agak2 pro tu boleh la try guna kaler hitam, biru letrik, jingga labu, hijau lumut, bla3.

step 1: gariskan atas kelopak mata dengan eyeliner beberapa kali. tak precise line pon xpe sebab nanti ko nak tonyoh jugak. 

step 2 : gariskan bahagian bawah mata setengah...lepas tu kasi buat ekor dekat hujung...buat mcm bentuk tiga segi dekat hujung mata..aku buat mcm ni sebab er er..mata aku sepet =.= korang boleh je gariskan terus kat bawah kelopak mata tuh..


step 3 : ambik berus eyeshadow dan tenyeh dengan bersungguh-sungguh meliputi seluruh kelopak mata.


step 4 :  ulang step 3 untuk bawah mata. 



step 5 : puji diri sendiri dalam chermin. jgn lupa doa tengok chermin skali ye


yang aku buat ni untuk mekap siang so xdelah berat mcm nak pegi menari kelab dangdut...kalau untuk ke kelab dangdut, boleh la guna eyeliner kaler hitam bling2, lepas tu gariskan bawah mata dengan kaler putih or silver. then tambah la beberapa ela bulu mata palsu ikut suka hati (bulu mata palsu tak berjaya dilekatkan. mungkin ada org boleh buat blog post pasal "melekatkan bulu mata palsu dengan gam gajah" lepas ni)



that's all~ happy mekaping :)


13.9.12

Can't wait!

*senyum sampai ke telinga* hai semua.


Memandangkan aku tengah sibuk buat visa application untuk pegi jepun *:D* jom la aku share dengan korang sekali. Kot2 la nanti bulan depan ke taun depan ke korang nak memohon visa kan…sebab boleh tahan banyak jugak requirement dia.

Basically korang kena:

1. Isi borang ini: http://www.th.emb-japan.go.jp/img/visaform_new.pdf

2. Buat surat guna letterhead company korang (isi lebih kurang mcm boss korang bagi izin pegi jepun la) pastu suruh boss sain

3. international passport. Duh.

4. passort sized photos. Sila ambil perhatian bahawasanya gambar dia lain dari gambar passport biasa yg background biru tuh. Pegi kedai gambar ckp “nak ambik gambar passport buat visa jepun”

5. Surat perlantikan jawatan korang juga make sure dengan letterhead company.

6. Itinerary. Kira macam kalau korang pegi seminggu, buat la itinerary seminggu tu mana nak pegi. See aku dah ckp byk requirement. Huhu..

and a big fat sum of money in ur bank..haha..ok series tak tipu. Tapi takdelah sampai 1 juta mahupun 50 ribu pun..orang ckp kalau 3 ribu pun boleh lepas janji korang pakai semat2 time pegi embassy jepun n kantar visa application tuh..