1.9.12

Review : Borneo Tip Beach Lodge, Kudat

Harini aku terlebih rajin pulak nak mengapdet blog. sungguh tak istiqamah. kadang-kadang 2-3 bulan blog berdebu bersawang tak update. kadang2 rajin sgt pulak. mcm mana la blogger yang femes boleh update hari-hari ye?

ok anyway. aku dah pegi kudat ni lama dah. few months back. totally unplanned. memang pagi tu orang ajak, 20 minit camtu kemas barang terus bertolak. kitorang pegi sebab nak tgk tip of borneo. kalau korang selak map sabah, yang paling hujung tu la tip of borneo. tempat pertembungan dua laut, laut china selatan dengan laut sulu. tak silap aku dari KK ke kudat ade la dalam 3 jam. kot. korang drive je la sampai agak-agak tiba kudat, pastu tgk bape jam dah. haha. sampai tu dah petang sebab kitorang kan jakun. setiap kali ada tempat cantik je nak berenti ambek gambar. memang pelancong asing sungguh. sampai kat tanjung simpang mengayau, kitorang carik tempat tidur dulu. along the way nak pegi tip of borneo memang ada byk lodge. depan tu betul2 mengadap pantai kalampunian.

kami pilih Borneo Tip Beach Lodge. bilik ni rm150. ada aircond & satu bilik air (xkan dua pulak kan.bilik pun satu je, lol) bagi aku selesa la. just nice untuk 2-3 orang.

bantal pooh adalah hak milik persendirian...hehehe..

pemandangan di sekitar lodge. salah satu rumah comel tu ialah kitorang punya bilik. 


ni yang paling eksaiting. depan lodge ada pantai oi! lawa giler pantai kalampunian ni. air laut dia clear dari sebarang ranting, tayar mahupun lampin budak. one of the cleanest beach i've ever seen :D




lodge ni memang dekat giler dengan tip of borneo, nak berjalan pun boleh tapi of kos la kitorang dasar pemalas kan. hehe. make sure korang bertolak lepas subuh sebab nak tengok sunrise. 

tada! welcome to the edge of borneo!

*here comes the sun du du du du~* Subhanallah. couldn't get any prettier than this :)






serius cantik tempat ni. korang wajib pergi kalau nak tengok pertembungan dua laut. kalau dalam gambar tak berapa nak nampak sgt. kena datang tengok sendiri. 

kalau nak menginap di borneo tip beach lodge, boleh kontek no ni :



song i can relate to

"Set The Fire To The Third Bar"
(Snow Patrol feat. Martha Wainwright)

I find the map and draw a straight line
Over rivers, farms, and state lines
The distance from 'A' to where you'd be
It's only finger-lengths that I see
I touch the place where I'd find your face
My fingers in creases of distant dark places

..if only distance is as far as the eyes can see,eh? *homesick mode*

17.8.12

Iklan hari raya Bernas yang bernas

credit to http://syahrulzaman.blogspot.com


Korang wajib tengok iklan ni kalau belum tgk. memang ada pengisian. takdelah mcm sesetengah iklan yang ntahpape. contoh: iklan cosmopoint. nak iklan pasal pusat pembelajaran tapi dok menyanyi menari bagai. pastu lagu kalau sedap xpe. ni mengundang kegelian..urgh D:

Er berbalik kpd iklan tadi..iklan ni pasal 2 org budak dari rumah anak yatim,ahmad dgn fizi. sebab nak raya,ramai la bebudak yg balik kampung, rumah mak aatau bapak atau sedara-mara..tapi fizi yg cacat penglihatan x balik sebab dia anak yatim piatu.. *lap air mata* lepas tu si ahmad ni dok tgk gmbr mak dia,jadi fizi cadangkan derang melawat mak ahmad. macam2 la berlaku masa derang nak pegi segamat,rumah si ahmad,sebab tu tajuk iklan dia "the journey"..part last paling sedihhhh :'(

Tiba2 aku teringat lebih kurang 2 tahun dulu,aku baru masuk petronas. masa induction,kitorang ramai2 pegi satu rumah anak yatim kat bukit beruntung. tolong cat rumah,baiki apa yg patut.rumah derang ni mmg x secantik rumah anak yatim yg aku biasa nmpk sebab individual punya sumbangan,bkn kerajaan atau kepunyaan mana2 institusi. budak2 ada la dlm 20 org lebih.lepas dah abes semua aktiviti gotong royong,sukaneka,kitorang makan la ramai2. lepas tu aku suapkan sorang budak dalam umur 3 tahun. masa suap tu,aku tiba2 tak dapat tahan air mata. aku terfikir budak ni baru 3 tahun,tapi mak dia dah tak ada nak suapkan dia nasi. dia tengok je aku nangis,tapi riak muka dia mcm biasa je. lagi la aku menangis. budak tu lebih kuat daripada aku yang dah 20 tahun lebih. semoga Allah menempatkan ibu bapa dia di kalangan orang soleh,dan moga dia sentiasa berbahagia..  

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dr seorang anak yatim. patutlah Allah sangat lindungi anak2 ni. Rasulullah S.A.W sendiri pun anak yatim piatu. insyaAllah kalau berkesempatan,moh le kita melawat anak-anak yatim. habis2 pun derma la. peringatan kepada diri sendiri jugak :)

p/s: Selamat Hari Rayaaa

8.8.12

Two-face



Sebelum dan selepas mekap.boleh korang teka yang mana satu sebelum,yang mana selepas?haha.dulu2 aku tak pakai mekap langsung sbb aku rasa mcm mekap ni menyembunyikan kecantikan sebenar.acewah.plus ada org cakap pakai mekap ni plastik.even lelaki pun bila tnya drng ckp better tak payah mekap.tapi ada satu social study yang mana derang letakkan dua gmbr selebriti,satu tak pakai mekap,satu lagi lighly made up,guess yang mana majoriti lelaki pilih?yup,yg pakai mekap.bukan lah nak cakap kita pakai mekap sbb nak tarik perhatian lelaki,tp imej diri mau kena jaga jugak.kalau muka selenga je pegi keja,orang pun malas nk tgk muka kita kan.

lagi satu mitos,org pakai mekap ni selalu lmbt siap.nak pakai bedak la,blusher,mascara bla2.kurang2 mau kena bangun sejam awal.aku pun penah pike mcm tu huhu.kononya hassle.tapi kalau takat letak bedak,lepas tu lip balm,tak sampai 5 minit pun.paling2 letak bedak la kot.kalau ada masa baru pakai eyeliner,maskara segala.

mitos last ialah bila org ckp "mekap tebal2 nanti bila kena bukak,semua org tak kenal sbb lain sgt".well,tak payah la mekap tebal2.xde orang suruh letak foundation seinci pun kan.lol.ni pun kesalahan yg penah aku buat.eyeshadow siap nak sama dgn kaler baju.bila teringat balik rasa nak gelak :P tapi mcm tu la aku blajar yang mekap bkn utk sembunyikan.kekurangan,tapi enhance kelebihan.mungkin ada orang tak berapa setuju dgn post ni.well,everyone has their own opinions.up to individual la nak pikir apa.tapi jgn pkai berlebihan mcm mak nyah dah la ye ;P

dan yang paling penting, jangan jadi two-face. outer face; pakai mekap lawa. inner face; perangai, tak berapa nak lawa. peringatan kepada diri sendiri jugak :)

p/s: aku rasa mcm penah post pasal mekap2 ni tp aku kan ada short term memory sket.korang kne bersabar je la ye.hahaha.nmpk sgt xde idea nk update blog.zzz.

21.6.12

a lesson learnt.


Today at the airport, I saw someone that resembles my favorite lecturer back in UTP, Dr. Alan G Downe. Whilst reminiscing the good old days in college, I smile. How I have missed that enthusiastic face of him telling the whole class about a topic on corporate communication. He might not remember me, but I'll never forget that energy he transfers to us every time he stands in front of the room. You can tell that he's enjoying what he's doing. That same joy excites us to go to his next class. What's interesting about him is that he values his students' opinion. He would make us write about our past experiences for example, and reads them out loud and discuss about it together. Communicate. That's what he did to us. He influences me in a way that I've accidentally discover my own passion.

Tell. that's what I've always wanted to do in my life. It could be in various kinds of medium, be it in a tiny logo, or a gigantic billboard, or even a short movie. A conversation. Or lyrics. Maybe a novel. Conveying a message to someone might appear to be simple, but it's not. You have to understand your demographic, or in a simple word, your subject to tell. The message might been heard or seen, but is it understood? That's the hard part in telling. To make them understand, and even better, act. why would anyone prefer pepsi over coca cola for example? They must be a message that had been heard, understood and "motivated" these people to choose the brand.

I hope that someday, I would be able to tell more. and by more, it need not be in how many people that listen to me. "Always prefer quality over quantity when it comes to communication", he said, ending one of his lessons on one afternoon, few years back. Yet his voice is still as clear as I could remember..

p/s :  if my English sucks, I put the entire blame on my cough syrup. nite :P

9.6.12

perempuan dan bola.

Orang selalu cakap, bola ni permainan lelaki. tapi aku rasa, maskulin tak maskulin, boleh je tengok bola. sama la macam sukan lain kan. badminton takde pulak orang cakap, "eh, pelik betul minat tengok badminton."

Hmm..mungkin sebab secara harafiahnya (tak tau la apa maksud, aku main hentam je sebab bunyi macam sedap. haha) bola sepak ni memang selalu kaum Adam je layan kot..

Lagi satu soalan tak boleh belah orang selalu tanya kalau perempuan minat bola ialah, "ni mesti minat spain kan? ke itali? sebab ramai player yang kachak2.."

Jawapan aku ialah, memang tidak dinafikan ada pompuan tengok bola sebab nak tengok christiano ronaldo, bukan sebab nak tengok christiano ronaldo main..lumrah la kan..sama la macam lelaki tengok female beach volleyball..kitorang sebagai perempuan, mata kitorang mesti nak scan player kachak2 punya. ahaks. tapi bagi aku, aku tengok bola sebab aku suka the adrenaline rush bila contohnya lah..seorang pemain menuju ke padang perlahan-lahan dengan semua mata tertumpu ke arah beliau. negara yang beliau wakili sedang bermain dalam final.90 minit dah habis, tambah lagi 30 minit. lepas 30 minit masa tambahan, masih seri. maka nak tak nak, kena sepak penalti. mata sekarang ialah 3-3. kalau dia gol, maka menanglah pasukan dia, negara dia. kalau dia tak gol, dia dah hampakan 30 billion rakyat negara dia..



impak main bola ni universal, sampai negara yang bergaduh pun boleh berhenti bergaduh kejap dan main sekali. sampai rakyat yang tengah mogok pun duduk kejap tengok bola. moral daripada memenangi bola boleh jadi moral kepada sebuah negara yang sedang dilanda krisis. greece dalam euro semalam contohnya, pasukan "underdog" yang serba kekurangan. derang datang dengan reputasi sebagai bekas pemenang euro 2004, tapi disebabkan krisis ekonomi,memenangi euro 2012 memang misi mustahil. nak menang dengan poland semalam pun hampir mustahil..tapi dengan 10 orang, derang berjaya seri dengan poland yang disebut-sebut senang nak menang game semalam. just like that, moral rakyat greece terubat sikit..


sebab tu aku suka tengok bola :)

nota sarung kaki : malam ni jerman lawan portugal. aku sokong jerman! haha. dah 10 tahun sokong jerman sejak zaman miroslav klose muda-muda dekat world cup 2002 sampai la zaman orang baru macam mario gotze. sejak tu jugak lah derang tak penah menang major tournaments. badi aku kot. haha :P

review : nu teen blackheads away gel

hai semuaa. bertemu lagi dalam ruangan review~ (baca dalam nada chef wan dalam rancangan masak 90an)

kali ni aku jumpa satu lagi produk awesome yang boleh digunakan untuk menghilangkan blackheads.
selain jerawat, blackheads ni adalah satu lagi masalah yang menghantui hidup muda mudi pada masa ini.  puncanya ialah habuk habuk,hama-hama dan kulapok kulapok yang melekat di kulit muka, lalu menyebabkan epidermis bertukar menjadi kilang pengumpulan toksik2 yang tidak diingini. Dengan kejatuhan ekonomi greece, kesatuan eropah sedang dilanda konflik dalaman yang mungkin mengganggu gugat- ahaks. sengaja :P *kemaruknaktuliskaranganbahasamalaysialettew*

lalu aku pun dulu coba la bermacam jenis strip yang buang blackheads dengan whiteheads tu kan..berkesan tu memang berkesan...tapi ya ampunnn...time nak tarik tu mak aihhh sakit siottt. sampai kuaq ayaq mata..uhu..lagi pulak, ko kena beli benda strip ni banyak-banyak, sebab dah sah la whiteheads ko merata-rata satu muka kan, walhal strip tu boleh guna sekali kat satu tempat je.


siap beli yang men punya..degil tak degil blackheads aku kan..huu

sampai la adik aku rekemen satu brand ni..nu teen blackheads away gel katanya..tak ingat la pulak berapa beli kan..tapi mampu milik la..didatangkan dengan satu saiz, 30ml je.

so kalau korang beli benda ni, strip-strip bagai tak payah beli dah, guna je benda ni memang hidung mancung korang tak dicemari blackheads dah..


cara nak pakai, picit benda ni lepas tu gosok di tempat bermasalah macam pakai cleanser..30 saat macam tu dah setel! no pain no fuss :)


nota sarung kaki : memandangkan musim uero sedang melanda, lepas ni mungkin aku akan berblog serba sedikit pasal bola.girls watcing football?? sure, why not? :)