19.9.12

Tips : eyeshadow terpantas di dunia

asal title je nak propa kan. macam muka depan kosmo pulak.

sebenarnya tak la yang terpantas di dunia kot..tapi pantas la jugak. record time aku siap mekap selalu tak smpai 10 minit...so sapa2 cakap pompuan siap lambat tu salah ye..kitorang boleh je nak siap awal tp kang lelaki tak nampak gentleman pulak sebab tak tunggu kan..

..er lari topik. maka harini aku nak menunjukkan cara-cara menenyeh eyeliner sehingga menjadi eyeshadow.
ya....eyeliner juga boleh menjadi eyeshadow bila dapat dekat aku yg pamalas ni. haha.
perkara penting yang harus diingat:

1. pastikan guna eyeliner pensil. kalo liquid eyeliner tak boleh sebab aku cakap tak boleh.
2. kalau boleh gunakan eyeliner yg berkualiti sket sbb kalau yg murah sgt ko tekan2 kang patah.
3. untuk permulaan gunakan eyeliner kaler coklat sbb coklat nampak lebih lembut dan natural. lepas dah agak2 pro tu boleh la try guna kaler hitam, biru letrik, jingga labu, hijau lumut, bla3.

step 1: gariskan atas kelopak mata dengan eyeliner beberapa kali. tak precise line pon xpe sebab nanti ko nak tonyoh jugak. 

step 2 : gariskan bahagian bawah mata setengah...lepas tu kasi buat ekor dekat hujung...buat mcm bentuk tiga segi dekat hujung mata..aku buat mcm ni sebab er er..mata aku sepet =.= korang boleh je gariskan terus kat bawah kelopak mata tuh..


step 3 : ambik berus eyeshadow dan tenyeh dengan bersungguh-sungguh meliputi seluruh kelopak mata.


step 4 :  ulang step 3 untuk bawah mata. 



step 5 : puji diri sendiri dalam chermin. jgn lupa doa tengok chermin skali ye


yang aku buat ni untuk mekap siang so xdelah berat mcm nak pegi menari kelab dangdut...kalau untuk ke kelab dangdut, boleh la guna eyeliner kaler hitam bling2, lepas tu gariskan bawah mata dengan kaler putih or silver. then tambah la beberapa ela bulu mata palsu ikut suka hati (bulu mata palsu tak berjaya dilekatkan. mungkin ada org boleh buat blog post pasal "melekatkan bulu mata palsu dengan gam gajah" lepas ni)



that's all~ happy mekaping :)


13.9.12

Can't wait!

*senyum sampai ke telinga* hai semua.


Memandangkan aku tengah sibuk buat visa application untuk pegi jepun *:D* jom la aku share dengan korang sekali. Kot2 la nanti bulan depan ke taun depan ke korang nak memohon visa kan…sebab boleh tahan banyak jugak requirement dia.

Basically korang kena:

1. Isi borang ini: http://www.th.emb-japan.go.jp/img/visaform_new.pdf

2. Buat surat guna letterhead company korang (isi lebih kurang mcm boss korang bagi izin pegi jepun la) pastu suruh boss sain

3. international passport. Duh.

4. passort sized photos. Sila ambil perhatian bahawasanya gambar dia lain dari gambar passport biasa yg background biru tuh. Pegi kedai gambar ckp “nak ambik gambar passport buat visa jepun”

5. Surat perlantikan jawatan korang juga make sure dengan letterhead company.

6. Itinerary. Kira macam kalau korang pegi seminggu, buat la itinerary seminggu tu mana nak pegi. See aku dah ckp byk requirement. Huhu..

and a big fat sum of money in ur bank..haha..ok series tak tipu. Tapi takdelah sampai 1 juta mahupun 50 ribu pun..orang ckp kalau 3 ribu pun boleh lepas janji korang pakai semat2 time pegi embassy jepun n kantar visa application tuh..


1.9.12

Review : Borneo Tip Beach Lodge, Kudat

Harini aku terlebih rajin pulak nak mengapdet blog. sungguh tak istiqamah. kadang-kadang 2-3 bulan blog berdebu bersawang tak update. kadang2 rajin sgt pulak. mcm mana la blogger yang femes boleh update hari-hari ye?

ok anyway. aku dah pegi kudat ni lama dah. few months back. totally unplanned. memang pagi tu orang ajak, 20 minit camtu kemas barang terus bertolak. kitorang pegi sebab nak tgk tip of borneo. kalau korang selak map sabah, yang paling hujung tu la tip of borneo. tempat pertembungan dua laut, laut china selatan dengan laut sulu. tak silap aku dari KK ke kudat ade la dalam 3 jam. kot. korang drive je la sampai agak-agak tiba kudat, pastu tgk bape jam dah. haha. sampai tu dah petang sebab kitorang kan jakun. setiap kali ada tempat cantik je nak berenti ambek gambar. memang pelancong asing sungguh. sampai kat tanjung simpang mengayau, kitorang carik tempat tidur dulu. along the way nak pegi tip of borneo memang ada byk lodge. depan tu betul2 mengadap pantai kalampunian.

kami pilih Borneo Tip Beach Lodge. bilik ni rm150. ada aircond & satu bilik air (xkan dua pulak kan.bilik pun satu je, lol) bagi aku selesa la. just nice untuk 2-3 orang.

bantal pooh adalah hak milik persendirian...hehehe..

pemandangan di sekitar lodge. salah satu rumah comel tu ialah kitorang punya bilik. 


ni yang paling eksaiting. depan lodge ada pantai oi! lawa giler pantai kalampunian ni. air laut dia clear dari sebarang ranting, tayar mahupun lampin budak. one of the cleanest beach i've ever seen :D




lodge ni memang dekat giler dengan tip of borneo, nak berjalan pun boleh tapi of kos la kitorang dasar pemalas kan. hehe. make sure korang bertolak lepas subuh sebab nak tengok sunrise. 

tada! welcome to the edge of borneo!

*here comes the sun du du du du~* Subhanallah. couldn't get any prettier than this :)






serius cantik tempat ni. korang wajib pergi kalau nak tengok pertembungan dua laut. kalau dalam gambar tak berapa nak nampak sgt. kena datang tengok sendiri. 

kalau nak menginap di borneo tip beach lodge, boleh kontek no ni :



song i can relate to

"Set The Fire To The Third Bar"
(Snow Patrol feat. Martha Wainwright)

I find the map and draw a straight line
Over rivers, farms, and state lines
The distance from 'A' to where you'd be
It's only finger-lengths that I see
I touch the place where I'd find your face
My fingers in creases of distant dark places

..if only distance is as far as the eyes can see,eh? *homesick mode*