Sejak sebelum aku kerja sabah pun orang asyik bercakap pasal mabul,sipadan ni..best tahap gila masuk tanjung rambutan katanye. lagi-lagi kalau dah duk kat sini, memang wajib lah pergi.
maka memandangkan time wesak tu petronas mengisytiharkan cuti, aku pun buat la plan dengan ofismate.. khamis malam naik belon pegi tawau. duduk semalam kat hotel heritage. aku book hotel kat sini :
http://www.asiarooms.com
owh heads up..tambang dari airport tawau ke bandar adalah mahal..yakni rm45 sehala ye uols2..maka kalau boleh korang pegi terus je la ke semporna...kitorang ni xtau maka terlopong badak la dpn kaunter teksi tuh.
pagi jumaat..kitorang pegi balik airport tawau..tunggu orang scuba jeff datang ambik..scuba jeff ni ialah salah satu lodge dekat mabul..lepas survey sana sini..kami yang x ada bapak gula ni ambik yang paling bajet skali lah...rm 450 seorang for 3 days 2 nights..all inclusive. untuk maklumat lanjut sila ke website abang jeff
http://scubajeffsipadan.com/
perjalanan dari airport tawau ke semporna lebih kurang sejam. dah aku penat menaip..layan gegambo la pulak..
masuk bot nak pegi mabul...dari jeti semporna ke scuba jeff dalam sejam lebih.
dah sampai yay!! excited sebab lama sangat dah duk dalam bot. hahahaha.
scuba jeff ni overlooking celebes sea....maka sangat best! jejak2 terus melangut tengok laut yang sangat luas dan biru..sampai orang tu kena panggil pulak ajak lunch..haha. lunch pun sedap! memang tukang masak dia pandai masak seafood..anyway ni bilik kitorang yang overlooking the sea jugak..
bilik dia memang basic je..bilik air kongsi...tapi for the amount that we pay, memang ok sgt lah..sebab survey resort lain mmg accomodation je sampai rm500 semalam.
lepas lunch, ready pegi snorkeling...aku mula-mula macam excited la..konon pro sbb dah snorkel dekat mamutik dgn krabi.lepas tu derang bawak ke tengah laut la pulak..ah sudah..terus nervous. macam la first time pegi snorkeling kan.. sebab muka aku cuak sangat, last-last aku dapat instructor sorang untuk aku je..kelas kau maria..sila jeles. haha. kat tempat first snorkeling ok la..tapi tak banyak sangat ikan...highlight ialah bila nampak penyu lepak atas batu. yay total achievement! (menyesal tak beli casing underwater! huu)
mamat french ni dive lepas 3 tahun tak buat..nampak mcm senang je dia dive..
lepas snorkeling, kitorang jalan-jalan dekat kampung belakang..mabul ni kecik je ghopenye..hujung ke hujung boleh nampak..maka kejap je la dah boleh pusing satu pulau.
kitorang jumpa satu resort menarik dekat hujung..ape lagi menceroboh la..siap mandi segala..keji tak. mwahah.
malam tu pegi lagi pusing pulau. jadi habit pulak siang malam dok pusing pulau. haha. malam tu kitorang terbangun pukul 3 pagi..tengok bulan sangat-sangat lawa..ropanya memang 5/5 aritu ada fenomena "supermoon"..bulan pun ada superhero jugak :P
sambung part 2 pulak nanti... =)