29.4.12

review : kiram's village, kundasang.

aku dah pegi kundasang banyak kali. setiap kali kawan-kawan, sedara mara datang sabah memang bawak derang pegi sini. tapi selalu balik hari je. kalau korang bercuti agak-agak lama, mungkin boleh mempertimbangkan untuk tido je kat kundasang. sebab tempat ni macam cameron, so memang best berangan ala-ala drama korea...pakai mafla segala lepas tu setiap kali cakap mesti ada asap keluar.. korea sangat~

salah satu tempat tido kat sini namanya kiram's (bukan tiram ye) village. kiram's village ni letaknya dekat dairy farm, tempat lembu susu yang serupa new zealand tu. dah ko tak payah pegi oversea jah~ kat dalam negara pun ada tempat macam ni.

cute kan lembu? :)

lepas melawat dairy farm, naik atas sikit lagi dah jumpa kiram's. woot tempat ni adalah awesome! 







dengan rakusnya menangkap gambar like there's no tomorrow~

kiram's ni ada beberapa cabin..nama cabin memang tak boleh belah...ada carrot, cabbage, onion, tomato, strawberry, celery, cili....hahaha comel sangat :P

ni rumah kubis atau cabbage..tempat kitorang..


rumah kubis ni seswai untuk korang yang yang bawak geng van sekolah..bawah ada 1 katil single, 1 katil dabel decker, atas loteng ada 1 katil queen. hot shower haruslah ada..kalau tak mau mati keras time nak mandi pagi~ sejuk ok.serius. baik korang bawak baju lapis2. I've learnt my lesson T.T




for rm250 (weekend rate) korang kongsi dengan dengan kwn2 memang ok la...takde la macam hotel 5 bintang tapi semua kemudahan cukup. plus ada tempat bbq dengan tv. but who needs tv at place like this? :D

pemandangan sekitar kiram. very the hindustan scene like~



untuk maklumat lanjut atau terus nak booking, silalah ke http://kirams-village.com/ 

22.4.12

penaklukan lebah.

Pukul 4 dalam ofis, di kala aku dah bosan mengadap desktop..ofismate dengan kalutnya memanggil.

"Eh...Tirah cepattt.tengok niie"

Untuk pengetahuan, ofis aku ni di kelilingi oleh ofis dan kawasan perumahan..so kadang2 tu memang ada kes di mana ramai2 berkumpul dekat tingkap. haritu kebakaran..berkumpul di tingkap...lepas tu ada orang mati lemas dekat sungai tepi ofis..pun berkumpul di tingkap..

typical Malaysians, eh?

Maka aku pun pegi la tengok..woah...ini sengat (eh sangat) aneh...dan menakutkan pun ada jugak..





Macam dalam movie pun ada..like one of those animal invasions movies..






Dah melekat kat tingkap pulak..semua sibuk nak ambik gambar lebah..ada orang cakap ni mungkin tandanya nak ribut..sebab binatang kan selalu tau lagi awal kalau ada bencana. tapi nasib baik malam tu takde ribut..huhu

Ropanya derang nak buat sarang kat tingkap...mungkin sarang derang dah kena buang la kot..huhu kesian....sampai esok ada lagi...malam tuh baru bomba datang halau..


er. tu je.

10.4.12

weekend with besties.

ekceli aku patut post 2 minggu lepas tapi sebab malas nak upload gmbar punya pasal, maka siaran tergendala seketika.

lately bos rajin suruh aku pegi kl, maka seperti pepatah pucuk dicita ulam pegaga mendatang, aku sebagai kuli yang sedia berkhidmat pun menuruti lah sahaja.. (..janji boleh claim *gelak jahat*)

mula-mula perjumpaan 6 bijik mata dengan aimi & jue. dah lama bebenor tak jumpa dorang nih..rindu.. =)


harapkan pipi saja yang membelon, tapi berat badan tak naik-naik jugak =.=

next up, pegi Rumah Kebaya Malaysia dengan ahem sape lagi kalau bukan malaysia's next top bride and groom, rahmah dan ojan.



owner butik ni jahit sendiri baju kebaya pengantin beliau. jahit tangan ok! sejibik-sejibik labuchi, manik, segala batu jemala tuh. respek!


ambik berkat kononnya. tahun bila tak pasti lagi sebab calon belum ketahuan.

aku tak lampirkan gambar bride and groom to be. bukan apa, nanti tak berseri lah dah nampak pakai baju pengantin. hehe.

next stop is Old Blossom Box. sapa-sapa yang duduk bawah batu lagi, bawak-bawak lah melawat website ni atau pegi terus ke kedai beliau. sungguh kreatif interior kedai ni.





kan? soo maraviosa~ (motif tiba2 aku nak cakap latin?)

baju-baju dia memang lawa dan yang penting, murah! sumpah aku punya kemeja kerja harga RM35. ya. bukan cobaan.

sebab dua-dua orang yang mengusahakan butik ni perempuan, aku jadi kagum dan jeles sikit pun ada. cayalah! flower power forever! yes it rhymess :D


antara makanan-makanan yang membuat penampilan. banyak sangat maka aku kompilasikan (pavlova di serai, stimboat di red wok bangi, bento di gardens food court, mochi sweets di gardens)

last but not least, lepak dengan rahmah & peah di gardens =)


best gila lepak dengan korang. tapi tu la jarak tak mengizinkan aku jumpa selalu. takpe lah, lain tahun ada rezeki, mungkin aku boleh pindah balik KL. InsyaAllah..

3.4.12

afiq muiz azman shah, hai.

aritu aku pegi karok dengan peah kat OU. lepas beberapa ribu lagu sampai nak tercabut anak tekak,peah pilih lagu sesaat kau datang..ala lagu kak melah ram yg baru tu..

first time aku tgk video klip lagu tuh, pasal sorang photographer pompuan yang buat assignment garden wedding. sekali yang kawen tu ropa-ropanya ex-balak dia do....ya ampunnn...kalau aku sure menangis golek-golek ala nyonya mansoor dulu baru blah~ aku terus terjatuh chenta pandang pertama dekat groom dia. oh kachak ;D

balik tu beriya carik nama mamat tu. gatal tak. hahahahaha

afiq muiz azman shah. bingo *angkat-angkat kening ziana zain*


hemsem kan?

oh tapi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.......dia ni ropanya lagi muda dari adik aku...agak pedo di situ..... T________T 


p/s: sebab apa post title nama dia? sebab seperti teori ryo nishikido, aku berharap satu hari nanti dia google nama sendiri dan termasuk blog aku yang x seberapa ini dan komen "awak ni cute lah" hihihihihhihihi....*delusional*