26.2.10

dilema single.

situasi 1 (kapel)

A : yang, jom gi bla3, nak?
B : jom!!

situasi 2 (x kapel)

A : jom kuar!
B : aa..malas...

situasi 3 (x kapel)

A : jom kuar!
B : dah ajak C, D, E, F, G, H, I, J blom?

O.o

bukan sepatutnya orang single ke yang lg senang kalo nak ke mana-mana?

maulidur rasul.


Demi Allah,
jika sekiranya mereka meletakkan matahari
di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiriku supaya
aku meninggalkan urusan perjuangan ini,
nescaya tidak akan aku tinggalkan sehinggalah Allah
memberikan kemenangan atau aku
binasa kerananya.
(Rasulullah s.a.w)

Ni besday yang paling special sekali dalam banyak-banyak besday. Sebab ni besday manusia terbaik yang diciptakan Allah..Selamat menyambut Maulidur Rasul, bloggers. Ingatlah Rasulullah dan perjuangan Baginda kat kite sume. Banyakkan selawat =)

23.2.10

happy kame day :)

KAT-TUN's K; Have A Happy Birthday~ :)


Free Image Hosting

p/s: kemanakah perginya kame (kura2 dalam bahasa jepun) dalam tasik cafe V5 menghilang? Orang cafe De'Jernih ambek wat sup kah? D:


Free Image Hosting

9.2.10

kucing gedik.

tolong la paham. ko tu kucing jantan. sila berperangai gagah sket (-_____-")

7.2.10

kasihan kami xdak duit nak pegi tempat jauh-jauh.

lokasi percutian: tasek UTP. lol.

pelencong-pelencong: farah, jue, aku

transport: kete satria xdak redio. huahah xD bole jugak naik basikal, ketapi, helikopter,G-5, bla3.

masa diambil: jika dari village 5; mengambil masa dalam 2 minit naek keta; basikal dalam 5-15 minit bergantung kepada velositi kayuhan.

tarikan utama: ikan2 yang laparkan roti gardenia; pemandangan indah; kayak (kalo bukak la); -lelaki kacak dan chikaro cun yg pegi berjoging; trek joging; dan lain-lain.

tiket masuk: rm1. kalo hensem free. sila bayar kat pakgad sebelum masuk. fine la aku tipu.


cute bento 101.

Kata motto blog "cuteness kills" kan..musti la berblog pasal benda-benda cute dengan lebih kerap :P

Benda cute hari ini: BENTO~!! Free Image Hosting

Bento ni dalam English "packed lunch"; dalam Melayu senang panggei "tapau" sajork. Ciri-ciri sebuah bento yang cute:

  • Kaler haruslah berwarna-warni - lagi banyak kaler terang menjolok mata lagi bagos~ (bento xpe..pakaian jangan..lol)

    haaa jah... ko ingat nasi ulam jerk ado nasi kaler biru?!
  • Bahan-bahan dan rasa x penting. cute itu mesti ado. Campak je suma benda yang dirasa cute dalam tu. ulam pegaga cicah ngan mayonis pon laayaaaan~
  • Tema bento paling populer: binatang2.

er...tetapi haruslah pandai memilih binatang yang sesuai..

  • Kreatip. Macam korang main masak-masak ngan playdoh masa kecik2; wat la bentuk dinosor ke; keta kebal ke; ikut suka hati mak bapak korang lah.

....wah..ni mesti laki yang wat bento nih.. xD

6.2.10

aku menyampah.


kenapa orang yang mainkan perasaan dan hati orang lain boleh bergembira; bahagia macam tak ada apa-apa yang berlaku?
kenapa xde pasu bunga jatuh atas kepala dia ke; kena gigit anjing gila ke; termakan racun tikus ke;

aku menyampah.

Free Image Hosting

5.2.10

dalam bershoping juga ada dilema.

jika ada benda yang boleh mendistract aku selain ikemen/keta sport; it would be cute stuffs. jika mahu mengumpan aku, letaklah barang2 cute (atau benda berwarna merah) dalam jerangkap samar korang; sure aku masuk punya >.<

Masa intern dulu aku nampak ada orang pakai sweater beruang kat stesen LRT (and she's wearing tudung~) so sepanjang hari aku asek terpike-pike...mana dia beli benda tu...brapa harga..ade kaler lain tak..bla3...trus Google cari mana nak beli...boss lalu lalang pon tak dipedulikan lagi..mencari sweater beruang lebih penting okeh..then dapat la satu kat ebay..tapi aku mana ada paypal (-____-")

Tetiba semalam jumpa lak kat lowyat.net. sejibik sejibun. tapi terpike la pulak kan..kalo beli bila masa aku nak pakai? xkan turun kafe nak gi makan pakai sweater beruang? nanti orang cakap buang tebiat nak mampos lak.
tengok dekat model memang lawa..sebab beliau memang sudah lawa; tapi kalo tengok kat aku mungkin akan jadi macam ni;


D:
komen 'ya' jika korang rasa aku patut beli atau 'tidak tolong la jangan nak gedik tirah oii' jika korang rasa sebaliknya.

4.2.10

scholar petronas tak semestinya ko keje petronas.


Ha. ni aku nak kasi tau sama orang luar yang salu tanye aku :

"Eh..belajar kat UTP kan? Bawah Petronas kan? Wah~ Lepas ni senang la keje ngan derang ek.."

Sebenarnya statement tu kurang tepat ye. Blaja Petronas taja x semestinya akan keje ngan derang. Tambah2 zaman recession ni. Nak2 pulak student ramaaaaaai. Xkan suma nak sumbat bawah derang kan. Makanya nak jadi buruh di situ perlulah melalui beberapa cabaran umpama Amazing Race. Satu cabaran yakni Petronas Ability Test dah lepas....er...lepas ke ko nox??? Macam sesak je....

mana tak..kalo dah tanya soalan macam;

'Berapakah bilangan tingkap di kedua-dua bangunan berkembar Petronas??' dan 'Namakan semua CEO Petronas dan hobi di waktu lapang mereka sekali.'

OK fine aku tipu. Soalan dia susah sebab kena kira pakai kalkulator. Last aku rasa bodo camni masa jawab test Add Math buat pertama kali. Dalam 10 soalan silap2 kena 1 atau 2 soalan je betol.. D':

Mungkin Pet menggunakan pendekatan Puteri Gunung Ledang..penolakan secara halus..hati kuman bagai...padahal x mo sebenarnye...so wat la ujian susah2...huhuhu.....

....ade keje kosong kat tempat korang tak?

1.2.10

cute pose 101.

Semalam aku terbangun kol 11 pagi. Pastu kalut2 gi mandi, iron baju, tempek bedak bagai. Satgi rumate tanye, ".......ko nak gi mane ni?" dengan penuh perasaan curiga. Eh? Bukan kelas kol 12 ke? Trus tengok jadual...ax&njq$s@#sqp kelas kol 2 da... (-___-)"
Rumate dah pegi jumpa SV dier; maka tinggallah aku sorang2 bercamwhoring (mekap tidak harus dibazirkan begitu sahaja. alang2 tangkap gambo la dulu. ohohoho~)
Hari ini mari kita belajar cara-cara nak buat cute pose ye..(WARNING: images may be quite disturbing. aku dah beri amaran aa~)

Untuk membuat pose gedik aka bajet comel x hengat, anda memerlukan:
  • mekap tebal; terutama di bahagian mata bagi memberi efek mata besar ala anime.
  • lighting; baru la muka banyak jerawat nampak putih dan flawless macam pompuan jepang.
  • kamera; better setkan ke 'beauty mode' jika ada. sah2 macam baru pakai foundation 34 inci.

Pose 1: 'Clueless'

Halakan jari telujuk ke bibir sambil kepala disengetkan. Ini dipanggil 'playing dumb' atau dalam Bahasa Melayu nya bermain bodoh? Ok fine muka aku kat sini memang x buleh belah D:

Pose 2: 'OK'
Buat pose macam dalam iklan Oat Krunch tuh.

Pose 3: 'Salute'

Seperti yang korang slalu wat dalam kadet/pengakap tu la. Tapi jangan bermuka bengis la; harus control cute.

Pose 4: 'Puffy cheek'
Sebelah pipi dikembangkan. sebelah sajork; kalo dua-dua belah jadi lain pulak kang.

Pose 5: 'Korean idol' - pose duet bersama cik Suraya.


Sebab aku slalu tengok artis Korea wat pose ni. terutama yang laki. haha.

Ok cukuplah setakat ini. Student2 boleh pegi muntah darah sekarang :D