14.4.13

Tokyo Hari 4 : Asakusa + Odaiba

Terlebih dahulu haruslah saya meminta maaf kerana tidak begitu istiqomah dalam menghapdet blog berkenaan lawatan ke Tokyo (er ada orang baca ke?) bukan apa..aku malas nak menunggu gambar load ni ha..lambat bebenor. ..sempena PRU ke-13 yang bakal menjelang ni, moleklah kiranya pihak2 yang melaungkan manifesto tu masukkan sekali pasal internet..malu wei malu...dah 2013 ni still kena bengang2 hentak kaki pasal internet apa kes..orang dah pakai google glass wei..kamon la...

Berbalik kepada tujuan asal, hari ke 4 kitorang gi Asakusa. yang femes kat sini ialah pasar dia yang dipanggil Nakamise Dori. kat hujung pasar tu ada Sensouji temple yang juga popular di kalangan tourists. Asakusa ni kiranya macam old Tokyo la, sebab dia masih kekalkan oldies vibe contohnya bangunan. Kalau nak beli cenderahati bawak balik kampung, moleklah beli kat sini. nak kata murah,tak murah sangat la..duit mesia tuka yen paham2 la ye..

Nakamise Dori ada macam2 la jugak..dari souvenirs, yukata, makanan..bla3..

Kitorang terjumpa pasangan baru kawin kat sini..sebuk2 cakap "omedetou!" kat derang gak..lambai2 kat derang mcm jumpa retis kat karpet merah. haha


Sensouji Temple. Harus pergi tempat ni kalau pergi Tokyo. Harus je la..tak wajib.. *gelak kat lawak sendiri*


Next up is..Odaiba! Odaiba ni ialah man made island yang popular untuk shopping dan berlibur (lama tak dengar orang sebut libur) One of my fav places in Tokyo! :D

Untuk ke sana, kami naik menatang ni ha..nama beliau hotaluna..dari asakusa jalan sikit ke jeti lepas tu beli tiket asakusa-odaiba. tip : make sure korang cek schedule bot ke odaiba sebab dia ikut jadual..sampai petang je tak silap.


The view was sooo beautiful! memang worth it beli tiket bot. korang boleh ke odaiba dengan train jugak tapi kalau nak lagi best try dua2.

Yang tinggi tu Skytree. And the building with that weird golden thing is actually Asahi bulding..ala Asahi yang buat beer tuh..tu laa tonggang je tapi tak tau namaa..so if you want your building to be famous, build it with weird structure like this one..


Dalam cruise ni kami jumpa makcik2 yang sangat sporting..walaupun derang x bape pandai english dan kami tak bape pandai japanese..tapi gelak2 mcm paham je semua benda. pastu aku cakap "Titanic! then derang buat betol2! haha so cute la makcik!


Odaiba! nampak bangunan pelik dengan bola bulat tu? tu ialah bangunan Fuji TV. macam2 depa ni..lepas ni boleh la kita buat bangunan bentuk satay ke pulak..


Aik macam mana aku tiba2 ada kat US plak ni? haha. masih di Odaiba tapi ni replica statue of liberty yang mcm kat Liberty island tu..

Yang paling eksaited pasal nak pegi Odaiba ni ialah sebab nak tengok Gundam! life size oo. siap ada persembahan. ni pun korang kena cek schedule dia. malam pun ada show gak. Yang ni kat depan Aquacity.


Last but not least, kitorang melawat Toyota Mega Web. Jalan depan sikit dari tempat Gundam. Basically tempat ni macam show room la tapi besar gila. siap ada tempat test drive. Sebelah mega web tu ada Venus Fort mall. tempat tu pun lawa gak tapi kamera aku dah abeh bateri..camwhore tak ingat T.T 

 

Last day kitorang sesat. boleh? hahaha. konon tau nak pegi imperial palace..sekali jalan punya la jauh. till next time!